Resepi Ayam Masak Kicap Borneo - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ayam Masak Kicap Borneo

Trending

Resepi Ayam Masak Kicap Borneo

Resepi Ayam Masak Kicap Borneo | Hi korang! Harini baru sempat nak kongsikan resepi Ayam Kicap Borneo. Resepi ni dikongsikan oleh kawan Kak Bell, Kak Qaseh Julieya dari Sarawak. Resepi signature dia dari dulu sejak zaman belajar. Tercari-cari juga resepi ni di internet, tapi tak jumpa la pulak. Bila tengok bahan-bahan dan cara masakan lebih kurang sama dengan Resepi Ayam Kicap Sarawak. Jadinya, Kak Bell cuba lah untuk merasa resepi masakan ni. Masakan ni kalau tengok masakan ni macam ayam masak merah dan juga resepi ayam masak kicap. Cuma ada gunakan sedikit air asam jawa untuk kelainan rasa. Jom tengok bahan-bahannya.

Ayam Masak Kicap Borneo

Bahan A
7 ketul bahagian ayam
1 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 sudu sos cili
Kicap manis cap kipas udang
Air asam jawa
Garam

Bahan B (bahan kisar/bahan tumbuk)
10 tangkai cili kering
4 biji cili padi/cili merah hidup
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai



Cara memasak:
1) Tumbuk/kisar semua bahan B. Cili kering tu rebus dulu, kemudian blend semua sekali. Jika nak ketuk sahaja serai pun boleh. 
2) Panaskan minyak, tumis rempah 3 sekawan sampai naik bau.
3) Tumis semua bahan B sampai cili masak dan pecah minyak.
4) Masukkan ayam dalam kuali dan biarkan ayam serasi sekejap dengan cili kering tadi.
5) Kemudian masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
6) Masukkan kicap manis cap kipas udang, 2 sudu sos cili dan air asam jawa.
7) Perasakan dengan sedikit garam dan perasa jika suka.
8) Masukkan cili merah atau cili padi merah
9) Biarkan kuah kering sedikit dan boleh tutupkan api.



TIPS!
  • Jika nak ketuk sahaja serai pun boleh.
  • Boleh gunakan cili giling, tapi lebih sedap gunakan cili kering kisar.
  • Tak perlu goreng ayam atau letak serbuk kunyit terlebih dahulu.
  • Boleh buat sedikit berkuah ikut kesukaan masing-masing.
  • Tak payah pakai sos tiram
  • Masukkan bawang besar hiris sebagai hiasan

Ayam Kicap Berkuah

Dah siap pun uols! Memang sedap sangat rasanya makan dengan nasi panas. Rasanya macam kicap berkuah dengan rasa pedas, manis dan masam. Untuk bagi anak-anak, mungkin boleh kurangkan sedikit cili untuk kurangkan rasa pedas. Recommended korang cuba resepi ni. Kak Bell nak cuba resepi kuih-muih pencuci mulut pulak. Selamat mencuba ya! 

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post