Hati Ayam Masak Kicap - Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Hati Ayam Masak Kicap - Bella Jamal

Trending

Hati Ayam Masak Kicap - Bella Jamal

Hi Korang! Cuti last week cadangnya nak cuba masak Ayam Borneo resepi Kak Esdidiyana Hanim dari Sarawak. Kaedahnya resepinya entah hilang ke mana entah. Cari juga resepinya di internet, tapi tak adalah pulak. Jadinya, Kak Bell tukar plan lah masak resepi lain. Dalam peti ais ni ada simpan sedikit hati dan pedal ayam. Disebabkan Ayam Borneo tu pun pakai kicap nak memasaknya, so Kak Bell buat Hati Ayam Masak Kicap ajelah. Bahagian ayam yang nak dibuat bahan masakan Ayam Borneo tu Kak Bell buat Stew Ayam Lada Sulah. Sesetengah orang tak makan bahagian organ dalaman ni, mungkin disebabkan bau hanyir hati ayam. Kalau kecik-kecik dulu, anak anak tak digalakkan makan organ dalaman ni takut belajar susah nak paham. Dah tua-tua ni, makan je lah bedah oii! but kena balancelah. Sekali-sekala tu ok. Nasib baik sel-sel otak Kak Bell masih bersambung lagi. 

Kebetulan baru-baru ni, Prof.Dr. Kak Bell masa belajar dulu ada komen kat FB Kak Bell. Teringat pulak zaman belajar course Kimia di Pusat Pengajian Kimia kat UKM dulu. Walaupun tak makan sangat organ dalaman tapi Kak Bell tetap tak paham bab Kimia Polimer. Hujung-hujung je dengar lecturer slanga Jawa tu mengajar. Dah tak paham terus mengantuk lah jawabnya dalam kelas tu kan! Eh mengimbau kenangan lah pulak dan sekadar selingan. Jom tengok resepi mudah dan ringkas Hati Ayam Masak Kicap ni. Selamat memasak!

Hati Ayam Masak Kicap


Bahan A
Hati ayam secukupnya
2 sudu kicap pekat
3 sudu kicap lemak manis
1 sudu sos cili
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak utk menumis

Bahan B (dihiris/bahan tumbuk)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 biji cili padi
1 biji cili merah

Hati Ayam Masak Kicap

Cara masak:
1) Garam dan kunyitkan hati ayam, panaskan minyak dan goreng hati ayam hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
2) Gunakan sedikit minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan halia (tumis bahan tumbuk) hingga naik bau.
3) Kemudian masukkan sos cili, kicap pekat dan kicap manis. Disebabkan tak ada cili kisar, Kak Bell ganti dengan sos cili  je. Kalau guna cili kisar, masak sampai pecah minyak dulu, then baru masukkan kicap.
4) Masukkan air asam jawa, kacau rata dan didihkan seketika.
5) Bolehlah masukkan hati ayam goreng tadi. Boleh tambah air kalau nak kuah banyak.
5) Perasakan dengan garam, gula secukupnya dan sesuaikan rasa masam asam jawa. 
6) Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan aduk rata sekejap.
7) Bila rasa dah ok, bawang dah layu, bolehlah angkat dan dihidangkan.

TIPS!
  • Untuk cuci hati ayam, boleh gunakan asam keping dan garam untuk hilangkan hanyir. Ada juga yang rebus dahulu hati ayam dengan garam dan ada juga yang bersihkan dan cuci dengan limau kasturi. Ikut suka hangpa nak buat cammana yer.
  • Masa menggoreng hati ayam tu, mesti korang pun takut kalau minyaknya meletop-letop masa menggoreng kan? So, masukkan hati ayam tu semasa minyak separuh panas. Then, tutup dengan tudung periuk masa gorengkan ayam. Bila hati ayam dah masak, kacau sekejap dan terus boleh angkat.
  • Boleh juga gunakan kulit kayu manis, bunga lawang semasa menumis.
  • Boleh masukkan cili padi atau cili merah sebagai hiasan.

Mudah sahaja resepi ayam ni kan. Sama sahaja macam memasak ayam kicap. Oklah selamat memasak!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post