Resepi Nasi Goreng Singapore - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Nasi Goreng Singapore

Trending

Resepi Nasi Goreng Singapore

Hi semua! Rentetan masak nasi seperiuk malam kelmarin, sudahnya ada lagi baki nasi yang masih elok. Nasinya pun kering molek, so Kak Bell buat Nasi Goreng Singapore. Caranya lebih kurang je macam masak bihun Singapore tu. Senang sahaja. Nama pun nasi goreng, so korang boleh masukkan apa saje ikut suka selera masing-masing. Kak Bell buat ringkas je, cukuplah masukkan sedikit lobak. Then goreng ayam 2,3 ketul. Jadilah untuk santapan makan malam. Yang mana nak mencuba, bolehlah try resepi ni ya. Nak tengok resepi nasi yang lain bolehlah klik sini yer : Resepi Nasi Lobak, Resepi Nasi Goreng Sardin, Resepi Nasi Goreng Kampung Bellarina. K bye.


Bahan-bahan:
Nasi yang tak habis semalam
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu udang kering
1 sudu lada hitam
Sedikit lobak (potong panjang)
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:
1) Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, udang kering dan lada hitam.
2) Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Bila dah wangi, boleh masukkan lobak. Kalau nak campur bahan lain seperti isi ayam pun boleh.
3) Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
4) Masukkan nasi dan kacau rata.



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post