Hi Korang! Semalam, 22 September 2017 Kak Bell berpeluang pergi ke AIA
Vitality Wellness Festival di KL Convention Centre. Memang semangat waja
gilalah nak pergi sebab nak tengok David Beckham! Siapa tak kenal bekas
superstar bola sepak David Beckham, yang menjadi duta AIA Global Ambassador,
datang ke KL secara ekslusif untuk event ni. Pastilah semua peminat bola dan
segala mak nenek nak tengok dia kan. Manalah tau, dapat bergambar dengan abg Beckham kan! Maunya tak tidur
malam.
AIA Vitality Wellness Festival diadakan bagi meraikan ulang tahun pertama
AIA Vitality sejak konsep ini diperkenalkan bagi menggalakkan rakyat untuk
menjalani hidup yang lebih sihat melalui langkah mudah. Btw, festival ini
adalah melalui jemputan sahaja dan tidak terbuka untuk semua orang. Walaupun
by invite only, selautan manusia jugalah yang datang kan.
Sebenarnya, Kak Bell tak berapa paham konsep acara hari tu. So, pakai baju
biasa ajalah macam nak pergi berjalan kat KLCC tu. Rupa-rupanya, event ni
suruh semua jemputan pi main aktiviti kat dalam tu. Haha. Tintong sangat Kak
Bell. Lagipun kalau pakai pakaian sukan pun, memang Kak Bell tak buat kot
aktiviti tu. Ramai betul manusia beratur kat setiap stesen nak collect
point, seterusnya boleh redeem hadiah menarik di kaunter yang dorang
sediakan.
Lepas buat aktiviti, dorang akan masukkan point dalam wristband tu.
Diantara aktiviti fitness yang ada seperti Zumba, Body Combat dan BodyJam.
Selain aktiviti tadi, ada banyak lagi aktiviti lain termasuklah Jacob’s
Ladder, Human Pacman, Rock Climbing, VR experience, nutrition talks dan
sebagainya. Disebabkan Kak Bell fefeling model dengan kasut 7 inci bagai, so
Kak Bell catwalk aje dalam dewan yang sebesar 2 padang bolasepak tu. Lebih
6000 langkah dah! Aktiviti sihat jugak kan?? Kat bawah ni, bolehlah korang
nak tengok apa yang berlaku masa AIA Vitality Wellness Festival tu.
Stair climbing
Masa Kak Bell memula sampai acara Zumba baru nak mula. Ramai juga yang join
aktiviti ni. Bagus sangat! Tugas Kak Bell, feling-feling reporter sahajalah
ye. Ambil gambar, ambik video buat tatapan korang. Nak tengok David Beckham
tak? Ha, baca sampai habis ya.
Bagus kakak-kakak ni buat aktiviti meninju. Btw, manja je Kak Bell tengok
dorang tumbuk menda tu. Hehe. Tak pe kak, berlatih lagi. Manalah tau boleh
jadi macam JLo dalam cerita Enough. Lepas ni, kalau ada penyangak ke, lelaki tak budiman ke, tinjukan aje muka
dorang tu! Rasain!
Ni aktiviti Human Pacman untuk kanak-kanak. Macam game Pacman tu lah cara
nak main dia. Sukalah budak-budak kan.
Bagi yang dah cukup collect point, bolehlah redeem hadiah kat Reward
Station. Kalau lite-lite je markahnya, silalah ambil hadiah kat kaunter
Bronze. Selain tu, ada juga cabutan bertuah. Banyak juga hadiah-hadiah yang
menarik. Dapat Fitbit tu pun best kan.
Diantara hadiah yang ada:
* 8x David Beckham signed memorabilia
* 3D2N stay in Berjaya Times Square Hotel KL with breakfast worth
RM750++
* 3D2N stay in Berjaya Penang Hotel with breakfast worth RM520++
* 3D2N stay in Berjaya Waterfront Hotel JB with breakfast worth
RM420++
* 5x complimentary BP Personal Health Coach Voucher worth RM100 each
* 10x RM100 Guardian Voucher
* 5x Jaya Grocer food hamper worth RM500 each
* 3x RM700 Reebok Voucher
* 3x Garmin Vivomove Sport worth RM750 each
* 4x Fitbit Alta HR
* 1x Fitbit Charge 2
* 1x Fitbit Blaze
* 1x MedKlinn Asens+40
* 1x MedKlinn Asens+40
* 2x MedKlinn Autoplus
* 20x TGV Movie Tickets
Disebabkan dah datang awal, makan pun belum, so Kak Bell pun decide
pergilah makan dengan kawan Kak Bell ni. Nak buat aktiviti pun, maunya kene
tunggu lama kat setiap stesen dan David Beckham pun katanya akan muncul
dalam jam 5PM ke 6PM. Then, pergi isi perut dululah kat KLCC. Dah lepas
makan, jam pun dah dekat 5 petang jadinya berjalan balik ke tempat event
sebab nak tengok David Beckham. Masa aon the way tu, Kak Bell heran sebab
semua orang macam dah nak balik, semuanya menuju KLCC. Hujung-hujung sampai
dewan, katanya David Beckham dah balik! Jam 4PM tadi dia dah muncul. Aiyooo,
sentap sangat rasanya sebab cakap kol 5 petang. Habis tu, korang ingat dia
nak ikut time kita ke? Haruslah kita yang kena ikut masa dia, ikut suka dia
la nak datang kol berapa kan?! Haha. So ceritanya, tak nampaklah David
Beckham depan mata ni. Nak sedapkan hati, kalau ada masa tu pun, ada sejuta
umat dalam tu nak tengok, berselfie bagai dengan dia kan. Tengok kat IG
adalah 2,3 minah ni dapat selfie. Itupun kena halang dengan bodyguard. Ada
yang dapat sign kat baju. Huntunglahhh!
Salah niat sangat datang event ni kan. Nama pun Wellness Festival!
(sedapkan hati). Jadilah dapat bergambar dengan poster Beckham ni je ha. Kak
Bell gigih jugak pergi cari kat hotel, jumpa Aishah Sinclare je, yang turut
jadi pengacara masa kehadiran Beckham. Tahun depan, kalau ada lagi dapat
jemputan, Kak Bell akan pakai pakaian sukan. Then Kak Bell akan panjat
gunung dengan bertinju. Ok Bye!