Cara Goreng Kerepek Ngaku, Resepi Kerepek Arrowhead Berempah | Hi korang!
Di kesempatan yang ada ni, Kak Bell nak wish Selamat Menyambut Tahun Baru
Cina 2017 bagi kaum Cina. Jadi, menu masakan kita hari ni ikut temalah yer.
Special CNY edition. Sebelum-sebelum ni memang tak pernah dengar pun buah
Arrowhead ni. Kebetulan je terbaca post kawan di facebook. Katanya only
available around CNY aje then lepas CNY memang susah nak cari buah ni.
Arrowhead ni, dipanggil juga sebagai Ngaku. Korang pernah dengar or makan
kerepek ngaku ni? Kak Bell first time nak mencuba dan merasa arrowhead
ni.
Kerepek Ngaku Berempah
Sebelum CNY haritu, adalah menyinggah kat TMC Giant Bangsar. Comel-comel je
tengok buahnya. Tak beli pulak time tu. So semalam, kebetulan ke Mid Valley,
puas mencari arrowhead ni. Tak ada yer. Yang ada tinggal cuma ada arrow root
sahaja! Walaupun dah tak ada, Kak Bell beli jugak apa yang tinggal. Nak
tunggu tahun depan lambat sangat.
Hah ni ajelah yang tinggal. Adalah dalam 5 ketul penghabisan stok gittew.
Memang betullah orang cakap time CNY je dia ada. Agak-agak kalau campak ke
tanah hidup tak? Dapat bahagian akar je uolss. Takpelah, kita bedal dan
godam je arrow root ni tengok menjadi ke tidak yer. Kalau nak cuba resepi
Kak Bell, silakan. Kalau tak nak korang gorenglah cara korang yer. Btw, Kak
Bell ada baca dari chinese blog ni. Katanya kena goreng sampai 'bubble'
hilang. Maksudnya, goreng sampai tak ada air dah dalam ngaku tu supaya
kerepeknya rangup.
Bahan A
Arrowhead/Arrow root (buah ngaku) secukupnya
Tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung KFC
1 biji telur
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng
Garam
Bahan B
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu besar ketumbar
2 ulas bawang putih
Cara goreng kerepek ngaku:
1) Buah ngaku di buang kulit dan disagat nipis. Basuh dan bersihkan
kemudian toskan sehingga kering.
2) Tumbuk halus semua bahan B
3) Bancuhkan semua jenis tepung ke dalam bekas, pecahkan telur, tambah
garam dan tambahkan air ikut kesesuaian.
4) Masukkan ngaku yang dah dipotong, gaulkan rata.
5) Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan dan garing.
Kat bawah ni Kak Bell ada letak sekali resepi-resepi lain untuk buat
kerepek ngaku ni. Resepi Kak Bell tu over lah sikit. Dah macam buat
rempeyek. Kalau nak cara yang lebih mudah dan simple bolehlah pilih
mana-mana yang korang suka. Maaflah, tak letak resepi ni dari mana. Takkan
nak kongsi pun tak boleh, ye tak?
Resepi 1
Arrowhead secukupnya
Air bancuhan garam
Minyak utk menggoreng
Cara membuatnya:
1) Kupas kulit ngaku. Basuh dan bersihkan kemudian toskan sehingga kering.
2) Sebelum angkat, renjiskan air garam ke dalam kuali dan kacau seminit kemudian angkat dan toskan.
Resepi 2
Arrowhead secukupnya
2 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Daun kari
Minyak utk menggoreng
Cara membuatnya:
1) Buah ngaku di buang kulit dan disagat nipis. Basuh dan bersihkan kemudian toskan sehingga kering.
2) Masukkan dalam bekas, tambahkan garam dan serbuk lada sulah. Gaulkan sehingga rata.
3) Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan dan garing.
Resepi 3 (tanpa perisa)
Arrowhead secukupnya
Minyak utk menggoreng
Cara membuatnya:
1) Buah ngaku di buang kulit dan disagat nipis. Basuh dan bersihkan kemudian toskan sehingga kering.
3) Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan dan garing
Rasa kerepek arrowroot ni pun sedap, lemak-lemak rasanya. Kalau ada arrowhead tu mesti lebih sedap kerepeknye. Katanya tahun ayam
api 2017 ni bercucuk tanam akan menjadi. Bidang hartanah akan
laris. Ada beli lebih arrow root ni, nanti Kak Bell campakkan ke tanah, harvest
tahun tahun depan yer. Kita tunggu tahun depan punya CNY lah year nak goreng bahagian kepalanya
pulak! K Bye.
Resepi Kerepek Arrowhead Berempah, cara goreng kerepek ngaku,