Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal, Cara Buat Cencaru Sumbat | Hi Korang! Semalam Kak Bell cuti so macam biasa memang kena memasak lah.
Hari biasa bekerja pun kena masak juga kan. Cadangnya nak masak ikan stim
but malas pulak nak ke pasar mencari ikan. Kalau nak buat masak stim,
mestilah pakai ikan yang besar dan sedap kan. Duitnya pun besar la yer.
Hiks! Paling rajin pun, beli ikan kat bawah rumah ni ajelah. Tengok-tengok
ikan apa yang ada, nampaklah si ikan cencaru. Jadinya, decided masak Ikan
Cencaru Sumbat Sambal. Mencari jugak kelapa parut jika ada. Mostly
semua barang2 di kedai takde, habis, kedai pun banyak tutup. Rasanya, cuti
CNY dah lama habis, Thaipusam pun dah berlalu. Mungkin tokey kedai sambung
berehat cuti panjang gamaknye kan. Jadi, buat sambal biasa ajalah. Lama juga Kak Bell tak makan Ikan Cencaru Sumbat Sambal ni. Ikan
cencaru ni sedap dibakar atau pun goreng. Kalau dah bakar, mesti lah ada
air asam sebagai peneman. Gittew!
Btw, tak baik membazir. Kak Bell masak lah jugak ikan cencaru yang 2 ekor
tu. Bahagian perut dah di belah, bahagian belakang pun sama dibelah.
Jadinya, Kak Bell sumbat kedua-dua bahagian dengan sambal! Macam-macam
hal! Untuk sambal tu, ada yang goreng sekali dengan ikan. Tapi Kak
Bell, goreng masak dulu bahan untuk sambal supaya elak sakit perut, sumbat dalam ikan
dan barulah goreng ikan tadi. Hasilnya sedap sangat, meresap rasa sambal
dalam isi ikan. Okay, jom tengok cara buat cencaru sumbat sambal ikan cencaru.
Bahan A
3 ekor Ikan Cencaru
Sedikit garam
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng/menumis
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng/menumis
Bahan B (bahan tumbuk)
10 tangkai cili kering (rebus-kisar)
10 tangkai cili kering (rebus-kisar)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 inci halia
2 batang serai
1-2 sudu besar gula pasir
Sedikit air asam jawa
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 inci halia
2 batang serai
1-2 sudu besar gula pasir
Sedikit air asam jawa
Cara penyediaannya:
1) Tumbuk semua Bahan B. Kemudian tumiskan bahan kisar sehingga sambal/cili kisar wangi dan garing dengan sedikit minyak.
2) Perasakan dengan garam, gula secukupnya. Masak hingga sambal masak dan
sedikit garing. Kemudian angkat dan sejukkan.
Bahan tumbuk
Dah siap tumbuk
3) Siang ikan cencaru, belah bahagian belakang. Btw, tak payah buang
bahagian kulit keras kat ikan tu. Garam dan kunyitkan.
5) Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ikan cencaru tadi sehingga masak kedua-dua bahagian.
6) Toskan minyak dan sedia dihidangkan.
Siapp! Kaedahnya, saja Kak Bell taburkan daun kari tu. Bukannya apa, ada
jiran kat penthouse ni bagi sedahan pokok kari. Tak taulah Kak Bell nak
buat apa banyak nau ni. So, taburkan ajelah dalam ikan goreng cencaru ni.
Esok kena buat masakan kari lah gayanya ni. Hiks! Sedap sangat ikan
cencaru sumbat ni. Sambal dia sangat sedap. Eh puji diri sendiri la pulak
yer.
Sedahan pokok kari!
TIPS!
- Tak payah buang bahagian kulit keras kat atas ikan.
- Gunakan sedikit minyak (secukupnya) masa menggoreng ikan supaya sambalnya tak terkeluar semasa menggoreng ikan.
- Boleh guna bawang besar ganti bawang merah.
- Boleh juga guna pes asam jawa ganti air asam jawa.
- Disarankan tumbuk dalam lesung cili dan bahan lain
- Boleh juga buat cili kisar tapi jangan terlalu hancur
Kalau suka cencaru sumbat kelapa, korang parutkan1 biji kelapa untuk buat sambal kelapa. Kedua-dua jenis sambal ini pun sedap pada ikan cencaru bakar atau goreng. Nanti korang cubalah buat Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal. Konpem sedap. Kay Bye! Selamat mencuba!