Paru Goreng Berlada - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Paru Goreng Berlada

Trending

Paru Goreng Berlada

Hi korang! Okay harini Kak Bell nak share resepi paru sambal yang dimasak semalam. Memang suka sangat makan paru berlada ni tapi tak suka jika paru yang digoreng tidak garing. Actually Kak Bell memang tak pernah masak paru ni. Kebetulan kawan kita tanya ada resepi paru goreng tak? Sebab dia goreng paru 2 kuali. Hasilnya satu kuali garing, satu kuali hangus! Haha. So, gigihlah Kak Bell nak cuba jugak masak masakan paru ni. Siap pesan pada housemate belikan paru ni kat pasar malam sebab Kak Bell kerja. Belilah dalam 2 beg plastik kecil untuk percubaan. Kebetulan suami dan anak-anak pun suka makan paru goreng, so iols buatlah Paru Goreng Berlada!


Bahan A
400 gram paru
10 biji lada merah
5 biji cili api
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit Halia
1 biji bawang holland (potong bulat)
1 keping asam keping
Kunyit
Sedikit serbuk belacan
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya

Bahan B (bahan rebus bersama paru)
1 biji bawang marah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan kasar

Untuk merebus paru ni ada macam-macam cara. Ada yang rebus biasa sahaja tanpa bahan-bahan. Kemudian baru diperapkan dengan bahan rempah. Masa merebus tu memang akan naik lah bau dia. Bau tak sedap. Masa merebus tu nampak macam banyak je. Bila dah siap goreng, dapatlah dalam sepinggan. Btw, korang ikut je cara mana-mana pun. Nanti dah masak, hilanglah bau paru tu. Paru lebih senang dihiris lepas direbus. Dah cuba hiris sebelum rebus, leceh!


Untuk sambal pulak memang Kak Bell saja gunakan lada basah dari guna cili kering sebab malas nak merebus cili kering! Cili giling memang tak suka langsung pakai sebab tak sedap. Kadang-kadang ada bau, tu yang tak prefer pakai cili giling. Btw, boleh je nak campur lada basah dengan cili kering tu, so blend kasar sahaja supaya ada la nampak partikel-partikel cili tu nanti kat paru korang. Kak Bell dah terblend sampai hancur lumat!



Cara membuatnya:
1) Paru dibersihkan dan direbus dengan semua Bahan B. Rebus sampai empuk dan tidak liat.
2) Dah empuk, toskan sekejap. Kemudian hiris nipis.
3) Perapkan seketika dengan garam dan kunyit. Perap je sekali dengan baki bahan-bahan rebusan tadi.
4) Kemudian goreng garing paru dan ketepikan. Jangan hangit sudah!
**Masa menggoreng, panaskan minyak dengan api kuat dan pastikan paru tenggelam dalam minyak.
5) Untuk sambal, kisar lada merah, cili api, bawang besar, bawang putih dan halia. Nak guna cili kering atau cili giling pun boleh.
6) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik minyak. Bila dah naik minyak masukkan asam keping, kemudian perasakan dengan garam dan sedikit serbuk belacan **Boleh juga ganti dengan air asam jawa.
7) Masukkan paru yang dah di goreng tadi, masak sampai sambal sedikit kering. Kemudian bolehlah masukkan bawang holland yang sudah dipotong bulat.


Berjaya juga akhirnya. First time cuba tau! Masa menggoreng tadi pun, dah meratah 2,3 keping. Makan dengan nasi putih semata aje pun sedap. Dah lambat nak masak menu kedua. Walaupun tak berapa merah, yang penting rasa tu kena meletop! Bolehlah korang cuba nanti kay. Kalau ada petua lain atau cara lain nak masak paru ni, bolehlah kongsikan. Nanti Kak Bell cuba yer. Selamat memasak! K Bye.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post