Untuk pelengkap hidangan Sambal Tumis Telur tadi, sempat juga buat kudapan goreng menggunakan kentang dan buah petola. Kebiasaannya, orang dah biasa gunakan peria macam yang ada kat kedai mamak tu. Memang kita tahu peria sejenis sayuran yang pahit, tetapi yang pahit tu la banyak mengandungi khasiatnya. Bagi yang tidak suka rasa pahit peria bolehlah menggunakan petua ini untuk mengurangkan rasa pahit. Potong sayur peria tadi dan rendamkan dalam air garam atau air beras sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian angkat, toskan dan bolehlah dimasak seperti biasa. Btw, kali ni Kak Bell bereksperimentasi dengan buah petola. Peria goreng tepung pun sedap, tapi Kak Bell tak berapa sukakan rasa pahit peria tu. Bila guna petola ni memang tak rasa pahit, manis rasanya. Memang sedap makan ketika panas, tapi bila dah sejuk petola tu jadi lembiklah pula. So jika korang ada petua untuk petola goreng tu kekal ranggup bolehlah kongsikan dengan Kak Bell ya.
Bahan-bahan:
1 biji petola
2 biji kentang
1 biji telur
1 sudu tepung beras
1 sudu tepung ubi kayu
4 sudu tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh Chilli flakes
Sedikit garam dan serbuk perasa
Minyak utk menggoreng
Air secukupnya
Cara membuat:
1) Basuh buah petola dan kentang. Potong dan buang kedua hujung petola dan kupaskan kulit kentang. Hiriskan petola dan kentang.
2) Dalam satu bekas campurkan tepung beras, cili flakes, lada sulah, sedikit garam dan serbuk perasa. Gaulkan petola dan kentang dan pastikan semua bahagian disaluti tepung. Ketepikan.
3) Dalam satu bekas yg lain campurkan tepung gandum, tepung ubi, lada hitam dan gaul sebati. Pecahkan telur dan pukul dahulu sebelum dimasukkan ke adunan tepung. Kemudian masukkan air sejuk secukupnya mengikut kepekatan yang kita mahu.
4) Panaskan minyak.
4) Panaskan minyak.
5) Celupkan petola & kentang kedalam adunan tepung gandum, goreng garing.
6) Angkat dan toskan.
7) Sesuai di makan sewaktu panas kerana petola dan kentang lebih garing.
TIPS!
- Boleh gunakan serbuk paprika gantikan chili flakes.
Bolehlah komen dan bagi petua untuk kekalkan kerangupan petola goreng ni dengan Kak Bell ya. Ni pun dah simpan dlam bekas, tetap dia lembik. Jawapannya, makanlah ketika panas yer. Kay Bye.