27/7/2017 (Part 2)
Hi Korang! Dah masuk hari ke-7 since entri yang lepas. Ni Kak Bell tulis sambungan untuk episod hari ke-2. Untuk entri ni tak ada banyak sangat perkara yang nak dikongsikan sebab cuma melawat destinasi terakhir ke Wachirathan Waterfall. Dari pergunungan Doi Inthanon mengambil masa dalam 35minit ke kawasan air terjun Wachirathan. Walaupun cuma kesekejapan, para model tidak melepaskan peluang untuk melelapkan mata. Tersangat lah lapar sebab pagi tadi pun cuma brekfast lite2 aje. Tak sabar nak makan lunch box yang dah siap disediakan oleh tour guide kitaorang.
Ketika dalam perjalanan turun dari puncak Doi Ithanon, kitaorang singgah dulu kat Hill Tribe Market tepi jalan ni untuk beli sedikit buah tangan hasil dari hasil penduduk tempatan kat gunung ni. Kat sini korang boleh dapatkan macam-macam barang seperti buah-buahan, sayuran, kopi, madu, buah kering, kekacang dan lain-lain. Sempatlah kitaorang merasa macam-macam jenis kacang dan buah kering kat sini. Semua pun sedap. Paling best ialah kacang parang. Seriously kacang parang dia sangat lemak dan rangup. Habis sampai kulit-kulitnya sekali Kak Bell makan, walhal Kak Bell memang senang batuk makan benda alah ni. Nanti kalau korang singgah sini, memang tak rugi korang beli dan bawak balik. Harga pun murah, kalau tak silap dalam 100Baht untuk 3 pek kecik kacang atau jeruk kering. Lupa dah uolss sebab lama sangat peram citer Chiang Mai ni. Sesambil kitaorang membeli belah kat sini, Si Bam Jina pergi panaskan makanan untuk lunch di air terjun nanti.
Pemenang cabaran membeli-belah kali ni, dimenangi oleh Puteri Sharina. Ada satu kedai tu jual pakaian, kitaorang dok jengah2 lah, panggil tokey dia yang tengah sibuk menjahit baju. 3,4 kali panggil tak menyahut ni. Walhal depan mata ni! Kita ni panggil nak tanya saiz, dia boleh buat tak tahu aje yer. Apa lagi, terus Puteri Sharina masuk dalam sebab dah hangin. Hujung-hujung dah pompang itu ini, rupa-rupanya tak paham pulak apa kitaorang cakap. Languange barrier sangat, so cari sendiri lah jawabnya saiz baju uols. Lawak pulak dibuatnya waktu ni. Haha.
Dah habis membeli-belah, kitaorang teruskan perjalanan untuk makan tengah hari. Ingat nak makan je uolss. Haha. Terdapat banyak air terjun kat area taman negara Doi Ithanon ni. Tak silap Kak Bell ada 8 air terjun kat sini termasuk air terjun Wachirathan. Ada Mae Ya WaterfallShow, Mae Pan Waterfall, Mae Klang Waterfall, Pha Khun Na Waterfall, Wang Khwai Waterfall, Wachirathan Waterfall, Sirithan Waterfall dan Siriphum Waterfall. Okay korang pilih yang mana satu nak pi.
Wachirathan Waterfall ni merupakan air terjun ke-2 yang paling utama di Doi Ithanon. Ada yang cakap ketinggian air terjun ni setinggi 60meter dan ada yang cakap 80meter. Tak taulah yang mana satu yang betul. Air terjun ni lebar dan ada 2 bahagian. Untuk bahagian kiri ni lebih banyak air terjunnya berbanding dengan bahagian kanan. Kalau nak tengok air terjun ni meriah, bolehlah datang melawat pada musim hujan, air dibahagian yang sedikit ni akan turut meriah agaknya.
Kat sini kitaorang cuba tengok2 aje pun. Tak nampak pulak orang mandi manda kat sini. Air terjunnya sangat kuat, sampai merecik-recik tempias airnya. Nak ambik gambar pun berhati2, takut kene air. Maklumlah handphone Kak Bell ni bukan kalis air. Handphone 3310 aje pun. Kalao kena air habislah riwayat. Menangis pulak nak mencarik handphone lain. Tak percaya korang tengok video ni ha!
Tibalah masanya yang dinanti-nantikan untuk sesi menjamu selera. Makan tengah hari ni memang dah termasuk dengan bayaran perjalanan harini. Meriah jugak lauk pauknya. Ada green curry, tom yam sea food, masak rebung dan lain-lain. Semua menu memenuhi citarasa. Kak Bell tunggu resepi dari Bam Jina ni, nanti nak cuba masak menu dorang ni. Senang uols dah siap ada makanan. Dah sampai kat gunung ni, mana pulak korang nak cari makanan halal. Dah habis makan, tengok air terjun, kitaorang sambung minum-minum kopi dulu kat sini sebelum balik semula ke kota Chiang Mai.
Perjalanan pulang dari Wachirathan Waterfall ke kota Chiang Mai mengambil masa dalam 1jam setengah. Disebabkan hari masih awal, kami semua tak terus balik ke hotel but berjalan-jalan di sekitar kawasan Tha Pae Gate Chiang Mai. Actually pada awalnya, kitaorang nak cari tempat yang menjual kain ela sebab semalam ada ternampak semasa naik Songtaew. But we are kind of lost sebab tak tahu nama tempat tu. Berpanas jugaklah dok jalan kaki kat sini.
Tha Pae Gate ni adalah salah satu daripada mercu tanda yang terkenal di Chiang Mai. Ianya merupakan sebahagian daripada tembok 'old city' yang dah runtuh dan pernah menjadi kubu untuk 'Kota Lama' kat sini pada zaman Kerajaan Lanna. Pada waktu sekarang, tembok ni masih bertindak sebagai sempadan geografi untuk kawasan dalam 'old city'. Kiranya, kawasan Tha Pae Gate adalah sebagai pusat perlancongan untuk Chiang Mai. Pintu Tha Pae boleh ditemui di sebelah timur Kota Lama, di antara Rachadmnoen Road (arah barat Old City) dan Tha Phae Road (arah timur ke Sungai Ping). Gerbang Tha Pae ni merupakan antara warisan penting yang bertindak sebagai ibu kota Kerajaan Lanna dari abad ke-13 hingga 18. Pada waktu tersebut, dinding, parit dan beberapa pintu besar dibina sebagai langkah pertahanan untuk mengelak serangan tentera dari Empayar Mongol dari Burma. Walaupun telah banyak runtuhan yang berlaku, bahagian Tha Pae Gate telah dibina semula bagi mengekalkan warisan kota Chiang Mai
Dalam kota lama ni, korang boleh bagi makan kat burung merpati yang sangat meriah kat dataran ni. Berebut-rebut semuanya macam tak pernah makan. Sampai ada merpati yang dominan tak bagi merpati lain kongsi makanan yer. Jinak sangat, sampai macam boleh bawak balik hotel je. Seronok jugak beri makan burung kat sini. Btw, jangan sampai kena berak kat burung-burung ni pulak. Korang layanlah video slow motion masa bagi burung ni makan.
Kemudian semua model pun teruskan aktiviti ke Kalare Night Bazar dan Hilal Town untuk makan malam. Sementara tengah menunggu Songtaew, Kak Bell pose-pose kejap dengan moto minah rempit ni. Comel je warne pink.
Malam tu kitaorang semua dinner kat Fatimah Burger House. Kak Bell tak ada ambik gambar kat sini sebab dah penat sangat. Sampaikan makanan dah sampai pun tak larat nak makan. Btw, kat sini Fatimah Burger House ada sediakan teh panas tapi kitaorang tak minum pun sebab memasing dah order air lain. Tak pastilah pulak teh tersebut akan dicaj atau percuma. Lepas habis makan pusing-pusing sekali lagi ke Night Bazar. Ingat tak kedai makcik yang propa haritu? Kedai dia betul2 kat belah kiri pentas live band ni. Ada je kedai lain yang jual benda alah tu jugak (personalized passport, key holder & etc) tapi kat kedai dia ni banyak sikit pilihan warna dan jenis. Haruslah nak hayam ni kekwat. Nanti kalau korang nak pi sini deal harga betul2. Boleh pulak pegi hari semalam harga lain, hari ni harga lain pulak. Untuk legakan kepanasan hati tu, nak tengok lah live band ni. Sampai ke sudah tak ada pulak orang yang menyanyi. Mungkin tunggu malam sikit agaknya baru retis-retisnya turun.
Tamatlah aktiviti hari ke-2 di Chiang Mai. Malam tu, semua model2 bersiap cantik nak pergi foot & body massage. Masa tu dah dekat jam 9.30 malam, usha punya usha semua kedai full house dan tak nak terima pelanggan dah sebab dah nak tutup kedai. Actually kitaorang nak cari tukang urut jantan sebab kuat sikit dorang massage. Kalau tukang massage pompuan, macam tak berasa sangat. Maklumlah kita ni badan begau macam raksasa, tak berasa pulak bila kene picit. Hujung-hujung, satu kedai je yang masih available. Layankan ajelah walau takde tukang urut pilihan hati. Tibahh! Malam tu Kak Bell dan Puteri Sharina buat body massage. Comel molek je tukang urut Kak Bell ni. Tapi tak padan dengan kecik, habis badan kaki Kak Bell dia lipat. Over pulak dia buat gimnastik atas badan Kak Bell. Bolehla dia urut tapi tak tip top sangatlah.
Banyak lagi gambar masa kene massage ni. Tapi semua gambar berspesefikasi 18SX, tak boleh nak tunjuk kat tontonon umum. Macam-macam pesen uol, Cukuplah gambar kat atas tu yer. Kikiki. Tukang urut Puteri Sharina pulak, lagi gempak. Ko tengok tu. Sekali dia hempap Kak Bell, mahunya tercirit kat situ! Laris ye dia, kejap-kejap telepon berbunyik. Ko ni nak urut ke nak membohsia ek? Hahaha. Apapun lepas dah massage, kitaorang bagilah tips kat dorang. At least dorang pun happy kan.
Kedai yang masih beroperasi. Yang lain dah tutup hokkay
Tamat dah kisah untuk hari kedua di Chiang Mai. Terasa kepenatan perjalanan hari ni. Otak Kak Bell pun dah penat nak menulis ni ha. Sorry la kalau kurang content dah kurang menarik ceritanya. Esok punya episod, tour ke Chiang Rai pulak. Lagi padat dan memenatkan yer. Perjalanan pun dah 3 jam uols! Btw, tempat yang nak dilawat esok kesemua menarik. Sempat juga kitaorang menjejak kaki ke sempadan Myanmar dan Laos untuk episod seterusnya. Cerita lebih lanjut boleh klik link bawah ni nanti ya. Ok Bye.
Tags:
Chiang Mai Getaway - Day 2 (Part 2)
Fatimah Burger House
Hill Tribe Market
Old City
Tha Pae Gate Chiang Mai
Travel
Wachirathan Waterfall