Pengalaman Travel Ke Chiang Mai - Day 1 (Part 2) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pengalaman Travel Ke Chiang Mai - Day 1 (Part 2)

Trending

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai - Day 1 (Part 2)

26/7/2017 (Part 2)
Hi Korang! Jom baca sambungan episod selepas edisi lawatan ke Wat Chedi Luang dan Wat Phra Singh tadi. Actually lepas habis berjalan tu kitaorang terus pergi lunch kat Hilal Town, barulah balik ke hotel. Masing-masing dah kelaparan. Dahlah Kak Bell tak makan dalam flight tadi. Tak sabar nak melantak nasik kaedahnya. Nak ke tempat makanan Halal tu, kitaorang ambik Songtaew (taxi) yang kebetulan ada tak jauh dari Wat Phra Singh. Kos Songtaew ialah 30Baht per person dan korang tak perlu risau sebab harganya memang standard. Semua perkhidmatan Songtaew ni gunakan kadar caj yang sama, siap tulis kat taxi tu lagi. Btw, kalau korang dah ramai-ramai naik benda alah tu, bolehlah cuba minta kurang. Paling murah kitaorang pernah dapat 20Baht per person hasil nego kakak bendahari.

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai
Masih tersenyum di kala perut dah berkeroncong

Tak sabar dah memasing ni nak lunch. Dalam perjalanan haruslah posing-posing gak uols. Abadikan gambar dalam Songtaew. Nah ni siap ada video lagi. Hehe. Ceria kan semua model-model ni.


Populasi orang Muslim di Thailand mencecah 4 million dan paling banyak menetap di kawasan selatan dan Bangkok ialah kaum etnik Melayu Muslim. Tetapi kat kawasan Chiang Mai, jumlah populasinya kecil dan terdiri dari etnik Muslim Cina dan sebilangan kecil umat Islam Burma. Untuk mendapatkan makanan halal, korang boleh pergi ke Hilal Town di jalan Charoen Prathet 1 Alley atau boleh pergi ke Anusarn Night Bazaar. Halal Town ni terletak berhampiran je dengan pasar malam Chiang Mai (Kalare Night Bazaar), dan merupakan tempat terbaik untuk makan makanan Thai Halal di Chiang Mai. Dari pintu gerbang Halal Street ni, korang jalan sikit ke dalam dan akan nampak sebuah masjid Cina iaitu Masjid Hidayatul Islam Banhaw di sebelah kiri jalan.

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai
BanHaw Mosque

Di sepanjang 200m jalan ni, terdapat beberapa buah restoren, kedai dan gerai makanan Halal. Pilihlah yang mana korang suka. Sepanjang beberapa hari kat Chiang Mai ni, kitaorang dah plan nak rasa dan makan kat restoren mana. Bolehlah mencuba pelbagai jenis variety masakan kat sini. Btw, kebanyakkan kedai makanan kat sini beroperasi dari jam 10.00am ke 6.00pm petang sahaja. Sebelum masuk ke halal street tu, sempat membeli roti pisang dan roti berperisa coklat. Sedap uolss. Kat Malaysia tak pasti lah pulak dah ada ke belum. Harganya sekitar 50Baht dan 60Baht. Macam-macam perisa ada, cakap je nak yang mana akak ni buatkan.

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Untuk lunch hari ni, kitaorang singgah di Khao Soi Islam. Kat sini ada jual pelbagai jenis menu masakan. Paling famous ialah nasi briyani. Ada nasi beriyani ayam, beef, sup ekor, makanan berlauk dan lain-lain. Kak Bell makan Nasi beriyani ayam, harga 50Baht dan kopi ais, 25Baht. Kos dalam RM9.71 duit Malaysia. Setaraf makan dekat kedai mamak dah ni uols RM10 sekali makan. Kalau kat Malaysia dapat makan RM5 baru rasa murah kan?

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai
Khao Soi Islam

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai
Open air dining area

Kat sini haritu takde buku daftar menu. Kalau korang nak tengok menu, dorang tampal kat dinding dan tiang! Puaslah memsing dok berdiri mengadap tiang nak tengok menu. Btw, mungkin ada kot buku menu tu, takkanlah tak ada ye tak? Kitaorang lepak kat luar ni amek udara segar bawah pokok beringin ni. Yang penting, WiFi kat sini percuma. Hari2 kalau datang makan kat sini, memang kitaorang guna WiFi kedai ni. Walaupun duduk makan kat kedai lain. Kuat betul reception WiFi dia. Kalah UniFi kay!

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai
Akak tak paham menu dia tulis apa?

Haritu masa trip ke Bangkok, menu popular nya pun tetap nasi beriyani macam ni jugak. Btw, nasi ayam dia biasa-biasa aje. Macam kata Kak Senduk 'Najwa Latip' je rasanya. Pinjam ayat yer Kak Senduk! Tetapi dah lapar, semuanya sedap aja. Nak sedap bayarlah lebih kan.

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Disebabkan lapar, kesekejapan je habis makanan tu. Seriusly tak cukap dan Kak Bell rasa portion nya agak kecik. Nampak tak kat situ, saka cakap tak cukup sepinggan. Kat belakang tempat kitaorang duduk ni, ada sorang pekerja restoren tengah goreng keropok. Bukan main besau keropoknya, semuanya nampak sedap di kala ni. Hujung-hujung, kakak ni bagilah sekeping sorang merasa. Bolehlah rasanya, but tak cukup garing. Tengok ni ha, bukan main lagi Puteri Sharina menikmati keropok goreng tu! Bolehlah nanti buat bisnes jualan keropok Chiang Mai!

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Dah memasing kenyang, barulah kami gerak balik ke hotel untuk check-in. Balik ke hotel, naik Songtaew lagi dengan kos 20Baht seorang. Baik kakak tu bagi sikit diskaun pada kami model-model yang keletihan. Rasa macam dah seharian berjalan. Dah makan, check-in, so sekarang masa berehat-rehat, rilexs nak bersosial media bagai sampai jam 6.30pm. Sampai hotel terus cari WiFi yer. Biasalah nak upload bagai kat peminat semua kan.


Tepat jam 6.30pm, semua model pun berkumpul kat lobby untuk aktiviti seterusnya. Untuk malam ni, kami dinner di Sophia Restaurant dan berjalan-jalan di sekitar Kalare Night Bazar. Macam biasa, pengangkutan utama kitaorang naik Songtaew (30Baht per person). Untuk harga makanan kat Restoren Sophia ni agak mahal sedikit. Harga Fried Rice Seafood, 60Baht dan Tom Yam Seafood, 150Baht. Btw, masakan kat sini agak sedap dan kenalah dengan harga makanannya. Tukang masak kat sini pun bagus, masa memasak dorang pakai penutup mulut. Waktu makan haritu, terserampak pulak dengan pengunjung lain dari Malaysia yang sama-sama naik flight tadi. Iyelah kan, mana lagi nak makan makanan halal kat Chiang Mai ni, Hilal Town lah jawabnya.

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Atas meja ada disediakan pelbagai perisa penambah rasa makanan. Korang cakap je nak apa. Cili potong, lada sulah, pickles, semua ada. Cili potong tu habis yer sebab masakannya tak pedas. Pelik Kak Bell orang kat sini tak makan pedas ke. Tom yam pun rasa tak pedas. Walau apa pun, makanan kat Restoren Sophia ni memang terbaik sedap!

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Macam kat kedai Khaoi Soi tadi, dorang jugak ada jual makanan-makanan pek yang lain. Tertarik Kak Bell tengok pek tom yam kering instant ni. Semua bahan dah dikeringkan, tinggal nak rebus je. Dalam pek tom yam ni, dorang gunakan banyak lengkuas. Harganya 80Baht. Masa dah balik Malaysia, Kak Bell dah cuba masak tom yam pakai bahan kering ni. Kalau nak tengok resepi, bolehlah klik sini > Tom Yam Campur Chiang Mai

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Ok! Next session adalah menghabiskan duit di Night Bazaar. Kalare Night Bazar ni berada kat jalan Chang Khlan Road berdekatan dengan Hilal Town ni. Dalam 2 minit berjalan je dah sampai. Waktu operasi pasar malam Kalare ni bermula dari jam 6.00PM ke 12AM. Sekejap je, pasar malam ni buka. Taklah macam danau kota tu selagi belum subuh tak tutup-tutup. Kebetulan pulak malam tu hujan, jadi rasa sedikit lecehlah nak membeli-belah dan berjalan dalam tempat yang kecil dan crowded tu. Btw, tanpa melengahkan masa terus pergi beli baju hujan. Actually, memang kena standby baju hujan ni kalau korang travel. Senang nak berjalan. Simpan baju hujan yang nipis tu je, untuk menempuh hujan renyai. Kalau dah lebat, petir halilintar semua memang tidaklah kita nak pergi jalan-jalan.

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai
Macam teletubbies!

Kat sini korang boleh dapatkan macam-macam jenis barangan dari baju, kasut, shawl, aksesori, bahan makanan dan sebagainya. Diantara yang menarik kat sini, ada tempat artist studios yang menjual lukisan kanvas yang sangat cantik. Kesemua pelukis kat sini amat berbakat dan ada signature yang tersendiri dalam setiap lukisan dorang. Dalam banyak-banyak pelukis yang Kak Bell nampak, ada seorang pelukis kain kanvas wanita yang melukis bertemakan kucing. Menarik juga lukisan dia, nampak macam kucing Sphinx. Kebanyakkan kedai kat sini tidak membenarkan kita ambil gambar. Walau bagaimanapun, gambar-gambar kat bawah ni Kak Bell dah minta kebenaran kat dorang untuk ambik gambar. Berani dia kalau tak bagi kan! Hahaha.

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Tidak lain dan tidak bukan, Puteri Sharina tak melepaskan peluang yer untuk menunjukkan bakat dia. Mentang-mentang la pelukis ni helok orangya. Manis je. Haha. Terus borong lukisan kat sini. Nanti next time datang, nak suruh dia lukiskan potret Kak Bell lah. Artist ni, lukisan dia berkonsepkan gajah. Tapinya bahagian belakang gajah. Banyak lagi yang menarik, tapi ni jelah yang Kak Bell sempat ambik gambar.

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Kat sini jugak, ada 2 gerai yang jual custom made barangan kulit seperti beg kecil, key holder, pasport holder mamcam ni. Macam-macam kaler ada. Harga 100Baht termasuk satu bijik pin bergambar dengan nama sekali. Ada macam-macam jenis pin, objek, binatang yang korang boleh letak. Pilih yang mana suka. Bw, passport holder ni, Puteri Sharina belikan untuk Kak Bell sebagai hadiah birthday yang lepas. Thank you sayang! Cantik kan? Kaedahnya ada satu kedai auntie ni propa yer. Hari pertama kitaorang pergi harga lain, hari ke-2 datang dia cakap harga lain. Walhal kitaorang dah beli banyak ni. Pastu eching2 cakap kat kitaorang kekononnya pekerja dia tu bos! Hari pertama datang, sah-sah kitaorang nego harga dengan dia. Memang menyirap sangat dengan lakonan mak cik ni uolss! Propa!!

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Dah habis sesi membeli-belah di Kalare Night Bazaar, kitaorang singgah 7E untuk beli breakfast untuk keesokan harinya. Jangan lupa yer, sebab hotel kitaorang tak sediakan breakfast. Belilah apa-apa makanan biskut ke, maggi ke yang halal. Dalam plan lepas shopping kat sini nak kopi-kopi dulu kat area Nimenhamin Soi dan Maya Mall, tapi dah tak sempat. Then amik Songtaew dan balik hotel untuk tidur dan berehat ajelah. Malam tu Kak Bell memang tak larat dah keluar. Model-model lain mencari kedai urut nak legakan kaki yang penat berjalan. Mostly kedai-kedai kat area sini, jam 10pm pun dah tutup. So sad! Kalau nak berhibur kena pergi jauh sikit lah.

Pengalaman Travel Ke Chiang Mai

Habis dah hari pertama di Chiang Mai. Semua esok kena get ready nak jalan lebih jauh lagi. Untuk esok kitaorang amik tour guide untuk bawa semua model-model ni bersiar-siar. Tak larat uols macam kat Bangkok haritu naik 'Tuk-Tuk Oven'. Weols semua dah serik. Jumpa esok ya di episod seterusnya! Muah!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post