Resepi Ayam Kam Heong - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ayam Kam Heong

Trending

Resepi Ayam Kam Heong

Hi korang! Nah Kak Bell kongsikan resepi ayam masak Kam Heong. Biasanya menu ni boleh korang jumpa di restoren cina muslim. Pernahlah cuba di beberapa kedai chinese muslim tapi ada juga yang tak menepati citarasa. Btw, ikut selera masing-masinglah kan. Sempat Kak Bell bawak masakan ni ke opis buat kawan-kawan rasa. Alhamdulillah sedap katanya. So, bolehlah korang cuba nanti. Stepnya pun agak mudah. Let's tengok resepinya kay.


Bahan-bahan:
10 ketul bahagian ayam
2 ulas bawang besar 
*(1 ulas didadu/cincang)
4 ulas bawang putih
3 biji lada merah
7 biji cili apii
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu kicap lemak manis
1 paket kari
Sedikit daun kari
Minyak untuk menumis
Kunyit dan lada hitam untuk perapan
Garam secukupnya


Cara membuatnya;
1) Perap ayam dengan garam, kunyit dan lada hitam, kemudian gorengkan ayam dan ketepikan
2) Potong dan hiris semua bahan-bahan. Kak Bell manual chop sahaja bawang merah, bawang putih dan sebahagian cili api.
3) Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Agak-agak jangan terlalu cair
4) Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dah didadu/kisar sampai naik bau wangi *Gunakan baki minyak gorengan ayam
5) Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk kari. Diikuti semua bahan sos.
6) Kacau dan masak sampai naik minyak
7) Masukkan ayam goreng, cili api, lada merah & kacau sebati. Perasakan dengan garam jika perlu
8) Bila dah sedikit kering, masukkan bawang yang dihiris atau potong bulat
9) Dah sebati dengan ayam, boleh tutup api dan dihidangkan.


Nanti dah mencuba, bolehlah komen dan share resepi ni yer.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post