Tom Yam Campur Chiang Mai - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tom Yam Campur Chiang Mai

Trending

Tom Yam Campur Chiang Mai

Hi Korang! Dah masuk bulan Ogos 2017 dah. Kejap aje kan. Last week Kak Bell pergi jalan-jalan ke Chiang Mai , Thailand. Tahun ni dah 2 kali ke Thailand. Jalan-jalan lah uols tengok negara orang. Btw, entri ni Kak Bell share resepi dululah. Post pasal travel ke Chiang Mai tu in progress. Mahunya ambil masa seminggu nak mengarang 4 hari sepanjang kat sana. Masa kat sana, nak cari makanan Halal agak jauh juga. Kenalah naik Songthaew (macam oven bergerak Bangkok tu) ke Hilal Town untuk makan. Dah sampai Thailang, mestilah nak rasa tom yam kan. Btw, rasa tom yam kat sini dan juga kat Bangkok memang lain kat Malaysia. Rasa macam tom yam Malaysia lagi sedap dan pedas. Mungkin juga tempat yang Kak Bell makan tu memang konsep masakan dia macam tu agaknya. Jadi, masa kat sana Kak Bell belilah bahan-bahan kering untuk masak tom yam. Harganya 80Baht 1 pek. Ada juga Kak Bell rasa Tom Yam Nam Khon kat sana. Versi yang ni ada santan. Harini, Kak Bell cuba masak tom yam menggunakan bahan-bahan kering tersebut. Btw, Kak Bell tambah jugak bahan-bahan yang sedia ada. Takut pula rasanya tak menepati anak tekak kan. Jom tengok resepinya.


Bahan-bahan:
1 bahagian pek Thai Tom Yam
10 ketul bahagian ayam
5 ekor sotong
Pes tom yam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai (diketuk)
2 biji tomato kecil
2 biji cili api merah
2 helai daun limau purut
1/3 lobak
Kobis bunga
Air secukupnya
Garam dan perasa




Cara memasak:
1) Panaskan air secukupya.
2) Masukkan bahan kering tom yam dan serai biarkan sekejap dalam 5 minit.
3) Kemudian masukkan pes tomyam. Ikut suka nak guna brand apa.
4) Masukkan ayam dan tunggu ayan separuh masak.
5) Bolehlah masukkan semua bawang, cili api dan sayuran, diikuti dengan sotong atau udang.
6) Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya


TIPS!
  • Boleh tambah santan untuk buat Nam Khon.
  • Tambahkan sos ikan untuk penambah perisa.


Bolehlah rasanya. Sama je macam masak tom yam yang biasa kita masak tu. Cuma bahan-bahan yang digunakan dah dikeringkan terlebih dahulu. Dalam pek tom yam kering tu ada lengkuas yang banyak, cili padi, serai dan asam keping. Jadi, tambahkan aja bahan-bahan yang fresh supaya sedap dan lebih menarik. Nak rasa sebijik macam yang kat Chiang Mai tu memang tak lah uols. Mana pulak Kak Bell nak pergi cari original pes tom yam dorang tu kan. Okay, Kak Bell nak menaip pasal Chiang Mai trip pulak. Tarik napas jap. Hiks!







Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post