10/04/2017 (Part 1)
Hi korang! Sampai sudah hari ke-2 dan hari terakhir di Kenchanaburi.
Aktiviti untuk harini ialah melawat sekitar Hellfire Pass Museum dan juga
Erawan National Park & Waterfall. Kejadian pagi tu, memasing
complaint sebab air tak ada di VN Guest House. Nasib baiklah Kak Bell
sempat mandi. Tak tahulah memang tak ada air atau water pressure punya
isu. Terpaksa tadah air kat baldi dan mandi. Btw, semua model manage pagi
tu. Model kot, mesti pandai hadapi segala situasi. Tiberr. Selepas episod
hari ni, kitaorang akan balik dan check-in semula di hotel Kokotel,
Bangkok. Untuk entri kali ni, Kak Bell kongsikan pengalaman di Hellfire Pass Museum sahaja dan sambung cerita dalam entri yang
seterusnya kay.
Australian Flag and Remembrance
Kitaorang check-out dari hotel pada jam 8.00am dan makan pagi di Restoren
Dawudcha kat Sanghuto Road. Rindu pulak nak makan nasi lemak dengan roti
canai. Kat sini, menu breakfast dia takdenye nasi lemak bagai. Tetap menu
makan tengah hari. Sebelum teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya,
semua model bergambar kenang-kenangan dengan kakak restoren Dawudcha. Siap
suruh promote nih! Nanti bila korang datang sini, bolehlah cuba makan kat
sini ya. Tengok model Puteri Sharina tu, macam nak menari zapin dah. Kakak
Dawudcha pun ceria kan!
Hellfire Pass (Konyu Cutting) Landasan Keretapi Maut
Perjalanan ke Hellfire Pass Museum sejauh 80.5KM dan ambil masa dalam 1 jam lebih perjalanan. Hellfire Pass (Konyu Cutting) ni dibina dan diselia oleh
Kerajaan Australia yang terletak di atas kawasan Hellfire Pass. Dibuka pada tahun 1998, dan dibina khas untuk memperingati tahanan perang negara bersekutu (Allied) dan
buruh Asia yang menderita & mati di Hellfire Pass dan juga di tempat
lain di rantau Asia Pasifik semasa Perang Dunia II.
"to all the men and women who suffered and died"
Sebelum pergi ke kawasan Hellfire Pass, kitaorang melawat di dalam muzium
untuk ketahui sejarah dan maklumat tentang pembinaan memorial ni dan apa
situasi yang terjadi semasa pembinaan landasan keretapi maut ni.
Di antara mangsa yang terselamat dalam pembinaan Death Railway ni ialah
Peter Rushforth, yang dapat kembali semula ke Australia dan menjadi seorang 'potter'
yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. "Peace Vessel" ni
merupakan hasil karyanya yang ditempatkan di Muzium Memorial Hellfire
Pass.
“Peace Vessel” by Peter Rushforth
Anzac Day, 25 April, is one of Australia’s most important
national occasions. It marks the anniversary of the first major military
action fought by Australian and New Zealand forces during the First
World War.
Okay, sekarang ni model-model semua tengah menonton dokumentari pendek
tentang Hellfire Pass Museum. Seterusnya, melihat-lihat sejarah peninggalan dan
maklumat lain mengenai kisah sedih kat sini. Korang ok ke baca tulisan
Thai tu? Nak Kak Bell translate tak?
Ni pula merupakan replika yang menunjukkan kawasan pembinaan landasan
keretapi Burma-Thailand yang dibina. Semalam dah gelak-gelak, happy-happy
kan masa melawat Thamkrase Bridge dengan Death Railway at River Kwai.
Jadi, inilah cerita di sebaliknya. Ditunjukkan pada replika tu, kat mana
kawasan jambatan untuk keretapi yang dah di bina.
Kat bawah ni diantara info yang sempat Kak Bell snap. Takkan nak ambik
semua kan. Tak adalah pulak nampak sign tak boleh mengambil gambar. Oklah
ni buat tatapan korang ye.
Dalam muzium ni juga ada satu bilik tayangan kecil yang memaparkan
kejadian semasa pembinaan landasan maut ni. Sedih uols bila menonton.
Badan dari berisi terus tinggal tulang. Korang boleh check video ni
sebagai tatapan.
Korang dah tengok video tadi? Sedih kan. Dalam muzium juga ada dipamerkan
barang-barang peninggalan banduan perang. Diantaranya sepatu, Foxhole
Radio, diari dan surat-surat banduan perang. Foxhole Radio ni adalah radio
yang digunakan oleh askar semasa perang dunia ke-2. Masa baca surat tu,
sedih sangat.
Dah habis sessi lawatan di museum, barulah kitaorang semua turun dan
melihat sendiri kawasan Hellfire Pass ni. Kawasannya jauh ke bawah dan
kena excercise turun tangga. Korang juga boleh dapatkan 'audio headset'
yang akan ceritakan informasi semasa di checkpoint-checkpoint kat bawah
nanti.
Hellfire Pass ni merupakan bahagian paling sukar disiapkan dlam pembinaan
landasan keretapi maut Burma-Thailand ni. Banduan perang yang terdiri dari
banduan Australia, British, Dutch dan lain-lain dipaksa oleh penjajah
Jepun untuk bekerja 18 jam sehari untuk melengkapkan pemotongan batu untuk
menyiapkan landasan. 69 banduan lelaki telah dipukul hingga mati oleh
pengawal Jepun dalam tempoh enam minggu dan kebanyakannya mati akibat
taun, disentri, kelaparan dan keletihan.
Konyu Cutting
A short section of track recovered in 1989 and relaid in 2006
Tribute to those who built the Thai-Burma Railway
Seorang lagi banduan yang terselamat adalah Weary Dunlop, merupakan doktor yang bertugas menjaga dan merawat pesakit-pesakit
semasa pembinaan tersebut. Beliau digelar
"Doctor of the Jungle". Setelah kembali ke Australia, beliau berkahwin dan meneruskan kerjaya
dalam bidang perubatan. Beliau meninggal dunia pada Julai 1993 dan abunya
ditaburkan di Hellfire Pass pada ANZAC Day tahun berikutnya tahun
berikutnya.
Memorial for Sir Edward “Weary” Dunlop
End of the Track: Hellfire Pass
Tamat dah kisah part 1 untuk hari ke-3 di Kenchanaburi. Model-model semua
pun dah keletihan. Memasing berbekalkan kipas bateri yang dibeli kat pasar
malam Kenchanaburi malam semalam. Macam biasalah, panas. Walaupun panas
semua model masih mampu tersenyum. Lepas ni, kita pergi mandi air terjun
pulak yer. Okay bersambung pada episod akan datang kay. Kak Bell penat.
Kay Bye.