Hi korang! Semalam gigih Kak Bell berjalan pergi jalan-jalan cari makan. Dah makan lunch buffet pergi makan cendol durian pula. Lepas tu melepak makan lagi di Pak Li Kopitiam. Nampak tak, macam mana lah Kak Bell ni tak gajah kan! Dah lama nak try makan di Restoren Al-Fateh Steamboat & Grill, Kampung Jawa Klang ni. Dengarnya murah dan sedap. Bukan nak makan steamboat pun, just nak try lunch buffet kat sini. Jadi berbaloilah untuk kita cuba kan. Lokasinya agak jauh ke dalam kawasan kampung, tapi ok lah sebab jauh dari kesibukan kenderaan. Sampai pun dah agak lewat, so banyak makanan dan lauk yang dah habis. Jadi tengok gambar makanan yang ada ajelah yer.
Lunch buffet bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang dan untuk Steamboat & Grill bermula pada jam 6 petang. Untuk harga lunch buffet kat sini seperti kat bawah ni yer. Untuk steamboat, Kak Bell tak tahulah sebab tak cuba lagi. Nanti next time kita try yer.
Mostly semua hidangan yang diambil memang semua sedap. Sambal gesek kat sini memang sedap sangat! Makan pula dengan ulam-ulaman. Memang berbaloilah uols. Semua jenis ulam ada.
Gambar tak banyak Kak Bell ambil pun sebab dah kelaparan. Lagipun makanan dah banyak habis. Tak kan nak post tray lauk-pauk aje kan. Bagi yang nak datng cuba boleh waze saje alamat kat bawah ni yer. Nak tahu lebih lanjut, boleh search FB Al-Fateh Steamboat & Grill-kg.jawa klang. Sedap tau kat sini! Boleh datang cuba kay!
LORONG RAJA JUMAAT, KAWASAN 1
41000 KLANG, SELANGOR