Hi korang! Minggu lepas Kak Bell mengidam nak makan laksa. Sempat menyinggah
di pasar malam TTDI untuk mencari laksa. Sekarang ni, memang susah nak cari
laksa yang betul-betul sedap atau kena dengan citarasa tekak ni. Jadi gigihlah
Kak Bell buat sendiri laksa utara menggunakan ikan sardin dalam tin.
Laksa ni pun ada banyak jenis dengan pelbagai jenis kuah yang berbeza. Ada
laksa Johor, laksa Penang, laksa Kelantan atau laksam, laksa Terengganu dan
laksa Sarawak. Kak Bell sukakan Laksa Utara, Laksam dan juga Laksa Penang.
Laksa dari negeri lain, tak berapa suka sangat. Kalau jalan-jalan ke Jusco Mid
Valley, mesti tak lepaskan peluang makan asam laksa kat sana. Segenap alam bau
asam laksa kat Jusco tu! Jadi, harini Kak Bell cuba resepi Laksa Utara. Setiap
orang ada cara masakan laksanya yang tersendiri. Kak Bell ni cuba ajalah yang
mana resepi yang mudah dan senang.
Asal-Usul Hidangan Laksa Utara
Laksa Utara adalah hidangan yang sangat terkenal di utara Semenanjung
Malaysia. Menurut portal Asian Inspiration, laksa ini dikatakan pada asalnya
sejenis mi pedas berkuah yang dibawa daripada pedagang-pedagang dari China ke
Tanah Melayu satu ketika dahulu.
Hasil perkahwinan campur antara pedagang China dengan orang Melayu ketika
itulah wujudnya masyarakat Peranakan. Maka dengan itu, dalam semangkuk laksa
itu sendiri telah bergabungnya dua rasa iaitu mi sup (makanan China) dan pedas
(selera Melayu). Dikatakan antara laksa tertua yang menjadi ‘pemula’ legasi
laksa di Asia Tenggara ialah laksa Penang.
Asal-usul nama laksa
Difahamkan, asal-usul nama laksa mungkin diambil daripada perkataan Hindi dan
Parsi, iaitu ‘lakshah‘; sebutan yang diberi untuk makanan jenis mi yang
berkuah. Manakala daripada Bahasa Sanskrit pula, ia membawa makna ‘sepuluh
ribu’, dipercayai bermaksudkan 10,000 ‘rasa’.
Selain itu, ada juga yang mendakwa laksa berasal daripada Bahasa Kantonis yang
disebut sebagai “lɐ̀t sá” yang membawa makna ‘pasir yang pedas’, dipercayai
bermaksudkan menu udang kering yang digunakan dalam kuahnya dan tekstur mi
laksa itu sendiri yang agak kering.
Manakala satu lagi teori, laksa dikatakan berasal daripada Bahasa Hokkien yang
menyebutkan laksa sebagai ‘lup-sup’ yang membawa makna ‘kering’. Daripada
teori-teori yang ada, nama ‘laksa’ terhasil dari asimilasi bahasa Melayu.
Jenis-jenis Laksa
Ada macam-macam jenis laksa & rasanya pun mengikut negeri. Antaranya jenis
laksa yang ada adalah:
- Laksa Penang (asam Laksa)
- Laksa Johor
- Laksa Kuala Perlis
- Laksa Kedah
- Laksa Kelantan
- Laksa Sarawak
- Laksa Terengganu
- Laksa Ipoh
- Kari Laksa
- Laksam
Laksa Kedah & Kuala Perlis ni tak jauh berbeza tetapi laksa yang lain-lain
tu memang berbeza cara masak dan juga rasanya. Macam Laksa Johor akan gunakan
spagetti dan kena makan dengan tangan. Baca juga Resepi Mee Kari Ayam Simple.
Resepi Laksa Utara Mudah Guna Sardin Tin
Untuk resepi laksa ni, Kak Bell tak gunakan ikan segar. Pakai ikan sardin
dalam tin aje sebab nak senang punya pasal! Ianya lebih mudah dan praktikal.
Okay, jom tengok bahan-bahannya.
Bahan A
1 paket laksa halus (400gram)
1 tin sardin saiz besar
Segenggam cili kering
2 biji bawang besar
4 keping asam keping
2 batang bunga kantan
Daun kesum
Belacan
Garam secukupnya
Air untuk kuah
Bahan B (dihiris)
Telur (direbus)
Timun
Bawang
Daun salad
Lada merah/cili api
Limau kasturi
Cara membuat laksa utara mudah:
1) Cuci ikan sardin denga air dan sosnya di buang. Kemudian blend hancur ikan sardin dengan sedikit air.
2) Kisar cili kering, bawang merah dan belacan (tambah sedikit air).
3) Masak ikan sardin yang dah dikisar dalam periuk + anggaran 2 senduk cili kisar.
4) Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
5) Biarkan mendidih dan tambahkan garam, serbuk perasa secukupnya.
6) Tambah air mengikut kepekatan yang disukai.
7) Untuk laksa, boleh rendam dahulu atau rebus sahaja di atas api.
Dah pun siap. Kejap je pun masaknya. Rasanya pun ok walaupun guna sardin dalam
tin sahaja. Letak semua bahan B yang dah dihiris tadi sebelum dihidangkan.
Tips untuk Memilih Sardin Tin
Pilihan menggunakan ikan sardin dalam tin untuk resepi Laksa Utara adalah idea
yang pintar bagi mereka yang ingin menyediakan hidangan ini dengan cepat dan
mudah. Tetapi, agar rasa laksa anda tetap autentik dan enak, penting untuk
memilih sardin yang berkualiti. Berikut adalah beberapa tips untuk memilih
sardin yang terbaik:
Pilih Sardin dalam Minyak Zaitun: Sardin yang dikalengkan dalam minyak
zaitun biasanya lebih enak dan berkualiti tinggi. Minyak zaitun akan
memberikan rasa yang lebih lembut dan berperisa kepada ikan sardin.
Perhatikan Tarikh Luput: Selalu periksa tarikh luput pada tin sardin.
Pilih yang masih lama sehingga anda mempunyai masa yang mencukupi untuk
menggunakannya.
Kandungan Garam: Semak jumlah garam dalam tin sardin. Beberapa jenis
sardin mungkin mempunyai kandungan garam yang tinggi, jadi pastikan untuk
memperhatikannya untuk mengelakkan hidangan laksa anda menjadi terlalu masin.
Kesan Beku: Jika sardin dalam tin terlalu beku atau terlihat
berketul-ketul, ini mungkin menunjukkan kualiti yang rendah. Pilih sardin yang
lebih segar dan tidak beku.
Oklah, Selamat mencuba resepi Laksa Utara dengan ikan sardin
tin!
Resepi laksa utara mudah guna sardin tin recipe, resepi laksa sardin tin simple, resepi laksa penang guna sardin tin, resepi laksa ikan sardin, resepi asam laksa sardin aeon, resepi laksa johor sardin tin,
Resepi laksa utara mudah guna sardin tin recipe, resepi laksa sardin tin simple, resepi laksa penang guna sardin tin, resepi laksa ikan sardin, resepi asam laksa sardin aeon, resepi laksa johor sardin tin,
Tags:
Jenis-jenis Laksa
Laksa Penang
Recipes
Resepi Laksa Ikan Sardin
Resepi Laksa Sardin Tin Simple
Resepi Laksa Utara
Resepi Laksa Utara Mudah Guna Sardin Tin