Pacific West "Best Cook Is At Home" Cookshow - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pacific West "Best Cook Is At Home" Cookshow

Trending

Pacific West "Best Cook Is At Home" Cookshow

Hi Korang! Semalam pada 20 Mei 2017, Kak Bell sempat meluangkan masa di Pacific West(PW) cooking show yang diadakan di Evolve Mall @Ara Damansara. Pacific West sekarang, sedang menganjurkan kempen "Best Cook Is at Home" yang bermula dari bulan April hingga Jun 2017. Objektif utama kempen adalah untuk mendidik, menggalakkan, melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada pengguna manfaat memasak di rumah dengan resipi yang mudah dan kualiti. Bersempena dengan kempen tersebut, jenama makanan laut premium Pacific West, berkerjasama dengan Tefal dan Yum Yum Publication menganjurkan pertunjukan memasak tersebut.


Produk Pacific West boleh didapati di lebih 20 negara di seluruh dunia, yang terbaru telah memasuki pasaran di Paris, Hong Kong dan Shanghai. Baru-baru ni juga, Pacific West's Kuro Prawn telah memenangi Seafood Excellence Global 2017 Innovative Product of the year di Brussel, Belgium. Ia merupakan satu pencapaian yang monumental oleh sebuah syarikat Malaysia yang berdaya saing dalam arena global. 


"Beyond that, Pacific West's 'The Taste The World Loves!' is not just a tagline. It is an embodiment of our heart and soul that go beyond continents, people, cultures and more importanly, the food that people enjoy" petikan kata Mr Saw Lip Teik, Pengarah Pacific West Malaysia.

"Too often we tend to make home cooking harder than it needs to be especially when our schedule is packed and the to-do list is long. In fact, cooking can be simple and time saving with the right ingredients and recipes" tambah Mr Saw.

Pertunjukan memasak tersebut telah disertai oleh PW Corporate Chef, Garry Edson dari UK, Selebriti Chef Agnes Chang (Editor Yum Yum Publication), Pemenang Master Chef Malaysia, Dr. Ezani dan juga fitness model Jordan Yeoh untuk melancarkan siri resipi lazat yang mudah disediakan, meliputi masakan dari selera tempatan dan juga antarabangsa.



Chef Garry Edson telah memasak resepi antarabangsa yang mudah disediakan di rumah hasil inspirasi resepi masakan dari Spain dan Mexico. Chef Garry menyediakan 3 jenis menu masakan iaitu Taco with Cornflake Fish Fillets, Sun Dried Tomatoes Hummus & Baba Ghanoush Dip for Oatmeal Fish Fillets dan Barley Paella with Spicy Garlic Calamari Rings.




Selebriti Chef Agnes Chang juga turut menyediakan 3 resepi masakan oriental iaitu Kerabu Tempura Black Pepper Fish Fillets, Salt & Pepper Squids with Yum Yum Sauce dan Tempura Cocktails with Salted Egg Yolks. Memang seronok mendengar Chef Agnes berceloteh, sampai 3 bahasa sekaligus disebabkan para penonton yang pelbagai. Semasa memasak, Chef Agnes juga turut memberikan tips-tips masakan yang berguna.




Dalam pertunjukan masakan tersebut, kesemua alatan memasak merupakan barangan dari Tefal. Memang mudah dan menjimatkan masa jika menggunakan food processor! Kak Bell pun senang menggunakan manual chopper jika memasak.



Selain itu juga, Dr. Ezani turut mempersembahkan resepi sos pencicah beliau yang menggiurkan, sesuai untuk Ramadhan dan sambutan Hari Raya yang akan datang. Habis showcase, haruslah menjamu selera, merasa masakan yang ditunjukan tadi. 




Produk Pacific West ni, boleh didapati di semua rangkaian pasaraya dan kedai runcit bebas utama seperti Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, AEON Big, TESCO, Giant, Sunshine, Village Grocer dan lain-lain. 


Bersempena dengan kempen "Best Cook Is At Home", pembelian dalam satu resit produk makanan laut Pacific West, berpeluang untuk memenangi hadiah barangan daripada Tefal dan hadiah lain yang bernilai RM40,000. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi Pacific West Careline di 1800 888 389, layari laman rasmi PW dan Facebook Page PW.


















Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post