Golden Rose New Outlet @Alamanda Shopping Centre - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Golden Rose New Outlet @Alamanda Shopping Centre

Trending

Golden Rose New Outlet @Alamanda Shopping Centre

Hi Korang! Pada 27 April 2017 yang lepas, Kak Bell pergi grand launching Golden Rose outlet yang ke-3 di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya. Korang semua pernah dengar tak brand Golden Rose ni? Secara jujurnya, memang Kak Bell tak pernah dengar make-up brand Golden Rose sebelum ni. Memang kali pertama kali dengar. So, definitely terujalah nak ketahui dan mencuba produk dari Golden Rose ni. Selain blogger, geng MUA pun turut serta masa launching outlet di Alamanda ni.


Golden Rose Cosmetics dikeluarkan oleh Erkul Cosmetics yang berasal dari Turki. Erkul Cosmetics adalah salah satu syarikat terkemuka dengan 30 tahun pengalaman dalam industri kosmetik. Anak syarikatnya, CC Beauty Group, yang telah membawa pelbagai label kosmetik jenama US & UK lain, telah membawa masuk Golden Rose Cosmetics sebagai jenama Turki pertama yang telah memasuki pasaran Malaysia.


Dengan pembungkusan 'Chanel-esque' yang elegan, kosmetik berkualiti dan harga yang berpatutan produk ni bersedia untuk menawan hati para wanita Malaysia! Gittew. Kesemua produk Golden Rose dinilai terlebih dahulu di bawah Product Safety Assessment untuk memastikan keselamatan penggunaan kesemua produk dorang. Produk mereka 90% dibuat di Turki dan 10% lagi dari negara-negara Eropah lain seperti Jerman, Republik Czech, dan lain-lain. Paling best, semua produk Golden Rose diberitahu adalah HALAL. Korang boleh check sijil pengesahan halal dorang di website Golden Rose. Kak Bell ada letak kat bawah entri ni. Korang bolehlah klik nanti kay.


Selain launching new outlet kat Alamanda ni, Golden Rose juga melancarkan koleksi lipstik terbaru dorang iaitu Velvet Matte Lipstic. Haruslah Kak Bell dapat 2 bijik lipstick velvet matte ni! TQ Golden Rose Alamanda! Terdapat banyak koleksi untuk lipstik Golden Rose ni. For sure korang akan berkenan punya dengan pilihan warna yang ada. tengok lipstik dorang ni rasa macam coklat pulak. Macam nak makan je lipstik tu!

Golden Rose Velvet Matte Lipstick No 10 - Petite Orchid Pink
Golden Rose Velvet Matte Lipstick No 12 - Contessa Red


Worth MYR22

Kak Bell try Liquid Matte Lipstick ni. Memang best sangat! Sekali sapuan je dah rata. Tak perlu nak 2 kali olesan. Memang recomended liquid matte ni! Harga pun berpatutan. Mampu milik orang kata.

Liquid Matte Lipstick

Ni pulak Golden Rose Foundation range. Diantranya Moisturising Cream Foundation, Perfect Finish Liquid Foundation, BB Cream, Stick Foundation, Longstay Matte Foundation dan lain-lain. Ingatkan nak juga suruh beautician dia make-up kan Kak Bell. Pakai eye-shadow hijau dengan lipstik ungu. Pengsan pulak korang tengok Kak Bell cantik sangat nanti!






Mascara ni memang antara barang paling penting untuk Kak Bell. Tak lengkap kalau nak keluar rumah tanpa mascara. Nak berbulu mata palsu nampak fake lah pulak kan. Kat bawah ni pun dah ada 12 jenis mascara. Cakap je nak long definition, 3D, super black, kaler-kaler semua pun ada. Kak Bell tak suka sangat mascara dia sebab terlalu tebal dan nampak tak natural kalau tak buang lebihan mascara (clump) pada eyelashes. Btw, Kak Bell tak cuba kesemuanya pun. Ada je review yang sukakan Sexy Black Mascara. Kalau tak cuba, kita pun tak tahu kan?


Bagi korang yang nak feeling ratu mesir pun boleh. Pakai Kajal Stick ni. Kajal stick ni pun boleh blend dengan pembayang mata. Siap ada demo oleh Golden Rose beautician.





Selain dari face foundation, mascara dan lipstik, blusher pun penting sebagai make-up asas untuk kegunaan harian. Color yang lebih natural dan tak terlalu menonjol memang jadi pilihan Kak Bell. Blusher yang gold shimmer tu memang menarik minat Kak Bell.


Golden Rose juga ada produk untuk touch-up uban dalam bentuk stick. Ni pun pertama kali Kak Bell jumpa. Selain tu, korang juga boleh request untuk buat gift set atau wedding gift mengikut budget yang korang nak kat sini.

Golden Rose Gray Hair Touch-Up


Gift set

Overall, Kak Bell sukakan produk Golden Rose ni. Konsep outlet di Alamanda ni pun menarik, nampak luxury dengan latar hitam putih. Memang nampak class. Staff kat sini pun semuanya friendly dan informative. Bolehlah korang datang cuba barang-barang kosmetik Golden Rose di outlet Alamanda, Putrajaya ni.



Adik tak puas hati dengan kakak ke?

Untuk pembelian secara dalam talian, caj penghantaran adalah percuma untuk pembelian RM100 ke atas. Bagi korang yang make-up junkie, bolehlah kunjungi mana-mana store Golden Rose yang berhampiran kat bawah ni kay!

Golden Rose Alamanda Putrajaya Lot G-61(Opposite Uniqlo)
Lot G-61, Alamanda Shopping Centre,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya.
Phone: +603-8328 0818
Hours: Open 10AM–10PM

Golden Rose Sunway Putra Mall Lot 4-8 (Asian Avenue)
Golden Rose Sunway Carnival Mall UG-38 (Mall Entrance)

Maklumat lanjut tentang produk dan lokasi stor Golden Rose, korang boleh kunjungi website, laman Facebook dan IG Golden Rose.


Bersama staff Golden Rose @Alamanda Outlet

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post