Sayur Bayam Masak Bening - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sayur Bayam Masak Bening

Trending

Sayur Bayam Masak Bening

Hi korang! Suka makan sayur-sayuran tak? Kebiasaannya, bila Kak Bell memasak mesti ada satu hidangan sayur. Dah terbiasa diajar oleh mama setiap kali nak masak hidangan. Kalau tak pun, mesti masukkan juga sayur yang bersesuaian dalam apa jua jenis masakan. Kali ni Kak Bell kongsi cara nak buat sayur bayam masak air atau masak bening. Sayur bayam ni biasanya orang masak sama ada tumis air atau goreng. Untuk resepi masak bening ni, kita tak gunakan minyak ye, cuma rebus je. Sihat kan masakan tanpa minyak!


Ada 2 jenis bayam, iaitu bayam hijau dan juga bayam merah. Bayam merah daun atau batangnya ada warna merah. Bila korang masak bayam merah ni, kuahnya akan jadi berwarna merah. Sesuailah kalau yang jenis kurang darah makan bayam merah ni, tambah pulak dengan ikan bilis. Tapi hidangan harini, Kak Bell pakai bayam hijau. Kebetulan masih ada balance labu air semalam, so kita campakkan aje dengan sayur bayam ni. Habis cerita dari dok dalam peti tu lama-lama kan!

Bahan-bahan:
Seikat bayam hijau
1 biji bawang holland (dihiris)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji lada merah
Sedikit ikan bilis
Labu air


Sayur bayam ni potong je macam mana pun. Asingkan daun dengan batangnya. Kalau nak cara yang lebih afdal, lebih senang siang guna tangan aje. Patahkan dari pucuknya atau pangkal batang, then tarik untuk keluarkan selaput pada batang bayam untuk elak sayur liat bila tak dibuang selaput tu. K jom tengok cara nak buat bayam masak air ni kay.

Cara membuatnya;
1) Bayam diasingkan dari batang dan cuci bersih.
2) Rebus air sampai mendidih dalam periuk.
3) Masukkan bawang merah, bwg putih, bawang holland, ikan bilis & labu air.
4) Bila sayur labu air dah masak, baru masukkan bayam hijau dan lada merah.
5) Tambahkan garam secukupnya
6) Bila dah layu, tutup api dan sedia dihidangkan


Okay dah siap! Bagi yang tak makan sayur tu, cuba masak sayur bayam ni. Makan masa tengah panas, memang sedap. K Bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post