Hi korang! Harini nak cerita tentang pentingnya pengambilan air untuk
kesihatan kucing. Kadar pengambilan air untuk indoor atau housecats adalah
rendah (low-water drinkers) berbanding dengan kucing biasa
(stray cat). Kadang-kadang, kucing ni agak cerewet walaupun hanya hal
berkaitan dengan air minuman mereka. Terfikir jugak, kucing suka air minuman
yang sejuk atau panas/suam? Atau hanya perlu bagi air masak atau air biasa
aje? Paling best ada juga kucing yang suka sangat minum air dari air
paip.
Jika korang perasan, kucing korang tak minum dengan secukupnya korang boleh
cuba ubah suhu air minuman mereka atau tukar bekas minuman dorang. Makanan
dalam tin (wet food) adalah dan cara terbaik untuk menggalakkan
pengambilan air bagi kucing kerana terdapat hampir 60% air dan obviously
memang si bulus suka wet food ni berbanding dengan kibbles. Korang juga
boleh sahaja tambahkan sedikit lagi air masak ke dalam bekas makanan wetfood
mereka jika si comel masih kurang minum air.
Beberapa Cara Untuk Mengatasi Masalah Kucing Yang Kurang Minum Air
Tak pernah lah pulak Kak Bell nak buat uji kaji untuk ubah suhu air minuman
kucing. Lagipun Malaysia ni kan panas dan lembap sepanjang tahun. Dari
pembacaan, semasa musim panas kucing juga lebih sukakan air sejuk, macam
manusia la jugak kan! Pada musim sejuk, kucing perfectly fine dengan
air pada suhu bilik atau sedikit lebih panas (suam). Sekarang ni musim
panas, kejap-kejap hujan sangat lebat, so Kak Bell saja letakkan ice-cube
dalam bowl minuman dorang ni. 3 beradik ni ajelah yang suka!
Minuman letak kiub ais
Bila musin hujan atau cuaca lebih sejuk dari biasa, Kak Bell akan sediakan
air minuman mereka yang bersuhu lebih panas atau suam.
Air minuman kucing perlu ditukar setiap hari kerana kucing sangat sensitif
kepada rasa air. Sesetengah kucing tidak suka rasa air paip tetapi anak-anak
bulus Kak Bell memang suka sangat tap water/air paip. Bergelen letak air
masak dalam bekas, sikit je dorang minum! Kalau boleh elakkan lah bagi minum
air paip. Berikut ni adalah di antara jenis air alternatif lain yang korang
boleh cuba:
1) Air yang ditapis (Filtered water)
2) Air suling (Distilled)
3) Air botol
4) Air sejuk (Refrigerated)
5) Kiub ais
**Air suling adalah sejenis air yang ditulenkan atau dibersihkan
melalui proses penyulingan berperingkat
Anak-anak kat rumah ni memang jenis cerewet sikit. Kalau letak baja haiwan
dalam minuman dorang, memang tak minum lah jawabnya. Kita ni letak, nak
suruh gemuk, cantik. Terpaksa lah layan kehendak nak juga minum water
tap.
Bekas minuman kucing, haruslah dibasuh setiap hari sebab bau pada
bekas minuman yang tak dicuci akan menyebabkan meow pun tak selera nak minum
air! Penggunaan
bekas seramik dan bekas stainless steel lebih baik untuk
menghalang pertumbuhan dan perkembangan bakteria pada bekas minuman si
bulus. Penggunaan cat fountain juga bagus untuk kekalkan
kesegaran air minuman dorang. Selalunya, dorang ni memang suka minum dari
cawan minuman kita. Nak jugak share minuman dari cawan jugak!
Kenapa Kucing Lebih Suka Minum Air Paip Dari Air Dalam Bekas/Mangkuk?
Memang ada je kucing yang lebih suka minum air paip, minum air di tandas
atau sinki, walhal air dalam mangkuk masih penuh. Macam manusia jugalah,
kucing pun tak suka minum air yang telah lama tersimpan kerana air sudah
jadi 'basi' dan tidak segar. Air paip lebih sedap sebab lebig sejuk dan
segar serta oksigen air mengalir lebih tinggi. So meow rasa air paip lebih
segar. Jadi untuk perkara ni, bolehlah belikan kucing masing-masing
cat fountain. So far kat rumah Kak Bell semua dah suka minum dari cat fountain.
Jika kucing korang kurang minum air, suhu minuman mungkin tidak menjadi
masalah. Pastikan korang gantikan dan basuh bekas minuman sentiasa supaya
air minuman dorang sentiasa segar. Dengan cara ni pun, boleh meningkatkan tahap kesihatan dan memanjangkan
usia si bulus korang. Kalau dah beberapa hari tak minum atau makan, mungkin kucing ada masalah.
Kena peka jugalah dengan perkembangan dorang.
Kalau hari tengah panas terik tu, bolehlah bagi minum air dengan
tambahkan ice cubes. Sejuk tekak si bulus sesambil menikmati
cat treats!