Hi Korang semua! Siapa yang tak inginkan kulit cantik berseri kan? Jika ditanya mana-mana wanita akan matlamat utama untuk kulit, jawapan pasti mestilah mahukan kulit yang cantik berseri dan sentiasa nampak muda. Hari ni (7 Oktober 2017), Kak Bell berpeluang hadir di majlis NUTOX Stay Young: Say Goodbye to Dull Skin yang menampilkan duta NUTOX iaitu Nur Fazura. Event berlangsung di Centre Court, Old Wing di 1 Utama Shopping Centre. Siapa tak kenal dengan Nur Fazura kan? Artis terkenal antarabangsa yang yang memiliki kulit wajah yang cantik berseri ni. Seronok sangat Kak Bell dapat jumpa dia di sessi Nutox Meet & Greet dengan Nur Fazura hari ni. Seriously, Fazura sangat cantik!
Kalau korang nak tahu, kulit kusam merupakan salah satu tanda awal penuaan? OMG! So scared sebab kita ni memanglah dah tua, kusam pulak tu. Actually, kulit kusam ni merupakan masalah kulit biasa yang dihadapi oleh wanita Asia. Bukan di Malaysia sahaja mahukan kulit yang kelihatan cantik secara semula jadi, malah di Korea, Jepun mahupun negara China, ianya menjadi trend bagi wanita Asia yang sentiasa mencari kaedah untuk mendapatkan seri wajah semula jadi tanpa perlu menggunakan produk mekap. Apabila umur kita meningkat, tanda-tanda seperti kekusaman, kedut dan kehilangan keanjalan kulit mula kelihatan. Ianya disebabkan oleh pengurangan keupayaan untuk memperbaharui kulit secara semula jadi. Oleh itu kita perlu membantu kulit untuk memperbaharui semula secara lembut tetapi berkesan.
28 Hari Pembaharuan Kulit
Secara ideal, kitaran pembaharuan semula kulit secara semula jadi berlaku setiap 28 hari. Pada akhir tempoh kitaran, sel kulit yang lama atau yang telah mati beralih keluar dan diganti dengan sel kulit yang baru. Setelah usia 30 tahun, pembaharuan kulit kan mulai lambat, tekstur kulit menjadi kasar, warna kulit tidak rata, garis-garis halus dan sebagainya. Jadi, apa yang diperlukan oleh kulit kita adalah produk yang terus bertindak secara lancar dalam semua fasa kitaran pembaharuan kulit dan pada masa yang sama membantu meningkatkan keupayaan pembaharuan semula kulit. Apa yang penting adalah proses ini perlu berlaku secara lembut tetapi berkesan. Dengan pengenalan rangkaian penjagaan kulit Renewing Treatment daripada Nutox ni, korang dah boleh memiliki dan mengagumi kulit sendiri selepas ni!
“Rawatan penjagaan kulit Renewing Treatment daripada Nutox memenuhi semua keperluan bagi membantu wanita mencapai seri semula jadi untuk kulit mereka,” kata Christine Law, Pengurus Pemasaran Penjagaan Kulit Tohtonku Sdn. Bhd. “Kami memahami bahawa wanita mahu mengelakkan kekusaman dan pada masa yang sama mahukan kulit yang kelihatan jelas berseri secara semula jadi. Rangkaian penjagaan kulit ini memberikan tiga kebaikan menerusi pendekatan tiga serangkai: Memulihkan, Membaharui, Menyerikan.”
“Rawatan penjagaan kulit Renewing Treatment daripada Nutox memenuhi semua keperluan bagi membantu wanita mencapai seri semula jadi untuk kulit mereka,” kata Christine Law, Pengurus Pemasaran Penjagaan Kulit Tohtonku Sdn. Bhd. “Kami memahami bahawa wanita mahu mengelakkan kekusaman dan pada masa yang sama mahukan kulit yang kelihatan jelas berseri secara semula jadi. Rangkaian penjagaan kulit ini memberikan tiga kebaikan menerusi pendekatan tiga serangkai: Memulihkan, Membaharui, Menyerikan.”
Nutox Renewing Treatment
Produk penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment ini menampilkan teknologi proprietari dikenali sebagai LumiNes, yang menggabungkan dua ramuan utama; Lumiskin dan Actistem Gold Nest untuk hasil yang lebih berseri dari dalam. Fungsi LumiNes ni adalah mengaktifkan sel dasar kulit yang tidak aktif dan meningkatkan tekstur kulit agar kulit berseri secara semula jadi apabila digunakan secara kerap. Terdapat 3 produk dari rangkaian Nutox Renewing Treatment ni iaitu;
1)Renewing Treatment Lotion
2)Renewing Treatment Essence
3)Renewing Treatment Cream
Renewing Treatment Lotion (150ml, RM59.90)
Losen lembut yang direka khas untuk menyediakan kulit bagi menerima kebaikan daripada Renewing Treatment Essence dan Cream dengan sepenuhnya. Mengandungi LumiNes, toner ini melicinkan dan menanggalkan bendasing untuk kesan yang lebih berseri. Bertindak dengan memberi tenaga baru kepada kulit dan losen ini turut menggantikan lembapan jauh ke dalam lapisan kulit.
Penggunaan: Selepas pembersihan, letakkan pada tapak tangan dan sapukan pada muka dan leher. ATAU Selepas pembersihan, letakkan pada pad kapas dan sapukan pada muka dan tengkuk.
Renewing Treatment Essence (30ml, RM75.90)
Esen lembut yang dirumus dengan teknologi proprietari LumiNes Nutox untuk menyerlahkan keserian semula jadi kulit. Esen yang melembap jauh ke dalam kulit ini membantu melindungi kulit daripada kekusaman kulit akibat kerosakan UV dan pencemaran, selain mempercepatkan kitaran pembaharuan permukaan kulit untuk seri wajah yang berkekalan.
Penggunaan: Pamkan sebanyak 2 hingga 3 kali pada hujung jari dan sapu rata pada muka dan leher dengan pergerakan arah ke atas.
Renewing Treatment Cream (30ml, RM49.90)
Dirumus dengan LumiNes, Renewing Treatment Cream ini bertindak jauh ke dalam kulit untuk memulihkan, menyegarkan dan memperbaharui penampilan kulit. Tekstur yang tidak melekit ini diserap pantas bagi memberikan kemasan yang semula jadi.
Penggunaan: Urutkan produk sebesar butir kacang pada kulit menggunakan pergerakan bulatan arah ke atas sehingga ia diserap sepenuhnya.
Acara hari ni diacarakan oleh Nazrudin Habibur Rahman. Kalau yang mana sama baya Kak Bell mesti ingat Abg Naz ni mengacarakan Kelab Disney Malaysia dulu. Masa tu, memang minat jugalah kat dia. Pernah terserempak kat Genting Highland masa final year dulu. Ada lagi Kak Bell simpan gambar dia. Hehe. Okay, lepas Fazura dijemput, beliau kongsikan pengalamannya menggunakan produk Nutox ni sejak tahun 2009. Fazura sukakan tekstur dan produk Nutox ni sebab tak berminyak.
“Saya sering berada di luar sewaktu di lokasi rakaman, dengan memakai lapisan mekap di bawah sinaran matahari. Oleh sebab stres dan kurang berehat, kulit saya mudah menjadi kusam dan tidak bermaya. Itulah sebabnya saya memilih penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment sebagai amalan. Sejak menggunakannya, saya tidak perlu menggunakan mekap yang banyak, terutama sekali pada hari saya tidak bekerja."
"Renewing Treatment Lotion membantu menanggalkan mekap yang tertinggal serta kotoran lain selepas seharian bekerja, dan menjadikan kulit saya lembut dan halus! Produk kegemaran saya ialah Renewing Treatment Essence, kerana ia melindungi kulit saya daripada kekusaman,” kata Fazura.
Duta Nutox dan aktres Hong Kong, Nancy Wu juga turut berkongsi pengalamannya menggunakan rangkaian penjagaan kulit Renewing Treatment yang baharu.
“Saya kini sedang merakamkan siri baru televisyen, Deep in the Realm of Conscience, dan saya perlu pastikan saya kelihatan cantik sepanjang masa di depan kamera. Kekusaman boleh dilihat jelas pada kamera tetapi saya tidak mahu menyembunyikan kulit saya dengan menggunakan lapisan mekap yang tebal. Saya gembira apabila Nutox memperkenalkan rangkaian Renewing Treatment. Saya suka dengan Renewing Treatment Cream kerana membawa perubahan besar kepada wajah saya. Kulit saya kelihatan berseri dan anjal secara semula jadi, seolah-olah saya mendapat tidur yang secukupnya pada malam sebelumnya. Walaupun dengan gaya hidup yang aktif, saya tidak perlu risau tentang penampilan kulit saya!”
Setelah mendengar sedikit perkongsian dari Fazura dan juga pengguna produk Nutox dan lain membuatkan Kak Bell rasa yakin sangat nak mencuba produk ni. Tengok masing-masing mempunyai kulit yang cantik mulus! Lets go cantik! Pada majlis tadi, pihak Nutox juga buat surprise birthday kek buat Fazura. Baru je beberapa hari lepas tengok kek birthday yang sangat tinggi dan besar dari Rizman kat IG Fazura. Btw, Happy Birthday Fazura! Semoga forever cantik!
Birthday cake surprise!!
Dapat jugak sign Fazura xoxo & TQ for the Nutox Renewing Treatment set
Dilancarkan pada 2006, Nutox merupakan perintis asal penjagaan kulit Bird’s Nest di Malaysia. Jenama ini percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Visi ini dibuktikan menerusi duta jenama mereka – aktres terkenal Hong Kong Nancu Wu dan selebriti popular Malaysia Nur Fazura yang masing-masing berumur 30-an. Sebagai personaliti yang hebat dalam industri hiburan, mereka mewakili wanita Nutox yang anggun, tidak makan usia dan selesa dengan diri mereka sendiri.
Kemudaan tidak perlu selari dengan umur fizikal. Kekalkan penampilan muda korang dengan Nutox! Selamat tinggal kulit kusam dan katakan 'Hello' kepada kulit cerah berseri!
Tags:
Actistem Gold Nest
Event & Review
Guardian
LumiNes
Lumiskin
Nur Fazura
NUTOX
Nutox Meet & Greet
Nutox Renewing Treatment
NUTOX Stay Young: Say Goodbye to Dull Skin!