Resepi Sawi Pak Choy Tumis Sos Tiram - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Sawi Pak Choy Tumis Sos Tiram

Trending

Resepi Sawi Pak Choy Tumis Sos Tiram

Hi Korang! How's your weekend? Cuaca hari ni dari siang sampai ke malam hujan. Sendu je rasanya sering dengan hati iols yang turut juga sendu ni. Sampai sahaja rumah, lepas balik kerja, air pulak tak ada. Nak memerut, cuci 4 lapisan make-up kat muka Kak Bell ni pun terbantut. Nak buat kerja di dapur pun terbengkalai. Dengarnya ada kabel pecah di area Sungai Buloh semalam dan katanya ambil masa sedikit air akan pulih! Sampaikan area KLCC pun tak ada air. Hurmm..tak mandi lah ceritanya malam ni. Harap-harapnya pulih lah esok hari. Jadi, dah ada masa terluang ni, Kak Bell merajinkan diri tulis resepi. Resepi mudah aja pun. Kak Bell memang kurang gemar makan sayur sawi yang sedikit pahit berbanding dengan baby sawi Pak Choy yang lebih manis. Pak Choy ni memang sedap kalau masak sos tiram atau tumis air. Simple dan cepat je nak memasaknya. Makan pulak dengan ikan goreng dan sambal belacan. Resepi sayur pak choy ni, Kak Bell tumis air sahaja dan gunakan juga sedikit sos tiram sebagai penambah rasa. Next time, Kak Bell akan masak pak choy dengan kuah sos tiram yang lebih pekat. Bezanya, cuma pak choy tu direbus dahulu dan kuahnya dimasak asing sebelum dicurah atas pak choy tadi. Btw, kedua-dua resepi masakan pak choy ni sedap, cuma Kak Bell suka masak yang lebih berkuah. Tak adalah kering sangat nasi tu nak masuk tekak kan! 


Bahan-bahan:
2 batang pak choy
2 biji cili api
2 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu sos tiram
Air secukupnya
Serbuk perasa jika suka
Garam

Cara memasak:
1) Cuci bersih pak choy yang telah dipotong.
2) Panaskan sediki minyak, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
3) Masukkan sos tiram dan kacau sekejap.
4) Kemudian masukkan sawi pak choy tadi, kacau rata.
5) Tambahkan air secukupnya dan masak seketika sampai mendidih.
6) Akhir sekali perasakan dengan garam atau serbuk perasa, kacau dan sesuaikan rasa.

TIPS!
  • Boleh tambah sedikit ikan bilis dan tauhu dalam masakan.
  • Boleh gunakan sedikit isi ayam atau udang untuk bahan tambah.

Dah siappp! Tak payah ajar pun takpe kan. Ikut suka suki kitalah sebab kita yang masak kan. Btw, Kak Bell yakin gambar pak choy iols ni memang sedap walaupun korang tak rasa. Tiberr. Kay Bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post