Cara Mudah Tukar Domain blogspot.my Kepada .com - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cara Mudah Tukar Domain blogspot.my Kepada .com

Trending

Cara Mudah Tukar Domain blogspot.my Kepada .com

Cara Mudah Tukar Domain blogspot.my Kepada .com | Hi Korang! Harini Kak Bell nak kongsikan sedikit info untuk menukar domain blog. Sebenarnya, memang Kak Bell zero knowledge tentang html, coding dan yang sewaktu dengannya. Memang dari zaman Universiti pun, seriously failed sebab tak paham dan tak masuk ke dalam otak ni. Rasa nak menangis je sebab tak paham. Nasib baiklah kos luar fakulti. Kalau tak memang bungkus lah jawabnya dik non! So, bila dah mula berkecimpung dengan blog ni, barulah Kak Bell belajar sendiri, sedikit-sedikit. Kadang-kadang tu, dah tanya orang, macam mana pun tetap tak paham jugak. Kalau dah tak faham sangat, hujungnya minta bantuan dari orang yang lebh arif. Nanti Kak Bell makan kismis banyak sikit supaya cepat faham yer. Haha.

Sumber Google
Walaupun hanya blog persendirian, rasanya penukaran domain berbayar ni memang perlu untuk buat blog kita nampak lebih profesional. Pilihlah nama domain yang elok-elok sikit kan. Lagi singkat url blog, lagi senang pengunjung nak ingat dan datang semula ke blog kita kan? Btw, ianya hanyalah optional. Terpulang, hak masing-masing. Untuk penulisan ni ianya adalah dari pemahaman Kak Bell sahaja. Disebabkan memang kita tak pandai benda ni, kalau ada kesilapan bolehlah diperbetulkan. Disebabkan Kak Bell pun masih newbie dalam bidang ni, entri ni hanya sebagai guide kepada pengguna blogspot.my untuk menukar domain kepada .com.

Penjual domain

Buat makluman, untuk buat website, korang perlu beli: HOSTING+DOMAIN. Domain adalah alamat website, eg. www.kakiputar.com dan Hosting pula ialah ruang di dalam server untuk simpan kesemua file-file website seperti file gambar, tulisan, video, audio dan sebagainya. Disebabkan Kak Bell menggunakan hosting dari blogspot, jadi tak perlulah membeli hosting yang lain. Cuma perlu beli domain sahaja. Sebelum menukar domain di blogspot, semestinya lah kita perlu membeli domain daripada pembekal domain dahulu. Terdapat banyak pembekal domain yang ada, pilih sahaja yang mana dirasakan berbaloi, murah dan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan. Antara yang popular, adalah seperti GoDaddy, NetKL, KLServer, dan lain-lain. Disebabkan Kak Bell membeli domain di NetKL, so iols akan tunjukkan cara membeli domain dengan NetKL.


1) Masuk ke laman NetKL.

2) Pada bahagian menu, pilih Domain. Kemudian pada bahagian submenu pilih Custom Domain Services dan pilih Use at Blogspot.com (without Email Package).
Domain > Custom Domain Services > Use at Blogspot.com (without Email Package)


Perbezaan dengan pakej with Email Package, pakej yang ni tanpa Hosting. Kita akan gunakan hosting asal dari blogspot. Jika korang beli pakej with Email Package, ianya datang dengan 1GB Storage Space (i.e 1GB = RM30 per year ). Selagi korang renew untuk bayar kos hosting setiap tahun, domain yang diberi juga adalah percuma. Nanti korang boleh baca details tentang pilihan tersebut dan tekan > Order Now. 



3) Masih di step ke-2 untuk Domain Option. Pilih pilihan atas sekali > I want NetKL Network to register a new domain for me, kemudian masukkan nama domain yang korang dah pilih tadi dalam kolum bertanda no.2 dan > Click to Continue.


4) NetKL akan semak nama domain tadi jika available. Seterusnya > Click to Continue.

5) Masukkan address/URL blogspot korang then > Add to Cart


6) Sahkan pembelian anda. Pada ruangan confirm order, masukkan butiran peribadi termasuk alamat dan daftar sekaligus untuk NetKL.

7) Buat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat samada online transfer atau Paypal. Simpan screenshot bukti pembayaran.

8) Checkout bila dah selesai dan akan pergi ke ruangan invoice.


9) Dapatkan nombor invoice dan emel ke to support@netkl.com bersama dengan bukti pembayaran. Notify yang bayaran dah dibuat. Email akan dihantar bila pihak NetKL terima emel notification pembayaran tadi.


10) Kemudian, tunggu email untuk Verify contact information untuk domain XXX.com yang dibeli tadi untuk menandakan, korang adalah pemilik SAH domain tersebut. Verification hendaklah dibuat dalam masa 24 jam setelah email dihantar bagi mengelak domain yang dibeli tersebut di suspend selama-lamanya.

Dah selesai proses pembelian. Btw, untuk re-configure Kak Bell suruh pihak NetKL yang buatkan sebab iols tak pandai. Tahniah! dah boleh mula berblogging dengan domain .com yang baru. Happy memang happy, tetapi korang kene set semula code untuk iklan adsense dan nuffnang. Yang sedihnya, adsense baru je approved dah tak muncul. Nanti Kak Bell share pasal macam mana nak re-apply adsense selepas tukar domain. Baru je dapat kumpul beberapa dollar buat beli cekedis. Haha. Harap-harap, approved la semula adsense ni. Kalau ada kesilapan atau info tambahan bolehlah tulis di ruangan komen kat bawah ni kay. Xoxo.




























Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post