Resepi Cendawan Enoki Goreng - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Cendawan Enoki Goreng

Trending

Resepi Cendawan Enoki Goreng

Hi Korang! Sambungan kisah tak ada semalam, sampai ke sudah tak ada air keesokan harinya. Kak Bell dah mula rengsa dah kalau air masih tak ada malam ni. Nasib baiklah ada simpan air nak buat mandi! Btw, lebih kurang jam 8 malam tadi, ada dapat notifikasi dari Syabas yang bekalan air dikebanyakkan kawasan sudah pulih. Housemate pun cakap air dah ada, alhamdulillah! So malam ni, bolehlah memasak di tengah malam buta. Haha.


Okay, entri kali ni Kak Bell nak kongsikan resepi cendawan enoki goreng. Dah sibuk sangat viral katanya, jadi kita pun cubalah buat kan! Untuk cendawan ni, korang boleh je gunakan cendawan tiram, besar sikit kan. Btw, kalau gunakan cendawan enoki pastinya lebih rangup dan garing. Cara nak buat pun pelbagai. Ada yang curahkan telur atas cendawan, gaulkan dengan tepung dan kemudian goreng. Tak payah gunakan telur pun ok, lepas basuh cendawan tadi, terus je gaulkan dengan tepung. Elok je tepung tu melekat. Tak payah pakai telur pun uolss. Untuk resepi ni, Kak Bell buat cara bancuh tepung dahulu. Nak bancuh tu, buat cair sahaja sebab nanti berketul-ketul payahlah pulak kan nak gaulkan cendawan enoki tu. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:
2 bungkus cendawan enoki
Serbuk tepung serbaguna
Minyak untuk menggoreng
Air secukupnya

Cara membuat:
1) Potong bahagian pangkal akar cendawan, pisah-pisahkan cendawan.
2) Kemudian, basuh bersih dan toskan.
3) Bancuh tepung serbaguna dengan sedikit air. Bancuh cair sahaja.
2) Gaulkan cendawan enoki tadi dengan bancuhan tepung tadi.
4) Gorengkan dan angkat bila sudah berwarna kuning keemasan.


TIPS!
  • Boleh gunakan apa jua jenis tepung serbaguna dan jenis cendawan.
  • Jika tak guna tepung serbaguna, boleh guna campuran tepung jagung+tepung gandum.
  • Gaulkan cendawan sedikit-sedikit, kemudian goreng.
  • Pastikan minyak panas semasa menggoreng.


Dah pun siap..memang rangup dan sedap uolls! Btw, rasanya agak masin bila Kak Bell gunakan tepung serbaguna Kentucky ni. Nasiblah tak tambah garam. Mungkin guna tepung lain, should be okay kot. Sesambil dah siap goreng tu, Kak Bell makan dengan maggie je haritu. Maggie tu pun masak dengan balance cendawan enoki tadi. Temanya, hari cendawan sedunia. Kay Bye.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post