Veet Sensitive Touch Workshop - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Veet Sensitive Touch Workshop

Trending

Veet Sensitive Touch Workshop

Hi Korang! Hari ni Kak Bell nak kongsikan cerita sekitar Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch pada 15 Februari 2017 yang lepas bertempat di Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara Perdana. Eventnya dah berlalu dekat seminggu, but jari dengan otak ni tak synchronize pulak nak menaip. Somemore, tak berkesempatan nak duduk depan lappy untuk tekan keyboard. Harini baru dapat luangkan masa. Memulanya dalam hati ni berbelah bagi nak pergi ke tak. Sebabnya, tak nak pergi seorang diri dan segan kaedahnya! Maklumlah baru je nak berjinak-jinak kan dengan event-event macam ni. Btw, there is a first time for everything, so Kak Bell tak lepaskan peluang untuk sertai event tersebut. Nak tahu apa yang berlaku, tunggu hingga ke hujung rancangan. Let's baca sampai habis yer korang! 

Bersama blogger meletop! Btw, kredit to Kak Lily (photo reramai tu!)
Langkah je kaki selepas registration, terus krik krik je. Walaupun dah tengok keadaan sekeliling, kekononnya ada tak sesiapa yang dikenali. Walhal pandangan mata tu tak fokus pun. Hehe. Sampailah Kak Lily (Cik Lily Putih) tegur. Sebelum ni pernah jumpa Kak Lily semasa event Nuffnang untuk Svenson Hair tapi tak pernah bercakap pun. Mula kenal di FB dan IG jer. Then, jumpa pula blogger Jessica Tan, previously met her semasa event Nuffnang dgn Kak Lily. It was a pleasure dapat kenal dengan blogger lain seperti Kak Farah dan Nova Leeza. Semuanya memang dah lama dalam dunia blogging. Yang lain tu Bella lupa. Maafin! Sembah ratu kat korang semua!

Walau dah pakai heel 4 inci pun tetap i katik!

Dalam majlis pelancaran ni, Veet's melancarkan product terbarunya iaitu Sensitive Touch Electric Trimmer! Malam tu, Kak Bell berpeluang berjumpa live dengan supermodel Malaysia Amber Chia! Haruslah semua nak bergambar dengan Amber yang friendly and really down to-earth. Speaking Malay je dengan Kak Bell. Kita sibuk nak susun ayat Inggeris. Hiks!

Sebelum workshop mula, Kak Bell pusing2 dululah tengok produk yang akan VEET lancarkan pada hari tu. Pada mulanya, ingatkan Sensitive Touch Electric Trimmer ni hanya boleh digunakan untuk kening (eye brow) sahaja. Btw, terdapat 2 jenis trimming head tukar-ganti yang boleh digunakan untuk bahagian muka, bawah ketiak, garisan bikini dan lain-lain. Lelaki pun boleh pakai uols! Boleh pm kalau nak Kak Bell tolong trimkan misai!

Sensitive Touch Electric Trimmer

Sebelum ni, produk VEET Hair Removal Krim paling popular. Kalau korang nak tahu, Sensitive Touch Electric Trimmer ni direka untuk tidak melukakan  kulit semasa proses trimming seperti penggunaan pisau cukur, tweezer atau teknik threading yang agak menyakitkan. Boleh mengalir air mata bila buat threading ni! So, korang tak perlu risau akan risiko luka atau kesakitan semasa penggunaan 
Sensitive Touch Electric Trimmer ni.

Tujuan utama produk ni diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pengguna untuk mendapat bentuk kening yang korang nak dan juga memenuhi juga keperluan bercukur yang lain. Semuanya dapat dicapai dengan satu alat je untuk menjaga penampilan korang. Alat ni mudah dibawa, letak je dalam handbag. Kalau rasa nak trim kening, tarah je ikut suka korang!


Sebelum workshop mula, kena makan dululah!

Workshop dihos oleh Megan Tan dan selebriti jemputan pada malam tu Amber Chia yang berkongsi pengalaman tentang penggunaan produk terbaru dari Veet ni. Sesi pertama ialah pengenalan produk oleh Tiffany Tang, Marketing Director of RB Malaysia & Singapore. Kalau korang nak tahu, Veet telah melancarkan produk hair removal yang pertama sejak 100 tahun yang lalu! Dan Veet kini lebih komited dengan inovasi produk terbaru mereka, Sensitive Touch Electric Trimmer.


Untuk sesi kedua, Celebrity Makeup Artist, Stevensunny memberikan banyak tips dan teknik perapian bulu kening dengan menggunakan Veet Sensitive Touch Trimmer. Ada 3 jenis teknik perapian kening yang telah dikongsikan oleh Stevensunny iaitu Rock, Bohemian dan Korean Style. So, korang boleh cuba nak gayakan kening style yang macam mana. Your eyebrows speak before you do!


Rock Brows Style
Significant rounded shape at the front part of eyebrows and dark colored




Bohemian Brows Style
Focuses on harmony & nature and it's important to have thicker and fuller eyebrows






Korean Brows Style
Iconic characteristic of this style is straight brows & it compliments 
dewy skin and appears to be more youthful




Semua pun cantik, model pun meletop, but Kak Bell prefer Rock style! Another tips, kalau korang nak warnakan kening tu, kena padan dengan warna rambut lah yer. Kalau korang berambut warna unggu, kening pun nak warna unggu jugak ke??


Supermodel Malaysia dan pelakon Amber Chia yang turut serta di Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch tempoh hari turut berkongsi pengalamannya setelah menggunakan Veet Sensitive Touch yang menjimatkan masa, lebih ekonomi dan tidak menyakitkan berbanding dengan cara perapian kening yang sedia ada.



"All these have changed since I began using Veet Sensitive Touch. I was blown away by Veet's bullet-fast and painless alternative to style brows. Just a few quick swipes and my brows are just the way I like them. I carry the gadget around in my handbag now!" 
-Amber Chia


"Gentle, precise and no fear of cuts-this is what beauty should feel like" 
Marketing Director of RB Malaysia & Singapore-Tiffany Tang



3rd from left: Amber Chia (Malaysia Supermodel and Actress), Tiffany Tang (Marketing Director of RB Malaysia and Singapore), Stevensunny (Celebrity Makeup Artist), and models presenting the new Veet Sensitive Touch at the workshop

Seriously senang je nak gunakan electric trimmer ni. Meletoplah korang lepas ni kann! Untuk ketahui lebih lanjut tentang produk terbaru dari Veet ni, bolehlah klik sini kay >Veet Sensitive Touch Electric Trimmer. Btw, korang juga boleh juga dapatkan alat ni Watson. Murah uols sekarang! Cepat grab!



Ucapan terima kasih kepada Veet & Bridges PR & Events Sdn. Bhd. atas jemputan dan pemberian satu set produk ni. Alright! Sekarang Kak Bell tak sabar nak cuba Veet Sensitive Touch Trimmer ni. Nanti Kak Bell akan kongsikan lebih lanjut dalam entri berikutnya selepas testing yer! K.Bye!

"Great eyebrows don't happen by chance"

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post