Civic Consciousness? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Civic Consciousness?

Trending

Civic Consciousness?

Hi Korang! Monday blues ke memasing? Jangan nak Monday blues sangat lah yer. Kalau dah paten malas tu, malas lah jugak jawabnya kan! Harini pun Kak Bell kerja petang. Sampai jam 1215am gitu membanting tulang. Bahu pun macam nak lumpuh rasanya pegang mouse. Tiberr. Apapun bersyukurlah masih dapat bekerja kan. Hari ni Kak Bell nak melalak sket pasal kesedaran sivik.


Kaedahnya tadi masa nak pergi kerja, Kak Bell hangin dengan orang yang gunakan lorong Smartag ni. Memang selalulah macam ni. Dah tahu kalau alat Smartag ko tu bengap tak leh nak detect, bawaklah kereta tu pelan-pelan. Agak2 lah jarak yang sesuai supaya tol tu boleh detect Smartag ko. Ni tidak! Hujung-hujung beratur orang nak menunggu ko jek. Dah tahu pakai Smartag, kad Touch n Go pulak takde nilai! Berbulu je Kak Bell tunggu ko terhegeh2 nak bayar tol pakai tunai pulak kan! Bawak kerete bukan main mewah, kalau dah bengap tu pakai je lorong tunai. Tak pun naik je basikal. Dah lah buat hal, pas tu bawak pulak kereta 20km sejam! Aiyoo ko tau tak Kak Bell ni nak masuk kerja cepat ni. Keta pulak ko drive tengah2 jalan. Nak mampos gamaknya kot. Kebetulan pulak sebelum insiden Smartag ni, bertembung pulak dengan cincon tukar lane tanpa bagi signal. Korang beli kereta mahal-mahal lampu signal tak function ek? Ke pakai lesen terbang memasing? Lama dah Kak Bell tak mencarut di jalan raya tau!

2 hari lepas pulak, Kak Bell singgah makan di satu restoren dekat-dekat opis ni. Tak delah sedap mana pun. Sebab kan tak ada pilihan pergi ajelah dari Kak Bell berlapar kan. Duduklah mengadap TV siaran dari negara India tu sambil menghirup angin kolam kat sebelah tu. Elok2 je Kak Bell suap makanan, apek sorang ni boleh pulak meludah kat restoren tu. Heyyy kenapa ko pengotor sangat ek? Pergilah tandas ke, kat semak ke. Ni boleh pulak ko meludah kat tempat awam, tambah-tambah lagi kat tempat orang makan! Pelik aku orang macam ni. Kalau dah rasa berkahak sangat, carilah tandas. Bukannya restoren tu tak de tandas. Mesti ko kat rumah pun, ludah je ikut suka ko kan. Meh akak ludahkan kau nak?


Kat kawasan penthouse Kak Bell ni pun sama. Benci betul tengok pendatang2 ni. Paham lah ko datang Malaysia ni nak carik rezeki, eloklah tu sebab memang rakyat negara ni memang kekwat tak nak kerja buruh binaan. Kaedahnya patut ke ko ludah depan rumah akak masa ko tengan berjalan nak pergi kerja! Haruslah keluar suara halilintar Kak Bell kan. Sesuai lah dengan muka korang tu.


Korang tengok ni, pintu lift pun boleh terkopak. Sedih kan tengok perangai masyarakat yang macam ni. Memula tu, 3 hari lift tak berfungsi. Bergetar jugaklah kaki Kak Bel ni turun naik tangga dari tingkat 16! Masuk hari ke-4, terus terkopak pintu lift ni. Tak tau lah pulak kat kawasan umah akak ni ada badang. 


Kawan-kawan akak selalu dah suruh pindah tapi disebabkan penthouse akak ni strategik tempatnya, so akak bertahan ajelah. Kadang-kadang tu, tengah Kak Bell catwalk, tetibe sampah melayang dari atas! Tengok ni ha, memasing tak mampu nak beli tong sampah ke? Dah bagus dah rajin gosok gigi tapi lahar sangat perangai tu semua benda nak buang ke bawah. Habis ko sorang jelah nak rumah ko bersih? Habis keta akak ni ko ingat tong sampah? Pernah jugak dulu kereta Kak Bell ni dorang bagi makan. Bagi makan kuah roti canai hokkay! Memang patot la dorang ni pergi kelas kesedaran sivik. Tak pun pergi seat balik paper pendidikan moral. Menyirappp!


Ni pun salah satu contoh rumah dia takde tong sampah!

Bukan itu sahaja yer, mentang2 lah penthouse akak ni berdekatan dengan shopping mall, sampai trolley ni pun korang nak bawak balik! Kak Bell pitam! Zaman dah makin canggih, tapi kesedaran sivik masyarakat tu macam tu ajelah kan. Nak melalak-lalak, hujung-hujung kita pulak yang kena balik. Mungkin dah bersebati dalam DNA korang kot. Ikut suka korang lah nak buat apa pun. Yang penting jangan nak buang sampah kat kereta Kak Bell lagi hokkay. Kay Bye.


Sape yang kekwat tu, Kak Bell kepung kereta korang dengan 
tong sampah majlis bandaran!











Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post