Hi Korang! Tadi Kak Bell pergi melantak di Baba Low's 486, Bangsar Utama
dengan Miss Tyra. Restoren ni teletak di kawasan Taman Bukit Pantai dan
menyajikan makanan Peranakan Melaka (masakan Nyonya). Bagi korang yang nak
merasa masakan Nyonya Melaka bolehlah cuba kat sini. Kawasan restoren ni
tersorok sikit dan jauh dari kesibukan kota KL. Tempat yang aman lah untuk
korang menikmati hidangan. Untuk hari ni, Kak Bell cuba Nasi Nyonya Platter,
Tauhu Sumbat dan Cendol. Untuk set Nasi Nyonya, kitaorang pilih Kari Ayam,
Ikan Goreng Masak Asam dan juga Bendeh Sambal Belacan (Kacang Bendi).
Nasi Nyonya Platter RM12
Bagi tekak yang boleh makan makanan peranakan ok kot untuk korang cuba. Kak
Bell suka Ikan Goreng Masak Asam dia sangat sedap. Memang terasa masam asam
tu dan kena sangat dengan bendi belacan dalam set nasi nyonya tu. Btw, kari
ayam dia, Kak Bell tak berapa suka sangat but the taste is there. Still
sedap but as i said tadi cuma tak berapa suka ajalah.
Tauhu Sumbat RM7
Tauhu sumbat dia pun sedap! Tauhu dia digoreng cukup masak, rasa macam
tauhu sumbat style kampung gitu. Kak Bell recommend korang cuba tauhu sumbat
ni. Nasib baiklah sedap, RM7 kot! Haha.
Cendol RM5.50
Untuk Cendol pulak, ianya adalah basic cendol je. Kak Bell rasa, gula
melaka dia macam pelik sikit rasanya dari cendol yang biasa pernah dimakan.
Manis dia lain, but rasa manis tu ok, blended dan taklah terlalu
manis.
Untuk harga makanan kat sini average, tak lah terlalu mahal. Standard la
kat Bangsar kan. Kalau korang nak makan hidangan nasi dan lauk, better amek
set nasi yang lebih murah berbanding order secara ala-carte.
Korang bolehlah check daftar harga makanan Baba Low Bangsar Utama menu
kat bawah ni kay.
pai tee pun sedap kan!
Nyonya Laksa
Traditional Malacca Nyonya laksa is served with a choice of noodles in spicy gravy, a touch of coconut milk with cucumber, bean sprouts, shrimp, cookies, fish balls, and egg.
Mee Siam
A noodle salad of spicy-fried bee hoon served with cucumber, egg, fishcake, fried shallots, and a twist of freshly cut lime. Topped with homemade tamarind dressing.
Personally, makanan kat sini sedap. Bagi yang tak menyukai rasa masakan
nyonya (nyonya food), mungkin ada pandangan yang lain. Next time, mungkin boleh cuba menu
yang lain pulak. Bagi yang nak cuba, bolehlah waze saja alamat kat
bawah.
Baba Low's 486 (Nyonya restaurant)
11, Lorong Kurau, Lucky Garden,
59100 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Opening times: 7am-10pm daily