Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Trending

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

09/04/2017
Good morning Bangkok! Puas ke tidak tidur malam semalam uolss? Nak tidur puas-puas kena bercuti kat rumah lah yer. Untuk aktiviti perjalanan hari kedua, model semua akan di bawa ke Kenchanaburi dan menginap semalam di Hotel VN Guest House. Cabaran untuk model pada episod-2 ni, photoshoot di tempat-tempat bersejarah kat sana. Di antara tempat yang kitaorang pergi adalah:

1) River Kwai Bridge & Death Railway
2) Thamkrasae Bridge Station
3) Prasat Muang Sing Historical Park
4) Hellfire Pass Museum
5) Erawan National Park
6) Kenchanaburi Night Market

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Terlebih dulu bangun pagi brekfast siap-siap sebab tak makan kat hotel. Jadi, malam semalamnya dah singgah di 7-Eleven untuk beli apa yang patut sebab perjalanan hari ni ke Kenchanaburi agak jauh. Jarak perjalanan lebih kurang sejauh 143km dari Bangkok, dalam 2 jam 30 minit perjalanan. Kitaorang check-out satu bilik di Kokotel, letak semua barang-barang dalam 1 bilik je. Semua model pun dah di arahkan untuk bawa satu beg kecil je untuk bermalam sehari je di Hotel VN Guest House. Biasalah kan nama pun model, banyak barang pulak yang nak dibawak. Beg paling kecik di bawa oleh Ms Ija Faye dan paling win Ms Sharini, siap bawak backpack paling besar yer macm nak bermalam seminggu. Gigih tau, tak muat bonet taxi! Senjata paling utama yang dibawa ialah hairdryer. Penting tau bagi model supaya kekal jelita sepanjang episod. Hehe.

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Sebelum gerak pose dulu untuk portfolio!

Kitaorang ambil 2 buah taxi ke Bangkok Southern Bus Terminal (Sai Tai Mai) dengan kos 250Baht (per taxi).Untuk ke Kenchanaburi kena ambik bas No. 81 di Platform 10Harga tiket bus ialah 110Baht (RM14) untuk perjalanann satu hala. Platform bas memang banyak, sampai tak tercari. Jadi, ringan-ringankanlah bertanya. Walaupun local people tak pandai cakap omputeh, just cakap je nak Kenchanaburi atau Platform 10.

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Lama betul Kak Bell tak naik bas tau! Dapat pulak seat paling belakang. Bas mula gerak ke Kenchanaburi tepat jam 10 pagi. Akhirnya, aktiviti sepanjang perjalanan adalah tidur!

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Bas ke Kenchanaburi

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Sampai di Kenchanaburi Bus Station pada lebih kurang jam 1252pm. Ketua delegasi, Ms Tera terus nego untuk harga tuk-tuk untuk ke Hotel VN Guest House. Hotel ni jadi pilihan sebab view hotel kat atas sungai. Untuk tuk-tuk, kitaorang dapat harga 3900Baht (RM500) untuk sepanjang 2 hari episod & perjalanan kat sini. Balik semula ke Bangkok kitaorang naik van sebab dah tak sanggup naik bas. Kos semasa balik ialah 1100Baht (RM141).

Day 1- 1500Baht
Day 2- 2400Baht
Van ke Bangkok - 1100Baht
Total per person = 625Baht (RM80)

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Tuk-tuk sepanjang episod Kenchanaburi

Sampai VN Guest House dalam jam 1344pm dan terus check-in. Rehat sekejap dan semestinya kena pergi melantak dulu. Lapar sesangat kot sebab cuma brekfast dengan biskut 2 keping dengan soya kotak je. Dekat area sini, makanan halal agak susah nak cari tapi ada. Korang boleh survey dulu atau tanya je pak supir korang. 

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Kaunter VN Guest House

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Oklah hotel hinggap untuk semalam duduk kan. Kekononnyalah nak stay atas floating hotel. Btw, WiFi hotel ni sangat azab. Dapat pulak bilik paling hujung. Dah suruh restart router pun masih tak boleh nak connect dengan WiFi hotel. So, duduk je diam-diam dalam bilik.

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Ni video masa check-in. Dah kenapa Kak Bell asyik pegang rambut! Panas dan rimas kot? Ke mengada-ngada sebab ada rakaman kan. Layan ajelah yer.

Ni keadaan dalam bilik VN Guesthouse. Yang penting toilet dia takde flush yer. Paham-paham ajelah sebab hotel ni atas air. Jangan si Bujang Senang muncul nak makan sudah!

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Makanan Halal Di Restoren Dawudcha

Kitaorang makan tengah hari di Restoren Dawudcha, restoren halal yang ada dekat sini. Puas hati dapat makan makanan Thai macam kat KL but ada juga menu yang agak tak kena dengan tekak ni. Amek ko, sebaldi ais dia bagi. Kaedah ni rare, kat KL memang takde. Senang kan, nak ais cedok je sendiri. Karang penat pulak makcik kedai ni melayan kerenah model-model sekejap-sekejap nak tambah ais. Btw, somtam dia memang sedap!

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Sebaldi ais buat sejukkan diri

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Menu lunch di Dawudcha

Kemudian lepas makan, teruskan perjalanan ke River Kwai Bridge & Death Railway. Dalam perjalanan ke sana, korang boleh nampak Kanchanaburi War Cemetery iaitu tanah perkuburan perang untuk mangsa penjara Jepun yang membina landasan Keretapi Maut Burma-Thailand ni. Bermulalah episod Amazing Race bi bawah mentari Kenchanaburi yang sangat panas itu!

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Sempat pose kat moto makcik Dawudcha

River Kwai Bridge & Death Railway

Death Railway ni juga dikenali sebagai Burma–Siam Railway atau Thailand–Burma Railway yang dibina ketika penjajahan jepun semasa Perang Dunia ke-2 (World War II). Memula masa sampai Kak Bell macam blur kenapa kita datang tengok landasan kereta api ek? Dah la hari panas memancar. Nasib baik Kak Bell tak bersuara. Kalau tak mahunya kene carut dengan organizer Ms Tera! Maklumlah kurang gula dalam badan. Otak pun betul tak betul je jadinya. Sesudah bertafakur seketika, barulah paham hubungkait lawatan pada hari ni. Bukan bimbo yer, sedikit blur aje pun. Hehe.

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Bridge on the River Kwai

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Kat kawasan River Kwai Bridge & Death Railway ni ada juga tempat jualan barang-barang tempatan, baju, souvenir dan lain-lain. Model-model semuanya gigih berjalan sampai hujung jambatan, sampai ke stesen keretapi kat situ. Kak Bell memang dah tak larat. Kak Bell berteduh bawah pokok ni sambil berhibur. Kalau nak beramal pun boleh. Campakkan aje duit syiling Baht tu kat penyanyi jalanan ni. Lagu-lagu evergreen dia nyanyi. Nasib dia tak nyanyi lagu Thai.

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Stesen Keretapi Thamkrasae Bridge

Setelah baju dah basah dibasahi peluh, perjalanan diteruskan ke Stesen Keretapi Thamkrasae Bridge. Kitaorang naik tuk-tuk ni je ke Thamkrasae Bridge. Kalau korang nak tour naik keretapi pun boleh. Perjalanan sejauh 42km dan ambil masa dalam 40minit ke 1 jam dengan menaiki kereta. Masa ni, model masing-masing dah dehydrated. Ibarat naik oven bergerak, di bakar pada suhu 45 darjah selsius. Masa atas tuk-tuk memang terasa bahang jalan tar tu naik. Naik tuk-tuk ni kan terdedah, so memang kulit akan di jamah mentari. Sampai je destinasi di Thamkrasae Bridge terus boleh ratah daging sebab dah masak panas.Haha.

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Berikut adalah sesi photoshoot di Thamkrasae Bridge dan aktiviti menunggu tunggu keretapi maut sampai. Nasib baik, masa sampai sini pun ngam-ngam dan dapatlah ambik video keretapi ni lalu. Saksikan di bawah ya!

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Lepas habis sessi di Thamkrasae Bridge, kitaorang menuju pula ke Prasat Muang Sing Historical Park sejauh 11.6km. Sekali lagi oven dipanaskan. Walaupun keadaaan panas, tanpa angin yang sepoi-sepoi tetap layan tidur. Memasing muka dah macam hape entah. Susah nak digambarkan. Nah buktinya. Teruk betul ekspresi Kak Bell. Macam nak tumbuk orang pulak! Kahkah.

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Prasat Muang Sing Historical Park

Mueang Sing adalah sebuah tempat bersejarah di daerah Sai Yok Kanchanaburi, Thailand. Kuil ni dibina pada abad ke-13 dan ke-14 dan merupakan sebuah kuil yang ditinggalkan dengan pembinaan yang tak lengkap. Terdapat 21 checkpoint di kawasan Mueng Sing ni termasuk 4 buah monumen utama. Kak Bell cuma melawat 2 monumen kuil Khmer kat sini. Senibina kuil Khmer ni dipengaruhi oleh senibina Lop Buri. Ahli sejarah telah menjumpai barangan artifak, barang-barang antik, tembikar dan juga barang keagamaan di kuil ni dan telah diisytiharkan sebagai sebuah taman bersejarah pada tahun 1987.

Waktu lawatan :8.00AM–4.30PM
Entrance Fee: 100Baht per person

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Western Gopura

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
North Gopura

Monumen 1 ni merupakan bangunan utama yang agak lengkap berbanding monumen lain. Kuil ni dibuat daripada blok batu laterit (laterite). Terdapat 4 buah pintu masuk ke kuil dan ada satu menara tinggi di tengah-tengah monumen ni (Prasat). Kuil ni dibina mengikut mystical diagram of universeJuga terdapat patung radiating Bodhisattva Avalokitesvara pada bahagian pintu masuk Eastern Gopura dan tulisan-tulisan Buddha ada disimpan di bahagian library dalam monumen ni. Actually, kuil ni besar jugak dan Kak Bell tak pergi tengok semua bahagian pun.

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Radiating Bodhisattva Avalokitesvara means "Lord of the World"

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
"God who has a look from above"

Photoshoot kat sini pun sekejap je sebab panas. Dah banyak kali dah sebut keadaan panas ni. Walaupun panas sempat Kak Bell masuk ke dalam kuil ni. Masuk separuh kuil je sebab masuk sensorang. Model lain tak masuk ke dalam ni untuk meninjau. Kak Bell masuk melalui pintu timur, jalan sikit ke depan dah jumpa patung Buddha kat tengah tu. Disebabkan sorang-sorang, Kak Bell batalkan niat nak terus jalan. Macam scary pulak rase time tu!

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Eastern Gopura

Laluan masuk dari pintu timur

Monumen 2 ni pula terletak di bahagian barat laut monumen 1. Monumen 2 ni juga diperbuat dari laterite, di sokong oleh kayu dan dilitupi oleh lime plaster. Kak Bell pun dah last minit baru datang tengok monumen 2 ni. Rasa rugi pulak tak melawat ke monumen lain dan bahagian-bahagian lain dalam monumen 1. Waktu ni semua model dah tunggu kat tuk-tuk ye dan ready nak balik dah. Matilah kena cerca sebab lambat. Hehe. 

Paham?
Laterite is a soil and rock type rich in iron and aluminium, and is commonly considered to have formed in hot and wet tropical areas. Historically, laterite was cut into brick-like shapes and used in monument buildings.

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Monument 2

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Gambar Monumen 1 atas Monumen 2

Nampak tak matahari yang memancar atas kepala tu? Btw, ada snap gambar tower kat tengah-tengah kuil ni tetapi disebabkan panas sangat kualiti gambar amatlah tidak memuaskan. Dah puas hati dengan lawatan kat sini, berangkatlah pulang semula ke VN Guest House dan sekali lagilah bertahan dalam cabaran memasak di dalam oven tuk-tuk ni. Sekali lagi menangis okay!

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Nampak tak betapa panasnya dalam ni

Kenchanaburi Night Market aka Danau Kota Kenchanaburi

Aktiviti untuk sesi malam, kitaorang dinner di Kenchanaburi Night Market dan jalan-jalan cari barang-barang di danau kota Kenchanaburi. Terdapat banyak gerai makanan halal kat kawasan hadapan pasar malam ni. Pilih je nak makan apa. Harga makanan sepinggan dalam sekitar 50Baht ke 70Baht. Makanan kat sini pun ok. Nasi goreng dia pedas hokkay! Bergelas-gelas minum air.

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Kenchanaburi Night Market

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Menu di pasar malam Kenchanaburi

Dah sudah makan, cari barang kat danau kota Kenchanaburi, sekali lagi kitaorang pergi massage kaki di sekitar kawasan kelab malam Kenchanaburi. Biasa-biasa aje kat sini, taklah happening mana pun. Dalam jam 11 mlm macam tu, tamat dah aktiviti hari ke-2. Btw, malam ni hari ulang tahun kelahiran Ms Sheryana Al-Hadat. Patotlah dia prank kita tak jadi join episod Amazing Race ni. Walhal organizer dah siap sediakan selempang Birthday Girl! Detik 12malam, kitaorang raikan birthday model tersohor ni dengan snak dan kacang je. So sedih, sebab semua orang kat guesthouse ni dah tidur. Pergi reception kaunter nak mintak heater nak kopi-kopi pun takde. Kedai-kedai berhampiran pun tutup. Jawapannya tidur ajelah untuk pengembaraan hari terakhir di Kenchanaburi.

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Happy Birthday, Sheryana Al-Hadat!

Bangkok Travel | Percutian Ke Bangkok Thailand (Prasat Muang Sing, Kenchanaburi)
Evening view at VN Guest House

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post