08/04/2017 (Part 1)
Sawadee Kha! Akhirnya, selesai juga percutian Kak Bell ke Bangkok
pada minggu lepas. Pening memikirkan bilalah boleh siap episod travel ke
Bangkok ni. Nak pilih gambar pun dah beratus-ratus. Gigihkan diri dekat 3
hari dok memilih gambar aje tau! As usual, penerbangan AirAsia masih jadi
pilihan untuk percutian ke Bangkok kali ini dengan tiket return berharga
RM218. 4 hari episod di Bangkok bermula pada 8 April 2017 hingga 11 April
2017.
Kali ni kitaorang beli hotel penginapan secara berasingan dan tak gunakan
perkhidmatan supir. Semua cari sendiri. Thank you pada Ms Tera Ibrahim
selaku menteri perlancongan bagi setiap edisi travel. Tip top yer. Dah boleh
bukak tourism company kay! Episod Next Top Model Edisi Bangkok kali ni
disertai oleh 7 orang gadis jelita dan seorang jejaka acah-acah photographer
(btw, semua photoshot dia sangat artistik hokkay). Sebelum ni, kitaorang
akan park kereta di Putrajaya Park & Ride sebelum ke KLIA2 but kali ini
kitaorang naik grab car sebab malas nak drive. Caj satu grab taxi berharga
RM180 untuk 6 orang model. 2 lagi model driver dorang hantarkan.
Untuk episod kali ni, ada kemasukan supermodel baru Ms Ija Faye. Yang lain
semua muka-muka lama. Pada mulanya, model Sherryyana Al-Hadat tarik diri
untuk rakaman Next Top Model Bangkok ni. Tetapi, dia buat kejutan pula,
muncul di KLIA2! Ada prank rupanya. Okay, jom ikuti lebih lanjut cerita
Bangkok Travel kali ini. Yang bestnya, pengarah suruh buat edisi Next Top
Model tetiba bertukar jadi episod Amazing Race Bangkok! Ha, nak tahu follow
sampai episod ni habis ye! Episod pertama ni, memang panjang yer. Ni dah
kira compress dah dan Kak Bell terpaksa buat 2 entri sebab rasa rugi tak
share gambar-gambar dengan korang semua.
Bajet Percutian Ke Bangkok
Kos trip atau bajet percutian ke Bangkok ini adalah per person. Ni
merupakan anggaran untuk kos travel haritu.
1) Flight return: RM218
2) Kokotel Hotel: RM245
3) Hotel VN Guesthouse Kanchanaburi : THB275
4) Watt Arun: THB40
5) Watt Pho: THB100
6) Siam Museum: THB150
7) Erawan National Park : THB300
8) Muang Sing Historical Park: THB100
Kos transport ulang alik ke Kanchanaburi & Bangkok:
9) Taxi Bangkok (approximately) : THB400
10) Tuk-tuk Kanchanaburi (approximately): THB400
11) Train/Riverboats: THB200
Total per person (non paid) : THB1965 (RM252)
Grand Total : RM218+RM245+RM252 (RM715)
Btw, terdapat beberapa tempat yang terpaksa withdraw sebab kekangan
masa seperti Watt Pho dan Siam Museum. Sorry ye korang sebab budget ni
tak berapa accurate sebab Kak Bell pening dan tak catat setiap
harga. Plus minus, kosnya pun tak lari banyak pun. Next time Kak Bell akan lebih particular kay.
Ketibaan Di Don Mueang International Airport, Bangkok
Flight dari KLIA2 pada jam 6.30 pagi dan di jangka sampai ke Don Mueang
International Airport pada jam 8.35am. Waktu di Bangkok lewat 1 jam dari
waktu Malaysia. Dalam flight tadi dah makan siap-siap dan terus naik
airport public taxi ke Kokotel Hotel. Satu taxi kongsi 4 orang, caj
dalam 250Baht (RM32). Tak kisah korang nak naik teksi warna hijau ke, pink
ke, kuning ke, yang penting tanya dulu sama ada dorang pakai meter atau
tak. Tadaa, dah sampai dah Kokotel Hotel. Cantik sangat hotelnya. Hotel ni
berkonsepkan negara Jepun. Kitaorang letak bag dulu di hotel sebab akan
check-in petang. Bolehlah check gambar-gambar hotel ni.
Kokotel Hotel
Kokotel Hotel Building
Konsep Biri-Biri
Include a playroom for kids
Bagi Kak Bell hotel ni best, suka dengan konsep dia. Kali ni WiFi dia
pun okay. Tak macam kat Medan haritu. Ada 2 jenis password WiFi untuk
personal dan 4 orang sharing. Korang boleh mintak kat kaunter. Penting
kan nak berhubung, harapkan WiFi hotel ajelah. Nak beli sim kad atau
roaming memang tidaklah kan. Untuk makluman korang, hotel ni menyediakan
non-halal food. Untuk makan-makan, korang boleh cari ka tempat lain ya.
Keadaan bilik hotel dan katil semuanya pun ok. Siap disediakan payung dan
hairdryer untuk kegunaan pengunjung. Btw, untuk toilet Kokotel gunakan
frosted glass dan konsepnya tak ada kunci. Tak delah transparent pun
dinding kaca toilet tu but ruang untuk toilet duduk dorang agak
kecil. Kak Bell pun keluar dari toilet pun macam tersepit aje
rasanya. Dalam tempat mandi ada disediakan shower bath cream, syampoo dan
conditioner. Memang convenient! Mostly, pengunjung yang datang sini semuanya berikan rating tinggi dari
4 ke 5 bintang. Overall hotel ni awesome. Maklumat lanjut boleh klik bawah ni ye.
So, bermulalah misi pertama ke Chatuchak Market. Dari hotel, Kak Bell
jalan kaki sepanjang jalan Thanon Surawong dan jalan Naradhiwas
Rajanagarindra ke stesen Chong Nonsi BTS (Silom Line). Nanti BTS akan
stop kat Siam Stesen (3 stops), tukar tren ke Sukhumvit Lane (7 stops)
dan baru turun di Mo Chit stesen. Harga tiket dalam THB40
(RM5.10).
Nice architecture
Suasana kat Bangkok lebih kurang aje macam di KL. Tapi BTS dorang ni
lama gila nak sampai. Macam setengah jam 1 je tren yang ada. Dah sampai
haruslah kena berebut. Penuh uolss!
Sama je macam LRT kat KL, cuma tulisan Thai ajelah. Nampak tak jangan
menjaja? Logo ni memang takde kat Malaysia. Hehe.
Chatuchak Market
Sampai kat Chatuchak Market dah tengah hari. Suasananya amatlah panas.
Mau tak panas, suhu 44.6 selsius. Dahlah Kak Bell tak sempat nak tukar
baju masa kat hotel. Korang bayangkanlah dengan pakai jumper, maunya nak
pitam. Disebabkan dah tak tahan, gigih cari pakaian dan tukar baju. Btw,
toilet pulak tak tau kat mana. Hujung-hujung, Kak Bell just salin je
baju kat kedai jual pakaian tu. Nasib baiklah tuan kedai gigih tolong
cari kain kanvas untuk cover Kak Bell tukar baju. Semua dalam keadaan
terkawal yer. Lagipun orang kat Thailand ni tak heran pun korang nak
buat apa. Kalau dah pitam karang, lainlah pulak ceritanya nanti kan.
Kat sini korang boleh beli macam-macam barangan seperti barang-barang
antik, seramik, perabot, hiasan rumah, pakaian, makanan dan pelbagai jenis
minuman. Macam danau kota kat KL tu la gamaknya but kat sini lagi heaven.
Sangat meriah dan tak cliche macam kat KL. Memang tak sempat lah nak tawaf
semuanya. Kak Bell adalah beli barang lite-lite je sebab bawak budget pun
sikit.
Kedai barangan beg dan wallet ni menarik. Korang boleh custom made
wallet, purse atau key holder dengan harga 100Baht aje dan dapat 2
aksesori yang nak ditampal pada purse atau wallet korang. Tambahan
aksesori cuma 20Baht bagi setiap satu. Sesuai sangat dijadikan
souvenir.
Ni diantara kedai-kedai yang Kak Bell sempat singgah. Banyak lagi kedai
lain tapi ada juga kedai yang tak bagi snap photo.
Btw, tempat ni memang syurga nak cari macam-macam barangan dan juga
makanan. Korang mesti datang sini! Sediakan je duit berkepuk-kepuk yer.
Dah kepanasan dan kelaparan, kitaorang singgah makan kat sini. Rasanya, ni
je kot kedai makanan halal yang ada. Punyalah ramai orang beratur nak
makan. Kedai penuh sampai nak berebut meje. Nama kedai Kak Bell tak tahu,
cuma korang cari Section 12 Soi 2. Not bad makanan kat sini. Sedap! Dah
lapar semua lah sedap kan. Hiks.
Dah lepas makan, terus pusing-pusing untuk last round. Memang surrender
tak larat dah. Nak balik hotel sangat-sangat dah memasing. Banyak lagi
gerai-gerai makanan yang ada. Ni ajelah yang larat Kak Bell nak
singgah.
Balik dari Chatuchak Market, kitaorang amek taxi sebab dah tak larat
panas ya rabbi! Bayangkanlah memasing dari malam semalam tak tidur. Terus pulak
berjalan dalam panas-panas terik. Menangis! Teksi pulak ramai yang tak nak hantar ke hotel. Nasiblah ada juga taxi
hujung2 nak hantar. Kos sebanyak THB350 satu taxi. Sampai hotel, rasa
macm dah tak nak buat aktiviti dah. Hari pertama dah macam hari ke-4.
Hehe. Lepas freshen up dalam 1 jam, kitaorang keluar balik untuk
aktiviti seterusnya.
Tags:
Bangkok
Bangkok Travel
Chatuchak Market
Kokotel Hotel
Percutian Ke Bangkok
Percutian Ke Bangkok Thailand
Travel