Pembukaan GINTELL Showroom @Mid Valley & GINTELL Hi5 Rental Plan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pembukaan GINTELL Showroom @Mid Valley & GINTELL Hi5 Rental Plan

Trending

Pembukaan GINTELL Showroom @Mid Valley & GINTELL Hi5 Rental Plan

Hi Korang! Pada 31 Ogos 2017 yang lepas, Kak Bell telah berpeluang menghadiri pembukaan showroom terbaru GINTELL di Mid Valley Megamall. Turut hadir semasa majlis tersebut, model dan selebriti terkenal antarabangsa Amber Chia yang telah menjadi Duta GINTELL selama 11 tahun. Rasanya masih tidak terlewat juga untuk ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 buat semua rakyat Malaysia. Untuk ketahui lebih lanjut, silalah teruskan pembacaan korang kay!



GINTELL memang dikenali sebagai salah satu jenama produk penjagaan kesihatan yang terkenal di Malaysia. GINTELL telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah mengembangkan rangkaian perniagaan dan pengedarannya di seluruh negara. Kini, GINTELL telah mempunyai lebih daripada 100 cawangan di pusat membeli belah terkemuka di serata Malaysia dan yang terbaru adalah di Mid Valley Megamall. Untuk pengetahuan korang, Malaysia Book of Records juga telah mengiktiraf GINTELL sebagai “Largest Health Care Product Chain Store”!



Majlis pembukaan showroom terbaru GINTELL di Mid Valley Megamall turut dimeriahkan dengan tarian singa yang memang sinonim dengan masyarakat Cina. Bersesuaian dengan motto GINTELL “Health Love Life”, GINTELL juga telah memperkenalkan skim sewa Hi5 Rental Plan! dimana pelanggan kini boleh menikmati urutan kelas pertama di rumah dengan Hi5 Rental Plan GINTELL.



Untuk sedikit paparan semasa hari pembukaan tersebut, bolehlah tengok video berikut:


GINTELL Hi5 Rental Plan
Why Buy If You Can RENT? Begitulah mukaddimah untuk skim sewa daripada GINTELL! Hi5 Rental Plan ini membuka peluang kepada mereka yang ingin memiliki kerusi urut impian di rumah. Ia adalah skim pembayaran yang mudah dan fleksibel dengan matlamat bagi semua lapisan masyarakat untuk menjalani gaya hidup sihat dengan mudah. Ianya tanpa had kredit dan tanpa sebarang faedah! 


Kebiasaannya, kita akan sedia maklum bahawa kerusi urut adalah satu produk mewah, dan kaedah yang biasa digunakan untuk membelinya adalah melalui bayaran tunai atau kad kredit (ansuran). Oleh itu, GINTELL mengambil inisiatif dengan menyediakan pelan sewa pembayaran mudah, agar kesihatan yang baik dapat dinikmati oleh semua. Pelanggan tidak perlu bimbang tentang had kad kredit, atau had kad debit kerana pelanggan tidak akan terikat kepada keseluruhan pembayaran. Sebaliknya, pelanggan hanya akan membayar yuran sewa bulanan (monthly rental fees) sahaja daripada membayar dengan jumlah yang besar sekaligus dan faedah tidak akan dikenakan kepada pelanggan.


5 Ganjaran Hebat Hi5 Rental Plan
Di bawah pelan sewa ini, pelanggan akan dijamin dengan 5 ganjaran seperti berikut:

1) Jaminan Perkhidmatan (Guaranteed Service)
Kebiasaannya, pelanggan akan menikmati waranti 1 tahun untuk pembelian model kecil dan 2 tahun warranti untuk model besar. Malalui pelan sewa ini, pelanngan boleh menikmati waranti selama 3 tahun, yang bermaksud bahawa pelanggan tersebut tidak perlu menanggung sebarang kos untuk membaiki apa-apa kerosakan semula jadi semasa tempoh waranti, termasuk barang-barang ganti. GINTELL juga akan memberikan tips-tips profesional seperti tips kesihatan, petua penggunaan kerusi urut & tips penyelenggaraan untuk penggunaan yang lebih baik & berkesan.

2) Jaminan Penyelenggaraan (Guaranteed Maintenance)
Penyelenggaraan kerusi adalah sebanyak 2 kali setahun secara percuma seperti leather polishing & pemeriksaan pada motor untuk memastikan kerusi berfungsi sepenuhnya. Selain itu juga, after sale service seperti pemeriksaan pada sistem operasi dan perkhidmatan produk seperti penggantian bahagian secara percuma (jika perlu) juga disediakan.

3) Jaminan Penggantian (Guaranteed Replacement)
Pelan ini juga akan dijamin oleh sebarang risiko keadaan (All Risk Insurance Coverage). Jaminan penggantian akan diberi jika berlaku keadaan tidak dijangka seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya yang mengakibatkan kehilangan dan kerosakan produk.

4) Jaminan Naik Taraf (Guaranteed Upgrade)
Pelan Naik Taraf Fleksibel*(T&C Applied) juga boleh dinikmati oleh pelanggan selepas 2 tahun komitmen dengan pelan sewa. Pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf kepada model/kerusi urut yang baru bagi membolehkan pelanggan merasai pengalaman dan penggunaan yang lebih baik dengan kerusi urut yang baru.

5) Jaminan Nilai (Guaranteed Value)
Sudah tentu pelanggan akan mendapat manfaat kesihatan seperti membantu dalam postur, meningkatkan peredaran darah, melegakan tekanan, dan mengurangkan tekanan pada saraf. Hadiah percuma eksklusif juga akan diberi kepada mereka yang menandatangani pelan sewa ini.

5 Langkah Mudah Hi5 Rental Plan
Berikut merupakan langkah-langkah untuk menikmati pelan sewa tersebut.

1) Cuba produk 
    -Lawati GINTELL outlet dan cuba uji pengalaman kerusi urut pilihan.
2) Pilih produk kegemaran 
    -Pilih model kerusi urut/sofa yang tersedia.
3) Isi borang permohonan
4) Penyerahan dokumen sokongan 
   -Salinan kad IC, kad kredit atau kad debit dll.
5) Tunggu penghantaran produk 
   -Penghantaran percuma ke pintu rumah pelanggan.

UFO Massage Chair GINTELL De’Space GT90009


Hanya dengan 5 langkah mudah dan 5 ganjaran hebat, impian untuk menikmati kesihatan yang unggul di rumah kini dapat dirasai oleh semua. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelan tersebut! Dengan Hi5 Rental Plan, matlamat memberi kehidupan sejahtera dapat direalisasikan kepada pelanggan, amat kena dengan tema `Kesejahteraan Hidup, Kesihatan Badan'. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang GINTELL dan laman media sosial berikut.

Website | Hi5 Rental Plan | Facebook | Instagram 

Lot F-038, 1st Floor, Mid Valley Megamall
#GINTELLMalaysia #GINTELLHi5RentalPlan

Down to earth Amber Chia
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post