Hi korang! Entri kali ni nak kongsikan kenapa kucing menjelirkan lidah. Memang comel bila melihat kucing kita keluarkan lidah kan. Sibuklah memasing ambil kamera phone nak snap photo kenangan kan! Btw, normal ke bila dorang dalam keadaan tu? Sihat ke?
Sebenarnya, Kak Bell pun tak tahu kenapa. Berdasarkan pengalaman dengan anak-anak bulus di rumah ni, so far tak adalah menjadi isu bila dorang menjelir lidah. So, Kak Bell search la jugak information untuk mencari sebabnya. Kadang-kadang tu, sambil tidur pun dengan lidah terkeluar. Bila dah cuit dorang ni, masih je tidur dengan posisi macam tu! Eh, takutlah pulak kita kan. Risau juga, kalau dorang ni sakit ke apa kan! Di antara kemungkinan sebab kucing menjelirkan lidah:
1) Selepas bermain terlalu aktif/bermain secara agresif
Badan kucing ni tak punyai pori-pori atau liang peluh seperti manusia. Jadinya, ianya merupakan tindak balas normal bagi kucing untuk menyejukkan badan kerana kucing tak berpeluh.
2) Suhu persekitaran terlalu panas/humidity tinggi
Tidak semua kucing akan menjelirkan lidah. Sesetengah kucing lakukan begini dalam cuaca yang sangat panas.
3) Mood Relaxs
Keadaan otot rahang kucing yang dalam keadaan berehat, lidah terkeluar semasa tidur. Mungkin jugak, dorang ni lupa nak tarik balik lidah masuk dalam mulut kot!
Comelnye tidur cam ni!
3) Ketika menaiki kereta (sesetengah kucing) untuk menenangkan diri
Pernah dulu kokononnya nak bawak si Sky dan Muezza jalan-jalan naik kereta. Masa tu nak membeli makanan dorang kat Pet Micasa Shah Alam. Dalam perjalanan, kedua-dua ekor meow ni terjelir-jelir lidah. Siap meleleh lagi air liur! Kita ni pun gelabahlah, sekejap bukak cermin kereta, bukak full aircond. Dah bagi minum air, tak nak pula dorang ni minum. Sampai je rumah, elok je semua. Terus tidur je. Kemungkinan cuaca panas dan rasa takut masa menaiki kereta manjadi punca. Hehe.
4) Mengalami masalah kesihatan
Berkemungkinan juga kucing akan alami masalah kesihatan seperti masalah pernafasan yang disebabkan oleh masalah sistem pernafasan (paru-paru), strok haba, penyakit jantung atau juga masalah gigi.
Lega rasanya bila dapat tahu, this behavior is almost always completely normal. Btw, kalau korang dapati mereka sentiasa mengeluarkan lidah, sukar bernafas, susah nak makan atau minum, disarankan untuk pergi berjumpa veterinar untuk pemeriksaan lanjut jika terdapat tanda-tanda kelainan pada kucing korang. Jangan tetiba, ke emergency room pula kan! Apa-apa, Kak Bell doakan kucing korang semua sihat semuanya kay! Amin!
Tags:
Is It Healthy?
Kenapa Kucing Menjelirkan Lidah
My Pet
Why Cat Stick Out Their Tongue? It Is Cute