Kucing Pun Pandai Memilih Makanan? Bulus Kak Bell Tak Suka Button and Bows | Hi Korang! Harini Kak Bell nak cerita pasal anak-anak bulus kat rumah ni
pasal memilih sangat pasal makanan. Macam kita jugaklah, ada makanan yang
kita suka dan tak suka. Kucing kat rumah ni tak suka makan button and bows cat food. Seperti Kak Bell pernah kongsi sebelum ni, kucing memang tak sukakan perubahan. Pandai pulak kucing memilih makanan ye!
Al-kisahnya, sebelum-sebelum ni memang Kak Bell adalah buat eksperimen
dorang ni suka makanan apa. Dari Blackwood, Equilibro, Taste of Wild, Brit,
Happy Cat, semua pernah rasalah. Kadang-kadang bila dalam ekonomi yang tak
stabil, kena cari jalan jugak supaya anak-anak ni tak berlapar. Mamanya
makan maggie pun tak apa. Asalkan dorang makan. Tak dapat beli yang mahal,
beli yang sederhana mahal. Kadang-kadang tu bantai lah jugak beli apa yang
ada kalau pet shop tak ada stok yang di cari! Sebab tu lah selalu dok tukar
makanan dorang. Nasib baiklah dorang ni tak cirit-birit, sebab memang Kak
Bell akan partially campur makanan dorang.
Disebabkan kebanyakkan makanan dorang ni dah naik harga, sampai nak patah
lah bahu dibuatnya, so terpaksa cari brand yang sesuai dan berpatutan dengan
keadaan. Tambah pulak mamanya dah jadi black widow sekarang (geng
janda), kenalah berjimat. Kekonon aje alasan ni! Gittew!
Dalam 3 bulan yang lepas Kak Bell bagi dorang ni makan brand Pet Cuisine
yang di beli di pet shop Pandan Indah. Harga pun ok. 18kg pek harganya
RM150. Kak Bell lupa brand ni dari negara mana. Korea kalau tak silap. Ada
juga google tapi tak jumpa lah pulak. Dah tengah google yang keluarnya
gambar lain pulak. Gambar orang makan daging anjing pulak yang keluar. Choii
sungguhlah. Keji kan, macam dah takde makanan sangat dah! Okay, habis
selingan. Dah hujung-hujung makanan dorang nak habis, Kak Bell tak ada masa
pulak nak ke Pandan Indah. So, belilah brand Button and Bow. Sebelum ni
pernah jugak bagi, beli yang repack dan dorang pun makan brand ni. Kak Bell
pun belilah yang 20kg (RM105). Hari pertama, kedua ok je dorang makan. Then,
bila balik keje je tengok makanan tak habis. Mulalah rasa pelik memasing tak
makan. Asyik mengikut je ke dapur, then time mama dia makan semua dok datang
nak kacau. Sebab tengok dorang dah kurang makan, so decide untuk belilah
makanan lain.
Dalam nak membeli makanan dorang ni, macam-macam hal pulak datang. Bateri
keta kong, nak servis kereta, bla bla bla. Jadi keputusan beli Pro Diet.
Sebelum ni Kak Bell beli brand Pro Diet, Whiskas atau Misha untuk bagi
anak-anak gelandangan kat bawah rumah ni. Memang slalu spare dalam bekas
sebab kesian kat dorang (bukan nak tunjuk baik yer!). Kak Bell yakin
semua yang bela kucing mesti buat benda yang sama kan? Love uolsss. Sambung
balik, dah beli Pro Diet 8kg (RM70), jadi tambahlah dengan Button and Bows catfood yang masih berkilo-kilo lagi tuh. Memang berkejar lah budak ni bila Kak Bell
serve Pro Diet! Yang Kak Bell geram sekarang, dorang still tak makan Button
and Bows catfood, makan Pro Diet aje! Pandai pulak memasing pilih.
Macam-macamlah pulak budak ni. Ha, tengok gambar kat bawah ni. Begitulah ceritanya. Kak Bell sampai tergelak tengok sebab dorang ni
memasing pandai pulak pilih-pilih makanan tu walaupun dah gaul rata. Btw, untuk korang nye kucing healthy life, better lah beli makanan yang premium ye. Premium cat food is a highly recommended sebab kaya protein dan controlled levels of minerals (bahan pengawet). Elakkan beli yang berwarna-warni tu ye.
Sebelum melantak
Selepas melantak!
Okayy, sekarang Kak Bell nak buat summary sket.
food for cat owners buttons and bows professional formula fatty acids naturally preserved cat owners who demand proper ration of omega skin and coat system highly digestible food cats are guaranteed formula cat food quality ingredients to create support and promote healthy minerals to help your cat live a normal healthy life create a delicious guaranteed to love digestible food for cat system provides the proper fortified with taurine
1) Elakkan perubahan mendadak bila menukar makanan kucing.
As mentioned, memang kucing tak sukakan banyak perubahan dalam hidup
dorang. Dorang ni memang akan reject makanan yang dorang tak suka. Mungkin
disebabkan aroma, tekstur dan rasa makanan tersebut. Kalau nak tukar, campur
secara partially untuk elakkan masalah usus (cirit-birit) dan kadar
penolakan kucing orang terhadap makanan baru. Take note, sebab perut kucing
amatlah sensitif!
2) Kucing tak berapa suka air dan makanan dihidang bersama
(berdekatan).
Sesetengah kucing, mungkin ok je jika korang gunakan double feeder untuk
makanan kucing dan air. Btw, ada juga kucing yang tak suka dan lebih suka
air dan makanan dorang di letak berasingan. Kak Bell pun letak water bowl di
tempat yang berasingan. Paling top, memasing nak minum kat sinki
dapur!
Kebiasaanya, kucing akan reject makanan baru kalau hanya makanan baru
dihidangkan dalam satu bekas (makanan lama dah tak dihidang). Korang boleh
cuba letakkan makanan lama dan makanan baru secara bersebelahan atau campur
je makanan lama dengan yang baru. Macam kes Kak Bell ni, sabar ajelah
jawapannya, sebab tetap dorang tak makan makanan yang lama! So, bulan depan
memang kena cari balik Pet Cuisine tu. Kay Bye!