Hi Korang! Harini Kak Bell nak review tentang Chulala Cleansing Lotion, losyen pembersih muka (micellar water) yang Kak Bell dapat masa perasmian Luxella.com tempohari. So, sekarang ni baru ada masa Kak Bell nak kongsikan dengan korang setelah menggunakan produk ni.
Apakah micellar water?
'Micellar water' adalah produk penjagaan kulit wajah yang dapat menghilangkan make-up dan membersihkan kulit tanpa melalui proses bilas. Teksturnya menyerupai air, sangat ringan dan tidak berminyak dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif. Perbezaannya dengan air biasa, miceller water ni bertindak sebagai magnet yang mampu menarik kotoran seperti makeup. Kini, terdapat banyak produk micellar water seperti Bioderma Solution Micellaire, Lancôme Eau Micellaire Douceur, Garnier Micellar dan lain-lain yang berada dipasaran. Kelebihannya, pengguna tidak perlu membilasnya dengan air lagi setelah menggunakannya.
Chulala Cleansing Lotion ni adalah produk dari Okinawa, Japan yang diperbuat daripada enzim betik (papaya enzymes), air laut dalam (deep ocean water) dan enzim Papain yang bertindak untuk menanggalkan sel-sel kulit mati secara perlahan-lahan. Kelebihan produk ni ianya tanpa pengawet, tiada pewangi, tiada pewarna, tiada mineral oil, dan menggunakan bahan mineral air laut dalam. Campuran enzim semulajadi dan bahan botani laut ni, bertindak secara lembut tetapi berkesan disamping enzim papain yang bertindak sebagai metabolik yang menanggalkan kotoran pada wajah. Dalam produk ni, Sea salt bertindak sebagai astringent dan coral water yang kaya dengan kalsium membantu dalam proses perolehan sel kulit yang lebih sihat (skin cell turnover). Produk ni dijual dengan harga MYR120 dan didatangkan dengan 2 saiz iaitu 150ML & 300ML. Korang boleh order di Luxella.com jika berminat untuk mencubanya.
Cara Menggunakan?
Cara pemakaiannya sama sahaja macam menggunakan make-up remover lain. Tekan pam 2-4 kali losyen pembersih Chulala pada kapas muka, kemudian sapukan ke seluruh muka untuk membersihkan solekan dan kotoran. Ulangi sehingga bersih. Setelah membersihkan seluruh wajah, tak perlu mencuci muka menggunakan pembersih lain.
TIPS!
- Bilas dengan serta-merta jika masuk ke dalam mata.
- Gunakan remover lain untuk maskara dan solekan mata tebal.
- Gunakan dalam masa 2 bulan setelah dibuka.
- Tidak digalakkan pemindahan ke bekas lain.
- Simpan di tempat yang sejuk, jauh dari cahaya matahari langsung.
- Jauhkan dari jangkauan kanak-kanak.
- Jangaun gunakan jika mempunyai parut, ruam, ekzema.
- Hentikan penggunaan jika terdapat tanda seperti kemerahan, bengkak, gatal-gatal dan kerengsaan kulit.
My Verdict
Masa permulaan menggunakan Chulala Cleansing Lotion ni akan ada sedikit bau but bukan bau astringent yang kuat. Lama kelamaan dah tak sedar dah baunya. It is a nice scent. Slightly, macam ocean breeze scent. Bagi Kak Bell, memang mudah menggunakan Chulala cleansing lotion ni sebab ianya bertindak menyelesaikan kedua-dua fungsi penyingkiran make-up dan mencuci muka, tidak perlu mencuci muka dua kali. So far, semua kekotoran make-up yang Kak Bell pakai dapat tanggal bila gunakan Chulala ni. Macam Kak Bell yang selalu balik kerja lewa-lewat malam, memang memudahkan dan dapat singkatkan masa. Reka bentuk botol simple tetapi mudah digunakan sebab dilengkapi dengan pam untuk mengawal berapa banyak jumlah losyen yang nak digunakan. Teksturnya sangat halus, ibarat macam mencuci muka dengan air je. Selepas cucian, memang tak ada rasa ketegangan pada muka dan muka akan rasa lembap. Keseluruhannya, produk ni bagus dan Kak Bell enjoy gunakannya.
Tags:
ChuLaLa Cleansing Lotion Review
Event & Review
Japanese Beauty Products
micellar water
Okinawa Product