Resepi Sambal Tumis Telur Rebus Simple - Bella Jamal | Hi Korang! Harini datang kerajinan Kak Bell nak memasak. Dari malam semalam
kekononnya menahan diri dari makan nasi selepas balik kerja. Kemudian pulak
gigih stay up late siapkan artikel. Jadinya terlajak tidurlah ceritanya. Dah
baru dapat cuti, mengemaslah rumah dekat 2 jam. Dah rilex-rilek, barulah
fikir nak memasak. Cadangnya nak buat sup telur bersama kentang tapi kentang pula tak ada.
Turunlah mak jemah ke kedai. Al-kisahnya pulak semua kedai tutup! Pelik la
sekejap padahal semalam baru je menyinggah dan dorang dah stat bukak kedai.
Dah tak ada kentang, so resepinya bertukar jadi resepi telur, resepi sambal
tumis telur.
As usual, memang konsep memasak Kak Bell pakai bahan yang ada, dan akan
masak benda yang senang. Hujung-hujung, lepas ketung-ketang kat dapur
mengadap meja makan sensorang. So sad kan? Hahaha. Tengok jugaklah
resepi-resepi yang ada sebab kita ni bukannya Master Chef. Tengah menyemak
resepi ada nampak resepi yang terlalu berkuah dah macam masak kari, ada yang
macam beli sesudu sambal pastu letakkan atas telur rebus, ada juga yang tak
goreng dahulu telur, botak licin je Kak Bell tengok. Macam-macam rupa
bentuk. Bedal ajelah jemah, asalkan boleh makan. Tapi kalau dah nak tunjuk
kat orang tu, elok-elok lah sikit gambarnya kan. Macam Parkinson je aku
tengok gambar ko!
Okey, nah resepi Sambal Tumis Telur atau resepi sambal telur rebus. Untuk
sambal memang Kak Bell lebih suka menggunakan cili kering dari cili boh.
Jika nak telur masak sambal cili boh yang sedap, kena cari cili boh sedap
bagus tak maung dan mungkin boleh tambahkan sedikit cili kering kisar.
Kemudian telur rebus tu Kak Bell gorengkan dahulu. Resipi Sambal Tumis Telur Rebus Goreng dah tersedia untuk anda. Panjang
betul nama resepinya.
Lepas ni nak siapkan resepi lain pula. Dah ramai yang PM nak resepi petola
dengan kentang goreng yang Kak Bell posted tadi. Tunggu ye mak jemaah
sekalian. Tengok resepi ni dulu kay!
Bahan-bahan:
4 biji telur rebus
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar/bawang Holland
3 ulas bawang putih
Cili kisar secukupnya
Sedikit belacan
Perasa
Garam
Gula
Cara masak sambal tumis telur rebus:
1) Rebus telur, kupas dan gorengkan.
2) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dah
dihiris
3) Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan, sehingga masak dan
garing.
4) Perasakan dengan sedikit gula, garam, belacan dan serbuk perasa jika
suka. Kacau sampai sambal berwarna merah cantik.
5) Masukkan telur rebus yang telah digoreng, kemudian masukkan bawang besar
yang dihiris.
TIPS!
- Boleh tambahkan air asam jawa jika suka, kemudian sesuaikan rasa dan kepekatan sambal.
- Untuk cili kisar, boleh terus kisar bersama dengan belacan.
Dah pun siap. Sotong tu kebetulan ada sekor je tinggal. Jadi, Kak Bell
campakkan dia sekali dalam sambal tumis telur ni, terus jadi sambal sotong
jugaklah kiranya ni. Selamat mencuba resepi sambal tumis telur ni. Okay,
Bye.
cara masak sambal tumis telur rebus, resepi sambal tumis telur rebus, resepi sambal telur rebus simple, sambal tumis telur pecah, resepi sambal telur mata, sambal telur rebus cili padi, resepi sambal telur goreng, sambal tumis telur goreng,