Resepi Popia Goreng Simple - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Popia Goreng Simple

Trending

Resepi Popia Goreng Simple

Hi Korang! Hari ni Kak Bell kongsikan resepi buat popia goreng. Btw, resepi yang Kak Bell ni senang sesangat. Rasanya kalau tengok resepi orang lain memang tak macam ni lah. Maklumlah, sebab kita ni jenis malas, semua nak buat yang senang, simple dan cepat. Tak koser lah nak lama-lama menyiapkan popia ni kan. Jadi terhasillah Resepi Popia Goreng Simple ni.

Popia Goreng Inti Sayur

Ada yang tumis dulu semua bahan-bahan sayuran untuk inti popia ni. Kalau gunakan isi daging memang haruslah kena tumis dulu sampai masak kan. Ada juga yang celur dahulu bahan sayur, sebelum dibalut dengan kulit popia. Di bahagian tips nanti Kak Bell akan letakkan juga resepi yang kebiasaannya orang guna untuk buat popia. Kalau korang tak nak ikut pun takpe, ikut suka kitalah dapur kita kan. Hehe. Bagi Kak Bell, terpulanglah cara yang mana, ikut suka hati nak buat cara yang mana, yang penting sedap bila dimakan. Semua pun nak resepi popia goreng paling mudah dan simple. Betul tak uols? 


Bahan A
Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Sedikit bancuhan tepung gandum/jagung sebagai gam kulit popia
*btw, kak bell guna air biasa je, elok je melekat.

Bahan B
1 mangkuk taugeh
1 batang carrot (disagat)

Cara membuatnya:
1) Sagat karot dan bersihkan taugeh.
2) Cara nak balut kulit popia boleh rujuk video kat bawah*

Popia Terisi Inti Disusun Dahulu



3) Panaskan minyak dengan api sederhana. Minyak banyak supaya popia boleh tengelam dan berenang-renang.
4) Gorengkan popiah dengan perlahan-lahan sehingga warnanya bertukar menjadi kuning keemasan. 
5) Dah ok, angkat dan toskan. Hidangkan  bersama sos.

Kat bawah ni, korang boleh tengok demo nak balut kulit popia. Balut je asal popia tu terbungkus elok. Kak Bell gunakan air biasa sahaja dan tak gunakan bancuhan tepung untuk lekatkan kulit popia.

Proses menggulung popia!

Let's goreng!

TIPS!
  • Untuk bahan-bahan sayur boleh letak pelbagai bahan lain seperti sengkuang cina, kobis atau timun.
  • Boleh gunakan udang kering yang diblend dan daging ayam cincang untuk inti popia (tumis terlebih dahulu)
  • Boleh gunakan bawang merah, bawang putih, telur sebagai bahan inti.
  • Boleh celur atau tumis bahan inti terlebih dahulu (sayuran).

Jenama Kulit Popia Popular

Bahan Sos (cincang)
Sedikit sos cili (tak kisah brand apa)
3 ulas bawang putih
3 biji cili api merah
Sedikit garam
Air secukupnya 
*ikut kepekatan dikehendaki

Cara membuat sos:
1) Campurkan semua bahan-bahan sos dalam periuk, kemudian panaskan di atas api sehingga mendidih.
2) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sesuaikan rasa.

Untuk resepi sos yang sedikit over bahan-bahannya, korang juga boleh klik kat sini > Popia Vietnam. Nasib baiklah tak terhangit semua popia tu. Oklah warnanya tu, kekuningan keemasan, garing. Tak suka yang goreng, nanti kita buat popia basah. Next nak buat popia seaweed pulak. Kay Bye.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post