Hi Korang! Last week sepanjang minggu Kak Bell makan labu. Dah sayur labu je yang ada, jadi masak itu ajelah. Masa beli labu haritu, memang ada sebijik je kat kedai bawah rumah ni. Dah dok menengok henpon je, teros buah labu kena sambar dek Abang La. Gigih pergi kedai lain, mujur lah ada lagi labunya. Memula dulu memang Kak Bell tak suka makan labu ni. Kebetulan suka, semasa merebus labu buat wet food untuk anak meow yang tak sihat. Bila dirasa, sedap manis pulak. Cara masak tak jauh beza pun. Campak semua dalam periuk, tambah perasa dah siap.
Bahan A
1/2 biji labu manis saiz kecil
1 helai daun kunyit
1 biji cili merah
1 kotak santan
Garam secukup rasa
Bahan B
1 labu bawang besar (dihiris)
1 inci kunyit hidup
1 inci kunyit hidup
1 batang serai (dititik)
Segenggam ikan bilis
Air secukupnya
Cara memasak:
1) Kupas kulit labu, buang bijinya dan potong kiub. Basuh labu yang dah dipotong.
2) Masukkan labu dan bahan B ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan hingga mendidih.
3) Tambahkan santan, cili merah dan daun kunyit bila labu dah separuh empuk.
4) Perasakan dengan garam secukupnya.
5) Tunggu mendidih sekali lagi dan boleh tutupkan api.
TIPS!
- Kacau kuah perlahan sebab labu lembut.
- Sentiasa kacau kuah, supaya santan tidak berketul.
- Bila labu dah separuh empuk, masukkan cili merah dan daun kunyit.
- Boleh gunakan udang kering menggantikan ikan bilis.