Hi Korang! Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera
hendaknya. Setiap tahun bulan Oktober dipilih sebagai bulan kesedaran bagi Kanser
Payudara di seluruh dunia dan umum tahu riben merah jambu digunakan sebagai
simbol antarabangsa bagi kempen kesedaran tersebut. Bercakap mengenai
Oktober Pink atau Pink Riben ni, Kak Bell telah berpeluang menghadiri satu
ceramah kesihatan di Avani Organics, Atria Shopping Gallery pada 21 Oktober
2017 yang lepas. Ceramah kesihatan yang dikendalikan oleh Ms Lim Chooing, Dietician dari National Cancer Society Malaysia (NCSM) mengupas tajuk Health Talk:Breast Cancer Awareness and Diet Cancer Prevention. Acara pada hari tersebut dianjurkan oleh LaMav Organic Skin Science,
Avani Organics dan juga Tea Verandah dalam menyokong kempen dari NCSM. Usaha
yang dijalankan amat baik bagi memupuk kesedaran dan menambah ilmu
pengetahuan tentang peningkatan penjagaan kesihatan diri kita terutama dari
segi pemakanan seharian kita. Sedikit sebanyak, dari ceramah kesihatan ni,
Kak Bell dapat menimba ilmu tentang pemakanan dan paling utama mengenai
penyakit kanser.
Apakah 7 jenis kanser yang paling popular di Malaysia?
Kes kanser di Malaysia telah meningkat daripada 37,426 kes baru pada tahun
2012 kepada 41,236 kes yang baru pada tahun 2015.Jumlah tersebut, dijangka
meningkat kepada 57,000 kes baru jika tiada tindakan diambil untuk menangani
kanser payudara. Berikut merupakan diantara jenis kanser yang paling utama
di negara kita dan 'Breast Cancer' kekal sebagai kanser utama
di kalangan wanita Malaysia.
1)Kanser Payudara (Breast Cancer)
2)Kanser Kolon & Rektum (Colon & Rectal Cancer)
3)Kanser Paru-paru (Lung Cancer)
4)Kanser Serviks (Cervical Cancer)
5)Nasopharyngeal (Head & Neck) Cancer
6)Kanser Hati (Liver Cancer)
7)Kanser Prostat *bagi lelaki
Apa itu Kanser?
Barah atau Kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan
ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Sel ini
bertambah secara tidak normal dan tidak bertambah (replikasi) mengikut
aturannya menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali
sebagai tumor. Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah
(benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak
merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri
daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke
bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain
menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi
organ akan menyebabkan kematian.
benign:spread, invasive
malignant: localized tumor, non-invasive
Terdapat banyak faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit kanser.
Seperti yang kita ketahui secara umum ianya mungkin berpunca dari keturunan,
pemakanan dan sebagainya. Diantara faktor-faktor risiko tersebut adalah
seperti berikut:
Faktor Risiko Yang tidak Boleh Diubah
- Jantina-perempuan (being a women)
- Peningkatan umur (umur> 55 tahun)
- Hormon
- Sejarah keluarga penghidap kanser payudara, kanser ovari atau kolon
- Sejarah peribadi-payudara yang padat, sukar dikesan melalui mamogram
Faktor Risiko Yang Boleh Diubah
- Berlebihan berat badan atau obesiti
- Tidak aktif secara fizikal
- Tidak menyusukan anak (not breasfeeding)
- Minum alkohol
- Pendedahan kepada cahaya matahari (tanning skin)
-
Merokok atau terdedah kepada asap rokok (perokok pasif)
Jika dilihat kepada faktor yang paling utama menyumbang kepada penyakit kanser adalah merokok dan juga faktor diet dan obesiti. Bagi faktor lain, kadar peratusannya adalah kecil. Oleh itu, jika kita dapat menangani 2 dari faktor utama penyebab ini, sekurang-kurangnya 62% dari punca penyakit ini dapat dielakkan. Jadi, dalam entri ini, penekanan akan diberikan kepada faktor pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk
mengurangkan risiko penyakit kanser.
1) Penjagaan Berat Badan
2) Amalkan pemakanan seimbang
3) Meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran berdaun
hijau
4) Kurangkan pengambilan gula
5) Hadkan daging merah dan makanan yang diproses
6) Aktif secara fizikal
7) Hadkan pengambilan alkohol
8) Katakan tidak kepada merokok
Penjagaan Berat Badan
Kegemukan atau obesiti turut menjadi salah satu punca penyebab kanser. Jadi
amat penting untuk kita menjaga berat badan ideal supaya badan kekal sihat.
Risiko mendapat penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, penyakit
jantung dan lain-lain, adalah tinggi jika Body Mass Index (BMI) dan lilitan
pinggang (waist circumference) tidak ideal. Untuk pastikan berat badan yang
ideal, kita perlu semak Body Mass Index (BMI) dan juga lilitan pinggang. Kat
bawah ni, korang boleh semak BMI masing-masing. Boleh rujuk gambar kat bawah
ni.
BMI
Weight (kg)/Height(m) x Height(m)
Waist circumference*at risk
>90m bagi lelaki
>80cm bagi wanita
Amalan pemakanan seimbang
Biasanya kalau kita ambil makanan pastinya nasi akan diletak penuh diatas
pinggan diikuti dengan hidangan lain. Berikut merupakan portion hidangan
yang seimbang yang sepatutnya kita ambil. Nasi atau karbohidrat perlu
diambil dalam kuantiti 1/4 daripada 1 hidangan lengkap. Memang sukar untuk
kita amalkannya, cara yang senang korang boleh penuhkan pinggan dengan lebih
sayuran dan protien dan bahagian nasi diambil akhir sekali.
Cara mudah untuk menganggar jumlah saiz hidangan atau saiz portion adalah
dengan menggunakan tangan korang. Pengambilan nasi yang sepatutnya adalah
anggaran segenggam tangan. Kalau tengok kepada healthy plate punya guide
tu, sah-sah portion nasi tu dah jadi separuh pinggan kan! Lepas ni, Kak
Bell akan berusaha dan kuatkan azam makan lebih sayuran hijau dan
kurangkan nasi. Tapi kita takut lapar. Macammana? Hehe.
Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau
Buah-buahan dan sayuran berwarna mempunyai manfaat kesihatan yang
khusus kepada kesihatan kita. Semua warna tersebut mempunyai manfaat yang
tersendiri. Ini kerana setiap warna mengandungi fitonutrien atau
nutrien tumbuh- tumbuhan berlainan yang bertindak sebagai antioksidan untuk
melawan tindakan radikal bebas di dalam sel yang boleh merosakkan sel dan
akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser.
Buah-buahan: 2 serving/day
Sayuran hijau: 3 serving/day
Kurangkan pengambilan gula
Menurut American Heart Association (AHA), pengambilan gula tidak boleh
melebihi 9 sudu teh (150 kalori) bagi lelaki dan tidak melebihi 6 sudu teh
(100 kalori) bagi wanita. Bayangkan berapa banyak gula dan kalori dalam
setin Coca-cola dan teh tarik? Nampak sangat, rakyat Malaysia makan lebih
gula kan!
Hadkan pengambilan daging merah dan makanan yang diproses
Pengambilan daging merah seperti daging lembu dan kambing perlu
dikurangkan. Begitu juga dengan pengambilan makanan diproses seperti sosej,
ham, burger patties dan juga daging barbeque dan grill. Penggunaan arang
dalam proses membakar atau barbeku, akan meningkatkan kesan karsinogenik
jika dimakan secara terus menerus atau kerap.
Aktif secara fizikal
Kebanyakan dari kita pasti punya alasan untuk tidak bersenam. Mungkin
faktor masa, tiada teman untuk beriadah dan juga faktor malas! Setiap hari,
perlu sekurang-kurangnya 30 minit untuk kita aktif secara fizikal. Berlari
setempat pun ok juga kan untuk keluarkan peluh?
Cancer screening
Pengesanan awal tanda-tanda kanser dapat menyelamatkan nyawa. Terdapat 3
kaedah yang biasa boleh dilakukan bagi mengesan kanser payu dara.
1) Breast Self Examination (BSE)
2) Clinical Breast Examination
3) Investigative (Ultrasound/Mammograms)
Boleh rujuk gambar di bawah untuk timeline pemeriksaan awal dan umur yang
disarankan untuk jalani ujian secara klinikal.
Walaupun benjolan adalah tanda kanser payudara yang paling biasa, beberapa
gejala juda dapat kita ketahui melalui pemerhatian. Untuk dapatkan maklumat
dan penerangan lanjut 'about your lemon' bolehlah rujuk
knowyourlemons.com
Kesimpulannya, mengekalkan BMI yang sihat dan pengamalan diet seimbang dapat mencegah kepada penyakit kanser selain
bersenam dan melakukan pemeriksaan / penyaringan badan biasa. Untuk bantuan dan pertanyaan lanjut
korang boleh hubungi talian bebas tol 1800-08-1000. Giving hope celebrating
life!
Terima kasih buat pihak penganjur yang menjemput Kak Bell untuk sama-sama
hadir pada majlis tersebut. Ni buat santapan mata ajalah yer semasa event
tersebut. Semoga kita semua kekal sihat senantiasa hendaknya. Amin!
Tags:
Avani Organics
Breast Cancer
Event & Review
Health Talk:Breast Cancer Awareness and Diet Cancer Prevention
LaMav Organic Skin Science
National Cancer Society Malaysia
NCSM
Pink October