Hi Korang! Resepi ni Kak Bell masak beberapa hari yang lepas. Teringin nak makan sedap katanya, tapi malas nak masak masakan yang ambil masa yang lama dan leceh. Maka terhasillah Nasi Ayam Thai yang simple dan cepat ni. Nak cakap nasi ayam Hainan pun macam lebih kurang sahaja rupa parasnya. Ikut sukalah korang nak bagi nama resepi apa. Yang penting ianya nasi ayam! Seriously, senang uols! Tak payah nak goreng ayam, perap madu bagai. Hujung-hujung, ready je untuk dilahapkan. Kebetulan masa memasak ni, ada pula jiran bawah rumah Kak Bell ni masak menu yang sama. Tapi tak lawanlah dengan masakan dia, chef kot! Kita ni masak buat syarat nak kenyangkan perut aje kan.
Resepi Ayam Thai ni dah viral kot kat FB tu. Tapi resepi Kak Bell ni lebih kurang je sama. Ada sedikit berbeza bahan ajalah. Beras pun Kak Bell pakai beras biasa dan tak campur pun beras pulut. Ada juga yang goreng sekejap beras dengan bahan tumis, tapi Kak Bell campak semua dalam periuk nasik terus. On periuk nasi, then korang pergilah buat kerja lain sementara tunggu nasi masak. Yang mana rasa terliur tu, bolehlah cuba resepi ni yer. Kalau sedap silalah share yer. Klik juga SINI untuk Nasi Ayam Tanpa Perap.

Bahan A (rebusan ayam)
5 ketul bahagian ayam
2 batang akar ketumbar
1 inci halia (dihiris)
Garam secukupnya
1 kiub ayam
*boleh ganti dengan stok ayam
Bahan B
3 pot beras
Air rebusan ayam
Timun
Tomato
Bahan C (sos kicap)
1 sudu kicap pekat
3 sudu sos cili
3 biji cili api potong
Sedikit air
*bahan sesuaikan banyak mana nak
Cara memasak:
1) Masukkan air dalam periuk besar cukup untuk menutupi ayam. Nak lebih pun boleh untuk dijadikan sup.
2) Masukkan ayam, hirisan halia dan batang akar daun ketumbar dan biarkan mendidih.
3) Tambahkan 1 kiub ayam dan garam secukupnya. Boleh juga tambahkan sedikit stok ayam untuk penambah perisa.
4) Rebus ayam tadi sehingga masak dan ketepikan.
5) Masukkan beras yang dah dibersihkan dalam periuk nasi, gunakan air rebusan ayam tadi.
6) Masukkan ayam yang direbus tadi, daun ketumbar, masak sehingga nasi masak.
7) Sementara menunggu nasi masak, sediakan sos.
Penyediaan sos kicap:
1) Tambahkan semua bahan C dalam periuk memasak.
2) Masak seketika dengan api perlahan.
3) Boleh adjust rasa sos ikut kesukaan.
TIPS!
- Boleh gunakan halia tua untuk rebus ayam
- Boleh tambahkan bawang putih dan guna batang daun bawang
- Lebihkan sedikit air untuk masak nasi
- Sos boleh ikut kesukaan
Untuk resepi sos tu, Kak Bell buat cara yang simple jugak. Tak payah nak asingkann sos cili dengan kicap. Satukan sekali je senang. Btw, terpulang pada kesukaan dan kegemaran masing-masing. Amacam korang buat menjadi tak? Sedap kan? 3 pot beras ni, 2 orang makan je tau! Tak sempat nak jemput tetamu makan. Kalau nak menjamu, kena masak sekawah lah kot. Tunggu Kak Bell beli kawah gergasi yer. Kay Bye.