Annabelle Creation (2017) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Annabelle Creation (2017)

Trending

Annabelle Creation (2017)

Hi Korang! Dah menonton cerita seram Annabelle Creation ke? Malangnya Kak Bell tak sempat pergi menonton disebabkan kerja. So, Kak Bell bagi tiket ni pada kawan akak. Hari ni, movie ni dah mula ditayangkan worldwide. Tengah dok scroll feed FB nampak new post dari page DaebaKing. Gila lawak dorang buat post pasal trailer Anabelle ni. Memang hanat sangat, tergelak-gelak Kak Bell dibuatnya. Btw, review kali ni ditulis oleh penulis jemputan lah kiranya. Ok jom baca.


Siapa dekat sini suka tonton filem seram, angkat tangan? Ok kita geng. hehe Rabu lepas, 9 Ogos 2017 berlangsungnya Preview Screening filem seram Annabelle Creation di GSC Mid Valley. Weols dapat tiket free. Terima kasih KLIPS untuk 2 seat tiket free. Thanks Bella bagi tiket free. hehe


Serba sedikit pasal latar belakang filem Annabelle : Creation. Filem ini adalah filem seram dari hollywood arahan David F. Sandberg dan ditulis oleh Gary Dauberman. Filem ini adalah prequel kepada filem Annabelle 2014, dan merupakan filem ke-4 dalam siri filem The Conjuring. Kiranya Annabelle : Creaction ni adalah chapter seterusnya la dalam siri filem The Conjuring gitu.. Producer cerita ini adalah Peter Safran dan James Wan. Bagi sesiapa yang tak tahu, James Wan ni lahir kat Kuching Sarawak, campuran Malaysian-Australian.. wow! Bangga kejap.. haha Dia ni pun boleh tahan hebat, banyak cerita seram arahan beliau meletop letop di seantero dunia. Boleh la wikipedia pasal beliau ye. Antara pelakon dalam prequel kali ini adalah Stephanie Sigman, Talitha Bateman, Anthony LaPaglia, Miranda Otto dan Lulu Wilson.

Pengarah : David F. Sandberg
Penulis : Gary Dauberman
Pelakon : Stephanie Sigman, Miranda Otto, Lulu Wilson 
Genre : Drama, Horror
RunTime : 109 minutes
Studio : New Line Cinema
Release Date : Aug 11, 2017

Ok berbalik kepada filem. Seperti yang kita ketahui, Annabelle : Creation adalah prequel kepada filem Annabelle 2014. Tapi, plot Annabelle kali ini membawa kita kepada jalan cerita tentang asal usul patung Annabelle seterusnya bagaimana patung tersebut boleh berhantu. Walaubagaimanapun, filem Annabelle : Creation adalah sebuah filem yang menarik malah ada menunjukkan peningkatan dari pelbagai aspek seperti jalan cerita, sinematografi, dan lakonan berbanding siri Annabelle 2014. 


Kisah ini bermula apabila sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada pembuat boneka, Mr. Mullins (Anthony LaPaglia) dan isteri Mrs Esther (Miranda Otto) kematian satu satunya anak perempuan mereka, Annabelle "Bee" Mullins (Samara Lee) dalam satu kemalangan. Dua belas tahun kemudian, dia dan isterinya menjemput anak-anak yatim (antaranya Talitha Bateman sebagai Janice dan Lulu Wilson sebagai Linda) untuk tinggal di rumah mereka dengan harapan mereka akan menghidupkan semula suasana rumah yang sudah lama sunyi. Disebabkan peristiwa ini, syaitan berpeluang untuk membunuh dan mengambil roh yang tidak kuat semangat untuk syaitan terus kekal hidup. 

Jalan cerita yang agak menarik dan tersusun membuka ruang kepada penonton untuk memahami keseluruhan cerita tanpa terlalu berusaha untuk berfikir panjang, terutama sekali part ending cerita. Pada pengakhiran cerita, uols akan terbayang beberapa scene dalam Annabelle 2014. Disini la kesinambungan cerita ni berlaku. 


Filem seram zaman sekarang tak lah takut sangat macam cerita seram zaman dulu. Plot seram filem sekarang lebih kepada kejutan mendadak @ jump-scares. Uols pun dah dapat agak, bila ada muzik seram, dengan angel kamera macam pelik semacam je, mesti ada hantu nak muncul. Nah! memang betul-betul hantu muncul. haha. Tapi pengarah filem Annabelle : Creation sedar akan hal ni dan dorang bermain main dengan penontot untuk scene suspen. Bila jump-scares muncul, apa lagi..masing masing terkejut beruk! "oh mak!" Masa ni baru nk ingat mak! hahaha.. 


Siapa pernah tengok filem Lights Out? Filem ni pun hasil daripada pengarah yang sama David F. Sandberg. Lights Out adalah salah satu filem seram dengan scene jump-scares paling spontan pernah iols tonton. Filem Annabelle: Creation kali ini pun banyak jump-scares tetapi awas! anda mungkin tertipu dengan muzik dan suasana seram. Bila uols dah hilang suspen dengan tiba tiba ada hantu muncul! haha Pada pendapat iols, kemuncak seram cerita ni bermula pada pertengahan cerita. Dari sini, plot cerita juga semakin menarik dan seram sampai ke pengakhiran cerita. 

Sinematografi filem ini harus mendapat sedikit pujian dari iols sebab suasana, pemilihan prop dan warna filem mengikut tahun berlakunya kejadian paranormal. Sebagai contoh, pada awal kemunculan cerita ada menunjukkan sebuah rumah yang agak besar, di tengah kawasan tanah lapang yang sangat luas. Ruang legar dalam rumah juga agak luas dan suasana koridor yang gelap dengan bantuan cahaya yang minimun melengkapkan suasana dan emosi penonton dengan suasana seram. Penonton juga akan tertanya tanya tentang sebuah bilik misteri yang berkunci di rumah tersebut. 

Jom main masak-masak Anabelle?

Tapi ada je beberapa scene yang kita sendiri boleh agak apa yang akan berlaku selepas tu. Biasalah, plot cerita seram ataupun iols dah banyak sangat tengok cerita seram kot, so dah boleh agak scene yanng akan berlaku pada masa depan.. haha

Keputusan paling bijak daripada filem ini adalah membiarkan patung Annabelle kaku dan tidak bergerak sendiri, atau terbang sambil mengilai atau kenyit mata atau senyum melebar atau sekurang kurangnya tidak muncul secara tiba tiba di depan layar. Uols tak akan nampak pun bila kepala patung Annabelle tu pusing, alih alih dah toleh tempat lain. Kalau uols peka, pengarah ada selitkan rupa patung Annabelle yang sebenar dalam hujung tayangan. Patung yang sebenar langsung tak seseram Annabelle dalam filem. 


Filem Annabelle: Creation tidak cukup untuk berdiri sendiri sehingga ke penghujung cerita. Pembawakan watak yang sangat kuat dari pelakon dewasa dan kanak-kanak, membuatkan filem ini hidup. Para pelakon pun tak perlu terlalu menunjuk ketakutan pada tahap maksima untuk membuatkan filem ini kekal seram. Satu benda positif yang boleh kita ikut dalam filem ini adalah mengajar kita untuk mengakui kesalahan yang kita lakukan dengan ikhlas kepada Tuhan masing masing. 

Sekiranya uols peminat sequel filem The Conjuring, iols sarankan uols untuk menonton filem Annabelle : Creation ini. Baru lengkap kitab terjemahan uols. Ada lagi 1 chapter filem ini yang iols tunggu iaitu The Nun (2018 release). Dengar kata, James Wan akan buat satu lagi chapter ala-ala spin-off dalam The Conjuring 2 iaitu The Crooked Man. Pandai ye uols carik duit.. hahaha 

Iols rasa nak bagi 4 bintang la cerita ni, sebab dia best sikit dari Annabelle 2014. Ok bye


“Forgive me, Father, for I am about to sin.”
— Janice
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post