Salam dan selamat sejahtera buat semua! Pernah tak korang membeli belah di atas talian? Kak Bell yakin, pastinya kita semua pernah ‘online shopping’ di laman web membeli-belah seperti Lazada, Zalora, Groupon ataupun di 11street. Mudah kan? Pada 3 Oktober 2017 lepas, Kak Bell berkesempatan menghadiri pelancaran Shopee Mall di Aloft Hotel, Kuala Lumpur. Kini, Shopee Malaysia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah atas talian dengan melancarkan Shopee Mall iaitu portal khas untuk membeli belah.
Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah pembelian secara atas talian (online) kini semakin mendapat tempat di hati pengguna. Pembelian secara atas talian dipilih sebagai langkah mudah untuk berbelanja bagi mendapatkan barang keperluan tanpa perlu beratur panjang di kaunter dan pergi membeli secara terus ke tempat jualan. Memang diakui, proses transaksi atau jual beli secara online ini sudah menjadi trend, dipercayai dan popular dikalangan rakyat Malaysia.
Portal khas Shopee Mall yang menampilkan lebih 100,000 produk yang dijual secara eksklusif oleh jenama dan pengedar terkemuka menawarkan akses langsung pada lebih 300 jenama dan peruncit besar untuk pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang premium kepada jutaan rakyat Malaysia. Antara jenama yang ditampilkan dalam Shopee Mall termasuklah Nestlé, PETRONAS, Watsons, Senheng, Digi, Cola-Cola, Huawei, L’Oreal, Xixili dan banyak lagi. Korang boleh semak jenama-jenama yang ada di Shopee Mall dalam aplikasi Shopee tersebut. Kesemuanya, merupakan jenama dan brand terkenal berkolaborasi dengan Shopee Malaysia.
Pelanggan kini boleh menikmati pelbagai manfaat termasuklah jaminan 100% produk tulen (atau dua kali ganda pulangan wang), polisi 15 hari pemulangan dan penghantaran percuma ke seluruh negara. Selain itu, pelbagai produk kegemaran ramai yang ditawarkan di Shopee Mall adalah tertakluk bawah program Jaminan Harga Terendah Shopee. Menarik bukan?
“Shopee Mall telah direka untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin moden. Kepercayaan adalah faktor utama yang mendorong aktiviti membeli-belah secara dalam talian. Oleh itu, kami menyediakan satu platform yang membolehkan rakyat Malaysia membeli jenama dan produk kegemaran mereka terus daripada pemilik jenama tersebut. Kami juga menawarkan jaminan produk tulen dan pemulangan percuma buat pertama kali,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Dengan peningkatan bilangan jenama dan syarikat yang menyambut baik inisiatif ekonomi digital, Shopee Mall merupakan peluang keemasan untuk pelbagai jenama meluaskan pasaran sasar mereka dengan mendekati pengguna sedia ada Shopee yang kini direkodkan pada kira-kira 4 juta muat turun di Malaysia.
“Tambahan pula, polisi komisyen sifar kami membolehkan kami bekerjasama erat dengan usahawan Shopee Mall untuk memastikan semua produk dijamin pada harga terendah,” katanya lagi. Sekiranya mana-mana pengguna terjumpa sesuaty produk dijual pada harga lebih murah di platform e-dagang lain boleh mendapatkan ganti rugi pada kadar 120% daripada perbezaan harga produk tersebut.
Ian Ho, Regional Managing Director of Shopee with the newly launched
Shopee Mall feature on Shopee App.
Suasana Membeli-belah Secara Dalam Talian Yang Premium
Shopee Mall merupakan sasaran Shopee Malaysia untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah yang menampilkan pelbagai produk. Di Shopee Mall, pengguna boleh menikmati lebih banyak penjimatan menerusi penghantaran percuma bagi setiap pembelian minima berjumlah RM30, manakala pemulangan produk percuma boleh dilakukan menerusi label pos prabayar yang disediakan dengan setiap pembelian. Maklum balas dari pengguna pun amat baik atas layanan mesra dan perkhidmatan oleh para penjual di Shopee.
Jaminan Produk Tulen 100% Shopee Mall juga boleh meyakinkan pengguna yang sering berasa was-was terhadap ketulenan sesuatu produk. Mana-mana pelanggan yang menerima produk tiruan menerusi Shopee Mall layak menerima ganti rugi sebanyak 200%. Bagi mengenalpasti senarai produk Shopee Mall, pengguna boleh mencari label ‘Mall’ berwarna merah semasa meninjau produk.
Bersempena dengan pelancaran tersebut, Shopee Mall akan menganjurkan kempen eksklusif dengan beberapa jenama pilihan Malaysia seperi Watsons, Nestlé, Senheng, Unilever, Philips, Caring, Courts dan banyak lagi. Bermula hari ini sehingga 8 Oktober 2017, pengguna boleh menikmati jualan murah dengan potongan harga sehingga 90% diskaun, baucar potongan harga dan hadiah menarik.
Pada majlis pelancaran tersebut, satu sessi perbincangan bersama panel turut diadakan dengan menampilkan 3 panel iaitu Mr Eddy Yap (Division Head of E-Commerce Seng Heng), Tara Tan (Chief Marketing Officer XIXILI) dan Mr Joshua Zhu (Head of E-commerce Nestlé Malaysia). Dalam sesi tersebut, ahli panel berkongsi pengalaman dalam mengekalkan jualan perniagaan masing-masing menerusi E-Dagang. Menerusi aplikasi Shopee, ianya amat membantu mereka sebagai salah satu cara untuk mendapatkan pulangan.
(From left) Ian Ho, Regional Managing Director of Shopee as the moderator of panel discussion presenting questions to the panelists: Eddy Yap, Division Head of E-Commerce, Senheng, Tara Tan, Chief Marketing Officer, XIXILI and Joshua Zhu, Head of E-commerce, Nestle Malaysia.
(From left) Nicholas Chew, Senior e-commerce Executive, Unicharm, Ng Shih Siang, e-commerce Manager, Caring Pharmacy, Brighton Goh Ang Leong, Customer Development Manager, E-commerce, Unilever Malaysia, Camry Yong Chee Keen, e-commerce Manager, Watsons Malaysia, Steven Lim, Executive Director, Super Food Marketing, Eddy Yap, Division Head of e-commerce, Senheng, Joshua Zhu, Head of e-commerce Nestle, Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee, Tara Tan, Chief Marketing Officer, XIXILI, Daniel Chuah, Online & E-commerce Executive Coca Cola Malaysia, How Lih Ren, Head of iTelco, Digi Telecommunications, Isaac Lee, Key Client Manager, OPPO Electronics, Daniel Choy, E-commerce Manager, Tefal’s Official Partner, Masaki Tago, Managing Director, Pigeon, Jimmy Chiong Kung Guan, Strategic Partner, Deerma
Setelah perasmian Shopee Mall, semua yang hadir dijemput masuk ke bahagian ruang legar belakang pentas sebagai gimik membeli belah di dalam pasaraya menggunakan kupon yang telah disediakan. Berikut adalah di antara jenama yang mengambil bahagian dalam pelancaran tersebut. Haruslah seronok uolss, membeli belah kat dalam tu kan. Macam-macam ada! Selain itu juga, cabutan bertuah juga turut diadakan. Sangatlah seronok pemenang cabutan bertuah pada hari tu dapat bawa pulang Samsung Note8!
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/mall atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play. Apa lagi, bolehlah mula shopping di Shopee Mall!
Tags:
Event & Review