Ikan Siakap Stim - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Ikan Siakap Stim

Trending

Ikan Siakap Stim

Hi Korang! Ni sambungan cerita port luck berbuka puasa haritu. Kak Bell kongsikan resepi ikan siakap stim pula. Ikan masak stim tanpa kuah ni Sis Dania yang masak. Bagi yang suka berkuah, boleh sahaja tambahkan air disamping bahan-bahan perasa lain untuk dijadikan kuah. Ada juga yang masak atas kuali, siap tumis bagai tapi jadi macam ikan rebus la pulak kan. Disebabkan banyak sangat menu yang nak dimasak, ikan stim ni dimasak sekali dengan sayur-sayuran. Letak je semua bahan atas loyang dan kukus. Tapi sayurnya akan overcooked lah. Nak jimat masa kan. Dalam masa sejam je siap semua empat menu masakan untuk berbuka puasa. Yang penting sedap! Untuk elakkan sayur overcooked bolehlah tambah kemudian selepas separuh masa pertama korang kukus ikan tu. Buatlah cara macam mana korang suka, asalakan ikan stim korang masak sudah.


Bahan A
1 ekor ikan Siakap
1 sudu besar sos tiram
Brokoli
Tomato
Lobak
Garam 

Bahan B (bahan hiris)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
1 biji limau nipis - ambil jus
2 batang serai - potong serong
1 inci halia

Cara memasak:
1) Sediakan pengukus dan jerangkan air dgn api sederhana. Gunakan bekas tahan panas ataupun loyang. 
2) Cuci bersih ikan dan kelarkan badan ikan. Kemudian lumurkan dengan garam.
3) Tabur atas ikan bawang, halia, serai, asam keping, dan masukkan juga sedikit ke dalam perut ikan. Kukus selama 11-15 minit.
4) Kemudian baru masukkan sayur-sayuran, cili, sos tiram dan jus limau. Kukus lagi sampai sayur dan ikan betul-betul masak.

TIPS!
  • Boleh je masukkan semua sayur dan ikan dan terus kukus. Tapi sayur akan overcooked.
  • Boleh juga gunakan sos ikan.
  • Jika nak berkuah, boleh bancuh air dengan sos tiram, sos ikan dan jus limau.

Chef Dania ni kalau memasak memang tak ikut sukatan, tapi semua masakan dia menjadi dan sedap. Biasalah, lebih senang sebenarnya masak sesuka rasa je. Tapi agak-agaklah supaya perkadaran tu sesuai. Nampak tak sayur tu, sekebun sayur kitaorang letak. Haha. Kat bawah ni, aneka kek Chef Dania bawak dari Sarawak. Ada Kek Idola, Kek Belacan, Kek sisik Ikan (masam-manis). Semuanya sedap. Nanti Kak Bell nak belajar buat Kek Belacan dari dia. Sedap tau Kek Belacan tu! Okay, mana nak ikut resepi ni bolehlah cuba. Tak nak sudah. Kay Bye.



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post