Pengalaman Travel Ke Chiang Mai - Day 2 (Part 1) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pengalaman Travel Ke Chiang Mai - Day 2 (Part 1)

Trending

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai - Day 2 (Part 1)

27/7/2017 (Part 1)
Hi Korang! Sawadee Kha! Trip hari ke-2 di Chiang Mai pun bermula. Seawal jam 6pagi dah bangun, bersiap cantik-cantik dan seterusnya breakfast. Haruslah kena bangun awal uols sebab nak berebut toilet, blow rambut bagai kan. Modellah katakan, mestilah jaga penampilan. Kak Bed jugak simple, mandi manda, pakai baju, dah siap. Terus cantik! Jangan marah na Kak Bed. Pagi tu, kitaorang sarapan pagi biskut, maggie cup bersama dengan secawan Nescafe sebab hotel tak sediakan sarapan pagi. Jadilah untuk alas perut sebelum makan tengah hari. Untuk trip hari ni, kitaorang akan ke bahagian Utara Chiang Mai dan kitaorang gunakan khidmat Travel Agency untuk perjalanan tour hari ni. Model-model semua akan dibawa melawat ke Doi Ithanon National Park, King & Queen's Pagoda dan juga Wachiratharn Waterfall untuk sesi photoshoot. Untuk park tour ni, memang sehari suntuk melawat disekitar kawasan pergunungan Doi Ithanon.



Tepat jam 8.20am, pak supir Dave dan travel guide yang cantik, Bam Jina dah sedia menunggu di lobby hotel. Kos travel dengan travel agency hari ni ialah sebanyak 1500Baht (RM194) termasuk dengan makan tengah hari (lunch box). Mula-mula nampak Bam Jina, terus ingat pompuan ni adalah sejenis 'kakak' juga. Ingatkan 'donpan', rupa-rupanya adalah wanita sejati yer! Haha. Lawak betullah time ni. Hujung-hujung meleset memasing. Btw, travel guide kitaorang ni memang sporting habis. Memang best sepanjang tour dengan dorang ni. 

Our travel guide, Bam Jina

Perjalanan ke Doi Ithanon mengambil masa dalam 1jam 30minit atau 2 jam perjalanan. Masuk je van, terus Bam Jina memulakan tugas sebagai travel guide. Bagus juga untuk trip kali ni kitaorang gunakan khidmat travel agency. At least, sedikit sebanyak ada info yang boleh kita tahu. Nah saksikan sedutan video masa travel guide kitaorang tengah bagi penerangan. Videonya gegar-gegar sket la yer. Maklumlah tak de stabilizer, lagipun dalam van kot. Haruslah gegar-gegar!


Ha, dah tengok video ni? Nampak tak Bam Jina sangsang, korang ni tak kerja ke asyik pergi jalan-jalan je? Haha. As she told, orang Chiang Mai ni bercakap dengan 'dialek' (dialect) dorang tersendiri berbanding dengan cara percakapan orang Thai di Bangkok. Ni korang belum tengok lagi macam mana dia nak ingat nama sorang-sorang model. Well done Bam Jina. Hugs!

Said to bring good luck

Doi Inthanon is the highest mountain in Thailand with 2565 metres high (8415 feet) from sea level. The name Doi Inthanon was given in honour of King Inthawichayanon, one of the last kings of Chiang Mai, who was concerned about the forests in the north and tried to preserve them. He ordered that after his death his remains be interred at Doi Luang, which was then renamed in his honour. The park supports a range of animal species, including over 360 bird species. The climate is typically tropical and fairly cool on the summit of Doi Inthanon. In winter the average temperature is 6°C in January and temperatures can sometimes drop below 0°C. From March to June, temperatures are pleasant especially at higher altitudes. The rainy season runs from April to November, sometimes it rains often more than 2 hours per day.


Above is King Inthawichayanon’s stupa is whose ashes buried here. He was the last king of Chiang Mai, was concerned about the importance of forests and wanted to preserve the forests for future generations. Kat sini merupakan tempat pertama yang kitaorang lawat setelah sampai. Kat sini jugak, ada satu kawasan radar dan satelit. Para pengunjung tak dibenarkan untuk mengambil gambar kawasan satelit raja tu. Kat bawah ni pulak, ada juga pengunjung yang letak duit dan buat hajat.


Untuk ke bahagian galeri Doi Ithanon National Park, korang kena lalu kat trail ni dulu. Pagi tu suhu di gunung Doi Ithanon ialah 12°C. Sejuk jugaklah. Btw, keadaan toilet kat sini tak berapa memberangsangkan. Yelah kan dengan cuaca sejuk, basah, so toiletnya agak kecah sket. Ada pulak melaun yang tak cebok lepas guna tandas! Toiletnya pun agak pelik ye. Ada kolah kecik untuk takung air dan semuanya tandas cangkuk. Kak Bell macam geli sikit la kalau toilet camni. Tapi dah kat negara orang, hadapkan ajelah. Kat Indonesia pun toilet dorang macam ni. Huhu.



Okay, begitulah sedikit sebanyak mukaddimah tentang Doi Inthanon. Cuaca kat sini sejuk sikit sebab kat atas pergunungan. Jadi, korang disarankan pakai long sleve atau bawa baju panas atau shawl. Menurut Bam Jina, in order to preserve the forest, Raja Thailand melaksanakan Royal Project untuk penanaman sayur, buah-buahan bagi menggantikan penanaman opium (candu) di kawasan pergunungan. Kat bawah ni, gambar-gambar masa di galeri Taman Negara Doi Ithanon.





Selain tu juga, korang boleh berjalan di laluan Angka Luang (nature trail) untuk tengok keadaan hutan dan tumbuh-tumbuhan di Doi Inthanon National Park. Panjang laluan, approximately 366meter dan ambil masa lebih kurang 30minit untuk habiskan laluan ni. Tak semua model turun ke laluan ni. Kak Bell pun tunggu kat luar aje. Hehe. Masa tengah menunggu model-model meletop tu habiskan cabaran menelaah nature trail, weols selamatkan kumbang biru yang cantik ni melintas jalan. Kesian pulak tengok dia nak melintas. Kang tak pasal-pasal jadi arwah. Dah habis sesi kat sini, kitaorang gerak pula ke Twin Chedis (Royal Pagoda).





The twin chedis were constructed by the Thai Royal Air Force to honor the 60th birthday of the King and Queen of Thailand. The darker color Chedi with the brown color (Phra Mahathat Chedi Nophamethanidol) is for the king and the one with the light-blue or lilac color (Phra Mahathat Chedi Noppholbhumsiri) is for the queen. The area is beautifully landscaped with garden flowers. On a clear day you can view over northern Thailand and the mountains of Burma (to the west).


Berikut adalah gambar-gambar semasa melawat King Pagoda. Korang boleh menaiki tangga atau escalator untuk sampai ke atas. Sesape nak bersenam, bolehlah panjat yer. Kitaorang naik escalator ajelah, Ms Tera dengan pengarah produksi, Sylvian je yang gigih mengekalkan hidup sihat dan harmoni. Hiks!



Permandangan King Chedi dari kawasan Queens Pagoda

Eching2! (acting!)

Dibahagian bawah base King Pagoda ni, dindingnya diukir dengan pelbagai kisah cerita dan mitos. Masing-masing ada kisah yang tersendiri. Dalam pagoda ni pun, dindingnya dilukis dengan peristiwa-peristiwa penting dalam agama Buddha.


Next Top Model Chiang Mai!

Kawasan pagoda ni memang luas dan besar. Kat sebelah kanan King Pagoda ni ada taman bunga. Dari situ korang boleh tengok pemandangan jauh kawasan utara Thailand dan pergunungan Burma. Disebabkan awan terlalu tebal, ni je best shot yang Kak Bell dapat.


Ni diantara imej yang terdapat di dalam King Pagoda. Buat penganut Buddha dorang akan pay respect kat sini. Korang jangan nak cerca pulak cakap dah kenapa ambik gambar Buddha, pergi melawat temple bagai. Dah namanya Thailand, haruslah ada kuil, pagoda je uols. Kita datang nak melawat-lawat dan hormat kepercayaan agama lain. Takkan Kak Bell nak ambik gambar bunga je tunjuk kat korang kan. Now, lepas habis melawat King Pagoda, kitaorang pi tengok Queens Pagoda pulak.



Cuaca kat sini selalu berubah-rubah. Sekejap cerah, panas dan sekejap lagi mendung dan hujan. Biasalah kat atas gunung kan. Waktu kat King Pagoda tu, hari dah renyai-renyai. Nasiblah tak lebat. Keadaan memang sejuk sangat sebab hujan dan korang boleh prepare bawak jaket atau shawl siap-siap yer.


Dah sampai Queens Pagoda, cuaca dah cerah balik. Kalau jemur kain kat sini, tak taulah kering ke tidak sebab cuacanya sering berubah. Btw, waktu ni cuaca dah panas terik balik. Cantik je awan yang bergerak perlahan disampiing panahan mentari. Gittew!


Queens Pagoda ni juga diukir dengan kisah dan cerita tersendiri seperti kat King Pagoda tadi. Ceritanya pun berbeza. Kak Bell pun dah lupa apa kisahnya. Bam Gina ada bagitahu tapi sebab lama sangat baru nak menaip, so lebuhlah jawapannya. Nampak disitu, Miss Sheryana Al- Hadat tengah soal siasat Bam Gina. Serius nau nampak perbincangannya.




Kat bawah ni pula, imej yang ada dalam Queens Pagoda. Imej dalam ni lebih colourful berbanding dengan ruangan dalam King Pagoda. Kalau korang nak tahu, kos pembinaannya Twin Chedis ni ialah 300million. The surroundings were calm and tranquil and definitely a visit worth!


Permandangan Queens Pagoda dari Pagoda Raja


Seterusnya kitaorang pergi ke Wachiratharn Waterfall dan makan tengah hari kat sana. Masa ni, lapar sesangat. Udahlah sejuk kat sini. Better korang bawak jajan untuk makan-makan dalam perjalanan. Kak Bell stop kat sini dulu untuk trip hari ke-2 kay. Bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post