08/04/2017 (Part 2)
Okay, untuk segmen kedua pada hari pertama, dalam scheduled akan melawat
Watt Arun, Watt Pho, Siam Museum dan Grand Palace. Plan asal nak naik
BTS Silom line ke Saphan Taksin (3 stops). Disebabkan dah lambat, kitaorang
amek taxi sahaja ke Saphan Taksin untuk naik Orange Flags Boat dalam sesi
lawatan di sepanjang Sungai Chao Praya. Masa tu team Kak Bell da sampai awal
dah, then tunggu team model dalam taxi satu lagi yang tak muncul-muncul.
Driver team Kak Bell ikut shortcut. Kesekejapan dah sampai. Btw, kaedah
sangat driver taxi team 2 tu, pi turunkan dorang entah kat mana ntah. Dah la
memasing tak dapat nak contact. So, gunakan telepati dan kata hati ajelah
tunggu dorang sampai. Hiks!
Naik Orange Flags Boat Dan Melawat Tempat Menarik Di Sekitar Sungai Chao Praya
Kalau korang naik BTS (lrt), korang kena turun tangga dan jalan terus ke
depoh bot. Untuk Orange Flags Boat adalah di sebelah kiri. Kiranya, bot ni
masih lagi jadi salah satu pengangkutan awam kat Bangkok ni. Kalau korang
nak tahu, Sungai Chao Phraya ni sepanjang 372 km dan merupakan sungai
terpanjang dan terpenting di Thailand. Takut jugak bila Kak Bell sebab tak
biasa naik bot. Jadi tour seterusnya ni adalah melihat permandangan kota
Bangkok menelusuri Chao Phraya River. Mostly kebanyakan, bangunan-bangunan
tinggi dan tempat menarik ada di sepanjang sungai ni.
Ni diantara tempat yang korang boleh pergi bila naik boat trip.
Kitaorang pergi yang mana sempat je. Nanti korang ada masa, bolehlah
rancang untuk lawat semua tempat.
Masa naik bot ni scary jugak, sebab ramai nau yang naik bot ni. Kak Bell ni pun dah duduk kat bahagian hujung bot. Belakang i tu,
pelancong dari Indonesia. Sempatlah borak-borak manja gitu. Walaupun bot
dah penuh, tetap orang naik lagi okay. Seram! First time naik bot atas
sungai yang besar macam ni.
Ni video masa atas bot. Takut handphone jatuh dalam sungai. Korang
tengoklah keadaan dalam bot yang penuh yer. Mas ni nak pergi ambik penumpang
lagi ni. Dalam kepala otak takut je karam ke apa ke. Wei Sungai Chao Praya
ni besar luas ye!
Wat Arunratchawararam Ratchaworamahavihara (Watt Arun)
Kak Bell tak sempat nak melawat Watt Pho, cuma sempat pergi ke Watt Arun.
Wat Arun atau nama panjangnya Wat Arunratchawararam Ratchaworamahavihara
(วัดอรุณราชวรารามราชวรมหาวิหาร). Terletak di barat hulu sungai Chao
Phraya. Wat Arun Rajwararam atau Candi Fajar ni, diambil dari nama Dewa
Fajar, Aruna. Wat Arun ni diselaputi dengan kulit kerang dan porselin yang
berwarna-warni. Senibina stupa dan pagoda dihias dengan watak-watak askar
dan binatang. Btw, setiap muka watak tersebut adalah berbeza figuranya.
Kagum ye nak susun seramik yang dah pecah tu lagi. Masa sesi kat sini,
tempat ni dalam proses renovasi but still dibuka untuk orang
ramai.
Masa lawatan adalah dari jam 8 pagi ke 6 petang. Nak masuk Watt ni kena
patuhi dress code. Yang mana seksi-seksa tu kena pakai selendang. Yang
berseluar pendek, boleh sewa kain sebelum masuk ke dalam Watt Arun
ni.
Aktiviti kat sini cuma buat photoshoot untuk para model. Mencabar
jugaklah nak panjat tangga Watt ni. Tinggi dan curam, kena hati-hati.
Buatnya bergolek kebawah kan. Kat bawah ni merupakan watak-watak askar dan binatang pada stupa Watt Arun. Semua ekpresi
wajahnya berbeza!
Ni pulak, close up porselin yang berwarna-warni yang dihias pada
keseluruhan pagoda. Memang kagum lah dengan senibina Watt Arun. Ni belum
lagi tengok Grand Palace yang di buat semuanya dari emas kan. Korang gigih
tak nak susun semua porselin pecah ni? Menangis!
Banyak lagi sebenarnya koleksi gambar kat sini. Dah berpinau dah mata Kak
Bell dok pilih. Oklah kan buat tatapan korang semua.
Model semua bergambar kat tangga. Siapa yang nak eliminate ni?
Melawat Ke Siam Museum & Grand Palace
Lepas penat mendaki Watt Arun, perjalanan balik semula ke jeti dan
teruskan berjalan di sekitar Grand Palace dan Watt Pho. Kak Bell pun tak
melawat ke Siam Museum dan cuma catwalk di kawasan luar Grand Palace
jer sebab dah tak cukup masa. Waktu ni model-model semua dah sakit kaki, sakit belakang. Semua dah
macam nak pengsan sebab kawasan Grand Palace tu sangatlah luas. Ibarat dah
masuk trialthon dah. Dalam hati nak balik hotel je.
Kebetulan pada hari tersebut merupakan ulang tahun 1 tahun kemangkatan
Raja Bhumibol Adulyadej dan upacara dilakukan di kawasan istana. So,
jalan-jalan pun ditutup dan dikawal oleh polis dan tentera. Mendiang
Raja Bhumibol Adulyadej ni merupakan raja thailand yang paling lama
memerintah iaitu selama 70tahun. Akhirnya, tamat dah untuk edisi petang tu, ambil grab taxi (150THB)
untuk balik ke hotel. Kalau naik tuk-tuk, mahunya pengsan dalam
tu!
Sampai hotel, lepak-lepak kejap, mandi dan terus keluar semula untuk
makan malam. Sesambil jalan-jalan di sekitar jalan Silom dan membeli belah
di Patpong. Malam tu, Kak Bell makan di Beirut Restaurant. Not bad makanan
kat sini, restaurant pun agak class. Harga makanan Kak Bell tak ingat.
Penat uols, sampai dah tak larat nak catat maklumat. Asalkan masih lagi
dalam budget korang, belasah ajalah makan kat mana-mana pun. Nama pun
percutian budget. Takkan nak makan kat hotel kan?
Ulaman ni pun sedap bila dicicah dengan pencicah yang disediakan
Patpong Market Mahal Dari Chatuchak Market
Selepas makan, kitaorang pergi membeli belah di Patpong. Btw, barangan
kat sini jauh lebih mahal dari Chatuchak Market. Nak beli spek mata pun
harganya sampai 100Baht. Bukan original pun uols. Kat sini pun banyak
kelab malam. Cakap je nak tengok girl show ke, boy show ke semua ada.
Tengok girl show pun setakat joget-joget kat tiang. Macam bersenam lari
setempat gitu. Kak Bell pun pandai kalau nak lari setempat. Hiks!
Dah penat berjalan bagai, haruslah menyinggah pergi urut kaki. Kak Bell
pun dah sampai sakit belakang, elok sangatlah buat massage ye tak! Harga
pun tak mahal, dalam sekitar 200Baht ke 250Baht je. Bolehlah kalau korang
nak foot massage, oil massage dan lain-lain. Jangan buat mende bukan-bukan
sudah yer! Confirm akan ada offer punya. Hahaha.
Okay, tamat dah episod di hari pertama. Terus-terang cakap hari pertama
travel macam dah hari ke-4 dah! Balik hotel terus membuta sebab perjalanan
esok ke Kenchanaburi pun agak panjang. Jumpa lagi di episod Amazing Race
Day 2 nanti kay. Kak Bell pun dah penat. Nite2. Muahhh.
Next > Amazing Race Bangkok - Day 2