26/7/2017 (Part 1)
Hi everyone! Sawadee Kha! Haha. Again ya percutian di Thailand. Hari
ni baru dapat mencuri sedikit masa nak menulis kisah percutian di Chiang
Mai. Actually dah merancang untuk siapkan semua kisah percutian di Chiang
Mai pada minggu lepas. The whole week Kak Bell masih bercuti. Tapi apakan
daya, banyak sangat perkara nak dibuat sampai tak sempat dibuatnya.
Tiket ke Chiang Mai ni memang kitaorang dah beli awal since percutian ke
Bangkok haritu. Bab-bab travel ni memang masih setialah terbang bersama dengan Air Asia.
Kos tiket pulang balik cuma RM135. Murah kan? Episod Chiang Mai Getaway kali
ni disertai oleh 8 orang gadis Clever Girl dan seorang pengarah produksi
yang dibawa khas dari France, Mr Sylvian. Trip adalah selama 4 hari bermula
pada 26 Julai 2017 hingga 29 Julai 2017. Episod kali ni tidaklah mencabar
seperti episod yang lepas-lepas. Everything is smooth aje. Lagipun kitaorang
sebenarnya pergi untuk tengok lokasi bagi rancangan Mahligai Impian Miss
Tera. Masih tercari-cari tempat nak berlangsungnya reception nanti. Ching!
Btw, korang masih ingat pada Puteri Sharina tak? Wanita ni kita lantik
sebagai pengacara rasmi dalam episod Mahligai Cinta ni ye.
Balik je kerja jam 12.15am terus Kak Bell bersiap nak ke Airport. Walaupun
kerja tetap dengan tema gigih demi percutian. 3 orang dari peserta terus ke
KLIA2 dan 6 lagi model naik UberTaxi. Supermodel Ms Ija Faye tak dapat join
kali ni sebab ada urusan di London dan digantikan dengan pengsmule terkenal
tanahair Ms Bedah. Disebabkan suaranya yang lemak merdu dan mahal, korang
memang susah nak dengar dia bersuara yer. Sayup-sayup sahaja kedengaran
(pendiam actually). Untuk kos percutian pada kali ni adalah dalam lingkungan
RM670 ke RM700 (urusniaga masih dalam Ringgit Malaysia). Nanti Kak Bell
sertakan semua kos perjalanan bersama dengan itinerary kat hujung rancangan
yer. Thank you again pada Supermodel Ms Tera Banks selaku tunggak utama
untuk itinerary percutian ke Chiang Mai ni. Semua tempat-tempat yang
dirancang sempat kami lawat, cuma tak pergi ke Chiang Saen Ruined Temple dan
Nimenhamin Soi (Maya Mall area).
Flight dari KLIA2 menaiki AK854 adalah pada jam 6.55am dan mengambil masa
dalam 2 jam 45 minit tempoh perjalanan. Disarankan korang pre-order meal dalam flight sebab mesti korang akan
lapar. Perjalanan hampir 3 jam dalam flight kira lama lah jugak. Tak dapat
nak bayang kalau flight yang berjam-jam tu. Masuk je flight tadi, terus lah
ambik mood nak lelap, maklumlah lepas balik kerja malam kan. Memasing
berentap tidur ni! Ada yang sampai berlawan dengkur yer. Cincon depan Kak
Bell ni sepanjang perjalanan nyenyak yer tidur sesambil berlawan dengkuran.
Orang dah hantar makanan pun dia masih tidur tak sedar. Standard lah
kan..penat katanya. Walhal..
Kami tiba di Chiang Mai International Airport pada jam 9.40am waktu Malaysia (8.40am waktu Thailand). So sekarang, follow waktu Thailand yer, lewat 1 jam. Setelah selesai urusan bagasi dan yang sewaktu dengannya, kitaorang gerak dari airport ke Little Bear's Home pada jam 9.20am. Kitaorang ambik 2 cab yang berharga 500Baht. Nasib lah hotel ni tak jauh. Cuma ambil masa 10 minit sahaja dari airport. Sebelum ni masa kat Bangkok, konsep hotel yang kitaorang duduk adalah kambing biri-biri. Kali ni, kita pilih konsep beruang (teddy bear) pulak yer! As usual, Ms Sherryyana Al-Hadat dilantik sebagai Kakak Bendahari Terhormat. Semua model bagi kat bendahari 5000Baht untuk memudahkan urusan pembayaran hotel dan pengangkutan. Thank you ya kakak. Disebabkan kami check-in hotel pada jam 3pm, bermulalah episod percutian weols kat Chiang Mai ni dengan lawatan pertama di sekitar kota Chiang Mai.
Kami tiba di Chiang Mai International Airport pada jam 9.40am waktu Malaysia (8.40am waktu Thailand). So sekarang, follow waktu Thailand yer, lewat 1 jam. Setelah selesai urusan bagasi dan yang sewaktu dengannya, kitaorang gerak dari airport ke Little Bear's Home pada jam 9.20am. Kitaorang ambik 2 cab yang berharga 500Baht. Nasib lah hotel ni tak jauh. Cuma ambil masa 10 minit sahaja dari airport. Sebelum ni masa kat Bangkok, konsep hotel yang kitaorang duduk adalah kambing biri-biri. Kali ni, kita pilih konsep beruang (teddy bear) pulak yer! As usual, Ms Sherryyana Al-Hadat dilantik sebagai Kakak Bendahari Terhormat. Semua model bagi kat bendahari 5000Baht untuk memudahkan urusan pembayaran hotel dan pengangkutan. Thank you ya kakak. Disebabkan kami check-in hotel pada jam 3pm, bermulalah episod percutian weols kat Chiang Mai ni dengan lawatan pertama di sekitar kota Chiang Mai.
Walaupun lambat lagi nak check-in, Kak Bell review tentang Hotel Little
Bear's Home ni dululah. Nanti malas nak pening2 cerita kat tengah jalan. Kos
penginapan selama 4 hari di Little Bear's Home adalah sebanyak THB12'000
(RM1,549.30) untuk 3 bilik (4-3-2 person/room). Kak Bell duduk dalam bilik
yang 3 orang. Untuk memudahkan para mat saleh dan minah saleh nak baca, so
akak cuba menulis dalam bahasa inggeris ye. Alih bahasa kejap.
The hotel is located in the center of Chiang Mai, the center of the old
city, and close to many attractions. City Art & Cultural Centre is 100m
from Little Bear's Home, while Sunday Walking Street is 200m away and Chiang
Mai International Airport is 3km from the property. It is a very nice hotel.
Modern, clean, and comfortable. The hotel provides Free Wi-Fi in all rooms,
air conditioning, laundry service, daily housekeeping, and Non-smoking
rooms. If you wanna smoke you need to come down and smoking at outside.
Apart from that, you need to put off your shoes or sandal and arrange it
nicely on the shoe rack before you get inside. Kat bawah ni, bolehlah korang
tengok suasana dan keadaan di lobby hotel Little Bear's Home.
Acah-acah manis la kan
Rooms have a flat-screen TV with cable channels. Each room comes with a
private bathroom. You will find a kettle in the room, free toiletries, a
hairdryer, a microwave, and a refrigerator. Btw, this hotel has no elevator,
the stairs are a bit slippery, and doesn't provide breakfast. Overall the
Little Bear's Home promise a pleasant stay and I definitely recommend it as
one of the best-rated hotel/guesthouses in Chiang Mai!
Kekononnya lah Kak Bell tulis dalam English. At least semua orang boleh
baca kan. Jadilah 2 perenggan untuk segmen alih bahasa! Hiks! Untuk info
lanjut bolehlah korang semak di laman facebook Little Bear's Home. Klik kat
bawah ni.
Chiang Mai terletak di bahagian northern Thailand dan merupakan ibu negeri
bagi kerajaan Lanna (Lanna Kingdom) dari tahun 1296-1558. Okay, destinasi
kami pada pagi tersebut ialah melawat attractions di sekitar old city iaitu
ke Wat Chedi Luang dan Wat Phra Singh.
Untuk ke sana, korang boleh menaiki Songthaew ataupun jalan kaki sahaja.
Memandangkan jarak dari hotel adalah dalam 500m ke 700m, jadi kitaorang
jalan kaki sahaja untuk pergi ke sana. Becak jugalah nak ke sana uols.
Dengan suasana panas lit-lit nya tapi tak lah sepanas episod Amazing Race
Bangkok tu. Memang mintak ampun la kalau panas macam kat Bangkok
tempohari, memang rela hati naik Songthaew aje! Nasib baiklah, citizen kat
Chiang Mai ni boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Senanglah sikit nak
cari direction berbanding kat Bangkok tu, yang bawak teksi pun tak reti
sepatah bahasa inggeris. Walhal kota Bangkok ni!
Destinasi pertama ialah Wat Chedi Luang, วัดเจดีย์หลวง
(temple of the big stupa or temple of the royal stupa) yang dibina
pada abad ke-15. Kawasan asal kuil Buddha ni terdiri daripada tiga buah
kuil iaitu Wat Chedi Luang, Wat Ho Tham dan Wat Sukmin. Kuil
Chedi Luang ni dibina oleh King Saen Muang Ma untuk makamkan
abu mayat bapanya, Ku Na. Dahulunya Emerald Buddha (the holiest religious object in Thailand)
ditempatkan disini tetapi sekarang telah dipindahkan ke Luang Prabang
(Laos) selepas gempa bumi yang teruk pada tahun 1545. Selepas kejatuhan
Lanna kepada Burma, kuil tersebut dibiarkan tanpa pembaikan setelah rosak
akibat gempa bumi. Btw, lepas daripada tu UNESCO telah berikan dana untuk
proses baik pulih.
TIPS! Entrance Fee: 40Baht per person
Main entrance assembly hall (viharn)
Di bahagian hadapan Watt ni ada satu kuil di main entrance. Sebelum masuk
ke dalam main assembly hall tu, korang akan lalu dulu kuil ni. Kitaorang
semua tak boleh masuk sebab hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan masuk.
Diingatkan sekali lagi, kaum wanita tak boleh masuk. So Kak Bell, biarkan
lah suami akak ni masuk dalam tu sorang-sorang. Model-model semua pun terus
pergi ke next building lah. Kat sini, tak dibenarkan memakai pakaian yang
menjolok mata. Yang mana pakai short, baju mandi ke, semua kene sewa
selendang. Model2 semua memang dah get ready dengan shawl dan siap tudung
Neelofar lagi. Masa kat pintu masuk nak bayar fee tadi dah bertembung dengan
rakyat PR of China. Korang taulah kalau geng2 dorang ni datang, habis semua
diredahnya. Semua pakai topi English style siap ropol renda bagai. Bukannya
nak mengata, tapi memang realiti kan!
Only man allowed to come in
Kat dalam sini, korang boleh tengok sami-sami tersebut sembahyang (monks
chanting) di assembly hall (viharn) dan pelawat boleh menderma dan buat
hajat. Kertas buat hajat tu, dorang masukkan pada patung 12 Zodiak Cina
mengikut tahun zodiak kelahiran masiing-masing. Kak Bell tak delah buat
hajat, cuma tengok ajelah dekat patung Zodiak Anjing tu! Interior dalaman
dalam viharn ni memang kagum lah Kak Bell tengok. Bangunan ni disokong oleh
tiang bulat yang besar untuk menyokong siling yang berwarna merah disamping
lampu chandelier yang cantik. Di bahagian tengahnya, ada patung Budhha
berdiri yang dikenali sebagai Phra Chao Attarot, diperbuat daripada aloi tembaga dan mortar. Patung Buddha ni telah ada
sejak zaman pengasas kuil, Raja Saen Muang Ma (abad ke-14).
Monks chanting inside the viharn
Wat Chedi Luang diperbuat dari batu bata dengan tinggi 60 meter (dulunya
82m) dengan tapak asas 54m lebar. Tingginya jadi 60m sebab runtuh masa gempa
bumi. Nanti korang boleh tengok dikempat-empat side chedi ni ada tangga
menuju ke atas kuil yang dikawal oleh monumen naga (mythical snakes), dan
monumen gajah di tengah-tengah chedi.
Di dalam kawasan Watt ni, terdapat 2 lagi kuil selain yang di main entrance
tadi. Dalam 2 kuil yang di bahagian belakang tu, ditempatkan patung lilin
sami yang sangatlah real rupa bentuknya. Masa memula nak masuk tu, Kak Bell
dah rasa semacam juga. Nampak memang macam orang betul. Kita tengok kejap
ajelah lah sebab scary. Nasib la tak ade kejadian amukan ablasa ke kat dalam
tu. Kalau korang masuk, tetiba je rasa semacam, adalah tu ye. Manalah tau,
balik-balik je Malaysia, semua orang pandang macam naik hairan, kagum dengan
kecantikan uols selepas dapat pencerahan! Ching!
The wax figure of Chan Kusalo inside the viharn of Wat Chedi Luang
Semasa berjalan ke Wat Chedi Luang, Kak Bell tertarik dengan daun-daun kering yang jatuh berguguran kat atas tempat parking kat situ. Ingatkan sampah-sarap la kan. Rupa-rupanya, daun kering itu dijadikan bumbung yer. Gigihnya dorang ni susun daun tu kan. Kalis air ni uols! Kagum kejap.
Di sebelah pintu masuk dekat viharn tadi pulak, ada sebatang pokok
Dipterokarp besar, dan merupakan salah satu daripada tiga benda yang
dihormati kat sini sebagai pelindung bandar. Legenda mengatakan bahawa jika
pokok ini jatuh, rebah, bencana besar (catastrophe) akan berlaku. Selain
dari itu, "the city pillar" atau "Spirit of the City"
(Lak Mueang) juga merupakan salah satu lagenda pelindung Chiang Mai
yang diletak dalam sebuah bangunan bersilang berdekatan dengan pokok tadi.
Di bahagian belakang Wat Chedi Luang ni juga ada satu lagi kuil,
Wat Phan Tao. Kuil yang diperbuat daripada kayu dengan ukiran yang
sangat cantik. Kat area sini korang boleh tengok ada patung Buddha besar
yang berbaring. Actually Buddha yang berbaring tu ada kat tempat
bersebelahan dengan temple ni. Rujuk gambar kedua kat bawah ni, gambar yang
ada sami tengah bersiar-siar tu.
Dah habis melawat-lawat disekitar Wat Chedi Luang, semua gadis Clever Girl
teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya, Wat Phra Singh. Nampak
tak model eching-eching tengok peta katanya. Budget-budget kalau dekat tak
payahlah naik Songtaew tu. Disebabkan lokasinya tak jauh, ala-ala sekangkang
kingkong je, so berjalan kaki sahajalah secara berjemaah.
Wat Phra Singh, วัดพระสิงห์วรมหาวิหาร
(Temple of the Lion Buddha) merupakan kuil ke-2 yang dihormati oleh
penganut Buddha selepas Wat Phra That Doi Suthep. Kuil ni dibina pada
abad ke-14, dibina oleh King Pha Yu dan menempatkan 2 buah patung Buddha
dari zaman pertengahan. Dahulunya, Wat Phra Singh mungkin merupakan biara
pertama yang menempatkan Emerald Buddha yang Kak Bell cerita kat atas tadi,
sebelum ditempatkan di Wat Chedi Luang. Nama kuil ni diberi sempena imej
Buddha, Phra Singh yang dikenali sebagai Lion Buddha.
TIPS! Entrance Fee : Free
TIPS! Entrance Fee : Free
Terdapat beberapa struktur bangunan utama iaitu Viharn Luang, Viharn Lai
Kam, Ubosot, Ho Trai (temple library), Phrathatluang (Pagoda besar) dan
Kulai chedi (small square based chedi). Assembly hall yang paling besar
ialah Viharn Luang dan Kak Bell cuma pergi masuk dan tengok dalam Viharn Lai
Kam. Viharn Lai Kam ni merupakan contoh seni bina Lanna. Kat dalam ni,
ditempatkan Phra Singh (Lion Buddha), imej Buddha yang sangat
dihormati.
Dinding dewan Lai Kam pula dilukis dengan mural dinding yang menggambarkan
pemandangan dari cara hidup orang tempatan pada abad ke-19 dan kisah cerita
rakyat yang popular di Chiang Mai. Interior design dewan Lai Kam ni memang
menarik jika dibandingkan dengan dewan assembly utama Viharn Luang. Semasa
perayaan Songkran pada bulan April, imej Phra Singh ni akan dibawa ke
jalan-jalan sekitar Chiang Mai di mana orang tempatan boleh beri
penghormatan dengan menyiram air di atasnya.
Ok, tamat dah sesi lawatan pertama untuk sessi pagi di hari pertama.
Memasing pun dah penat, so kitaorang balik semula ke hotel untuk check-in.
Tak larat dah uols. Dah terasa kepenatan dan bahang mentari Chiang Mai. Kak
Bell pun dah tak larat jugak ni nak menyiapkan entri hari pertama ni. Baru
part 1 yer. Nantikan ajelah part 2 nanti. Harap-harap Kak Bell rajin siapkan
esok.
To be continued..
Kreatif ke idok? Dibuat daripada tali ye.