UMMA, NITA Cosmetics Make Up & Hijab Styling Tea Party - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal UMMA, NITA Cosmetics Make Up & Hijab Styling Tea Party

Trending

UMMA, NITA Cosmetics Make Up & Hijab Styling Tea Party

Hi Korang! Pada 29 September 2017 yang lepas, Kak Bell berbesar hati dijemput untuk memeriahkan event Make Up & Hijab Styling Tea Party yang dianjurkan oleh pihak UMMA, NITA Cosmetics dan juga Modvier, Bangsar.

UMMA, NITA Cosmetics Make Up & Hijab Styling Tea Party

UMMA dan NITA ni, merupakan sebuah koleksi yang diterajui oleh dua adik beradik iaitu Zairin Azman dan Aznita Azman. Mereka mengeluarkan jenama mereka sendiri iaitu UMMA yang menampilkan busana moden dan NITA yang menampilkan barangan kosmetik. Kak Bell mula mengenali jenama mereka ketika kerjasama UMMA & NITA dengan Innershine, kemudian lebih lanjut lagi semasa Women Fest Malaysia Pre-Blogger Party tempohari.

Terdapat banyak koleksi busana yang dijual di UMMA termasuklah jubah moden, skarf, inner dan lain-lain. Btw, UMMA juga ada menyediakan koleksi untuk baju lelaki. Bagi produk NITA pula, sudah tentunya merupakan barangan kosmetik seperti lipstik dan pembayang mata (eyeshadow palette).

UMMA, NITA Cosmetics Make Up & Hijab Styling Tea Party

Untuk sesi pertama ialah make-up demo oleh Ummi Nasir dan sesi kedua pula adalah hijab styling koleksi skarf dari UMMA. Disebabkan sambutan yang meriah, Kak Bell tak dapat nak rakam video dengan jelas. Sayup-sayup je kedengaran. Itu pun, Kak Bell sampai naik ke tingkat 1 tengok dari atas! Kak Bell yakin semua pun pandai make-up kan. Hari tu, Kak Bell tengok semua yang datang make-up dorang on point. Lebih mampan dari Kak bell hokkay! Hehe. Jadinya korang layankan gambar sahajalah ye. Pada hari tu juga, ada tawaran diskaun 20% untuk semua UMMA scarves dan diskaun 30% untuk semua barangan NITA Cosmetics.

UMMA, NITA Cosmetics Make Up & Hijab Styling Tea Party

Demo by Ummi Nasir

UMMA, NITA Cosmetics Make Up & Hijab Styling Tea Party
Hijab Styling

UMMA, NITA Cosmetics Make Up & Hijab Styling Tea Party

UMMA, NITA Cosmetics Make Up & Hijab Styling Tea Party
With Aznita Azman & Ummi Nasir

Terima kasih atas jemputan dan juga doorgift dari UMMA & NITA. Bertambahlah koleksi skarf kita sekarang. Bagi korang yang nak tahu lebih lanjut tentang produk mereka, bolehlah klik kat bawah ni kay. Itu aje pun Kak Bell nak cerita. Kay Bye.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post