Hi Korang! Selamat Hari Raya Idul Adha buat semua. Balik ke kampung ke
uols? Tahun ni Kak Bell beraya di opis aja. Masih tak terlewat juga Kak Bell
nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 selain
ucapan tahniah atas kemenangan Malaysia dalam Sukan SEA 2017.
Tambahkan timun biasa dengan lobak. Boleh aje kan?
Rasa lawak sangat tadi, ada kawan kongsikan satu tweet yang kelakar dan telah mendapat sebanyak 35K retweet dan 16K sukaan. Katanya Malaysia rushing 2,3 hari ni penuh aktiviti dari final Sukan Sea, closing ceremony, Merdeka day then nak korban lembu lagi keesokan harinya. #rushing katanya! Betul lah apa yang ditweet tu kan, yang penting 4hb dapat cuti. Ye tak? Jom baca lagi dan lihat Koleksi Resepi Ikan Sardin Kak Bell. Baca juga Khasiat Ikan Sardin.
#Rushing. Lol
Actually dah lama dah tak update resepi. Memasak pun dah jarang-jarang.
Untuk raya hari ni pun Kak Bell tak masak apa-apa. Disebabkan sorang diri je
kat rumah dengan anak-anak bulus je, jadinya tak de semangat nak buat
rendang bagai. Ibarat macam kita ni pulak yang beraya di perantauan!
Hehe.
Walaupun tidak memasak rendang, ketupat bagai, perut pun mestilah lapar
jugak kan. Mampu masak sardin ajelah. Nak bagi resepi pun semua dah pandai.
Ni saje jelah share resepi-resepi ikan sardin yang ada. Pepandailah korang
adjust sendiri kay. Kejap-kejap lagi Kak Bell sharekan resepi popia goreng
haritu yer. K bye. Muah2