Resepi Ayam Goreng Kunyit - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ayam Goreng Kunyit

Trending

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Hi korang! Harini iols masukkan entri resepi paling mudah. Tak payah ajar pun semua boleh buat. Menu hidangan Ayam Goreng Kunyit ni, Kak Bell masak beberapa hari lepas bersama dengan Bayam Masak Lemak Putih. Biasa kalau kat kedai tu, order nasi putih dengan ayam goreng kunyit je pun sedap kan! Boleh je kalau nak tambahkan lobak dan kacang panjang dalam masakan ni. Macam goreng ayam cara biasa sahaja. Dah kunyitkan, goreng, kemudian masukkan sedikit sayur-sayuran. Dah pun siap.


Bahan-bahan:
Bahagian ayam yang dipotong kecil
1/2 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
1 biji lada hijau
3 biji cili api/padi
1/3 batang lobak
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit tepung jagung
Minyak untuk menggoreng


Cara membuat;
1) Perapkan ayam dengan kunyit, garam dan tepung jagung. Kemudian goreng ayam sampai masak.
2) Asingkan minyak baki dari gorengan ayam tadi jika guna minyak yang banyak masa menggoreng.
3) Masukkan lobak, kacau sekejap. Kemudian boleh masukkan bawang holland, cili api & lada hijau.
4) Dah ok, bolehlah angkat dan hidang.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post