Hi Korang! Masih dalam mood beraya tak masing-masing? Tahun ni tak merasa lagi makan ketupat. Balik ke kampung pun masing-masing hidangkan nasi impit. Kempunan pulak dibuatnya. Macam biasalah, tahun ni Kak Bell masak rendang ayam untuk juadah raya. Masak siap-siap dari rumah untuk di bawa ke kampung. Ingat tak raya tahunn yang lepas, kisah gas memasak habis semasa merendang? Haha. Tahun ni, memang dah check awal-awal, make sure tong gas penuh! Sebelum ni Kak Bell dah ada kongsikan resepi rendang ayam ni, tapi kali ni Kak Bell kurangkan sedikit kerisik yang digunakan. Korang boleh semak entri ni > Rendang Raya : Rendang Ayam Gula Melaka untuk resepinya kay. Sama je bahan-bahan dan cara yang Kak Bell gunakan, cuma adjust kuantiti bahan-bahannya sahaja.
Nampak lebih tempting kan? Ok, go pergi masak rendang. Raya kan sebulan! Saja je buat re-cap sebab gambar rendang tahun ni menarik. Okay. Bye.