Kerenah Dexter Si Gemuk - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kerenah Dexter Si Gemuk

Trending

Kerenah Dexter Si Gemuk

Hi Korang! Memang seronok kalau ada anak kucing yang masih kecik kan? Sebab masa ni lah dorang manja. Dah besar nanti, memang tak layanlah kat kita ni. Kucing ni tunjukan kasih sayang pada pemiliknya dengan berbagai cara. Kadang-kadang tu sampai tak paham apa yang dorang nak. Dah usap bagai, kemudian lari menggesel kat kaki pulak. Lepas tu, datang lagi nak suruh usap. Tak boleh tengok tangan kita ni buat kerja lain. Nak beri perhatian kat dorang aje 24 jam!


Kucing ni, ada yang lebih pintar menunjukan perasaannya dan ada juga yang tidak. Mostly kucing betina kat rumah Kak Bell ni jarang-jarang nak bermanja berbanding kucing jantan. Kebiasaannya kucing yang masih kecil memang manjalah. Cuma Cik Hitam ajelah, manja masa dia on-heat je. Waktu lain memang dia tak layan lah mama dia ni.



Ni Si Dexter, anak kepada Cik Putih, cucunya kepada Mek Muezza. Paling manja ni. Biasalah kalau kucing jantan akan lebih manja berbanding kucing betina. Bapaknya Sky pun manja juga. Dengan semua orang dia layan. Mesti datang cium kaki punyalah nak kenal kalau ada tetamu datang rumah. Bermanja lebih pulak dengan orang lain berbanding dengan mama dia sendiri kan! Si Dexter ni, masa nak pergi kerja time tu lah dia datang nak bermanja. Nak bergesel2 mengacau. Nanti Kak Bell tulis entri tanda-tanda kucing sayang kat kita ek! Saje je share gambar si kecik ni. Muahh.




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post