Resepi Ikan Merah Ala Ceylon - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ikan Merah Ala Ceylon

Trending

Resepi Ikan Merah Ala Ceylon

Hi korang! Dah makan? Okay, harini Kak Bell kongsikan resepi masakan ikan merah ala Ceylon. Kalau nama Ceylon sekarang ialah Sri Lanka. Semasa melawat Sri Lanka dulu, sempat belajar resepi ni dari chef kat sana. Memang sedap masakannya, wangi sebab pakai rempah ratus. Actually, Kak Bell gurau je. Resepi ni diambil dari blog Azlita Masam Manis yang resepi asalnya dari Chef Zaidah. Kebetulan ada baki ikan merah ni, so Kak Bell carilah menu masakan yang berkenan untuk dimasak. Btw, memang Kak Bell suka mencuba resepi-resepi baru yang tak pernah dibuat. Tak cliche katanya! Ok, jom tengok resepi macam mana nak masak ikan merah ni.


Bahan A
3 potong ikan merah
1 biji bawang besar (hiris bulat)
2 biji lada hijau/merah (dipotong dua)
2 biji tomato
Daun kari
Minyak untuk menumis
1 cawan air asam jawa
Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)
10 tangkai cili kering-direndam dan digoreng
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar lada hitam


Cara memasak:
1) Panaskan sedikit minyak dan goreng cili kering dan daun kari secara berasingan. Goreng daun kari sampai keperangan.
2) Kisar kering semua bahan B. Jika tambah air, bahan kisar akan sedikit kasar.


3) Tumis semua bahan B sampai naik bau.
4) Masukkan air asam jawa, garam diikuti dengan ikan.
5) Boleh tambah air jika terlalu kering dan biarkan ikan masak.
6) Masukkan lada yang dibelah dua, hirisan bawang, tomato dan daun kari.
7) Kacau rata dan boleh tutupkan api.

Dah siap dah menu ikan merah Kak Bell harini. Rasa dan bau dia macam masakan kat kedai mamak tu. Sedap dan ada kelainan. Nampak macam masak kari ajekan? Nanti bila korang dah cuba, bolehlah share dan komen resepi ni ok ke tidak yerr. K bye!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post