02/12/16
Hi uolsss. Hari ni merupakan hari terakhir di Parapat. So malam semalam lepas aktiviti di Samosir, semua model cuma berehat2 saja kat hotel. Cuaca sangatlah sejuk, sampai nak mandi pun mampu 2 cebok je. Haha! So sad sebab tak ada heater kan. Btw, ok lah sebab nak duduk semalam aja pun. Malam tu siap lepak2 makan maggi dan minum kopi lagi. Nak tengok TV pun iklannya sampai dekat 30 yer. Kak Bell kira yer berapa banyak iklan sebab penat tengok iklan yang sama. Masa nak beli maggi tu, kitaorang dengar cuma ada 2 "pork mie". 2,3 kali tanya lagi "pork mie" ke?? So, tak jadi turun tangga sebab non-halal kan. Hampa kejap. Rupa2nya orang tu cakap "POP Mie" bukannya "pork mie"! Hahaha. Gelak guling2 kitaorang yer! Sempatlah buat pillow talk sambil di hembus bayu malam. Semua model pun tidur dengan nyenyaknya malam itu.
Kaunter di Melissa Palace
Gunung Sipiso-Piso
Eh! Siap pose manis waiter kat sini
Hi uolsss. Hari ni merupakan hari terakhir di Parapat. So malam semalam lepas aktiviti di Samosir, semua model cuma berehat2 saja kat hotel. Cuaca sangatlah sejuk, sampai nak mandi pun mampu 2 cebok je. Haha! So sad sebab tak ada heater kan. Btw, ok lah sebab nak duduk semalam aja pun. Malam tu siap lepak2 makan maggi dan minum kopi lagi. Nak tengok TV pun iklannya sampai dekat 30 yer. Kak Bell kira yer berapa banyak iklan sebab penat tengok iklan yang sama. Masa nak beli maggi tu, kitaorang dengar cuma ada 2 "pork mie". 2,3 kali tanya lagi "pork mie" ke?? So, tak jadi turun tangga sebab non-halal kan. Hampa kejap. Rupa2nya orang tu cakap "POP Mie" bukannya "pork mie"! Hahaha. Gelak guling2 kitaorang yer! Sempatlah buat pillow talk sambil di hembus bayu malam. Semua model pun tidur dengan nyenyaknya malam itu.
'Pop Mie' bukan 'Pork Mie' yer!!
Tepat jam 8.00 pagi check-out dari guest house Melissa Palace. Masa nak pergi brekfast, model Sherryyana Al-Hadat citer malam tadi ada sedikit gangguan. Puteri Sharina pun cerita benda yang sama! Sebenarnya dari hari pertama sampai pun dah ada perasan sedikit kelainan. Sebelum kitaorang ke pulau Samosir, petang tu dah ada bunyi pintu kamar mandi terbuka. Kak Bell tak perasan time tu. Then, keesokkan malam nya pulak pada jam 5 pagi, Puteri Sharina dengar bunyi ketukan pintu di bilik air. Kitaorang semua masih nyenyak lagi. Kat bilik yang lain pulak, ada gangguan pili air di buka, plastik makanan di atas meja di renyuk2 dan jatuh ke lantai! Memasing pun mimpi ngeri dan yang bukan2 pada malam tu! Aiyoo! Adakah tikus yang nak makan roti kita tu ek? Ke masing berhalusinasi? Wallahua'lam la kan. Asalkan takde yang cedera sudah.
Kaunter di Melissa Palace
Macam biasalah brekfast pagi tu masih lagi di Rumah Makan Nikmat. Cuma ada lontong aje untuk makan pagi. Lontong kat sini guna mee bulat dan suhun. Harga sepinggan lontong bersama kopi panas ialah Rp40,000 (RM13.40). Memang sedap sangat lontongnya. Dua2 jenis pun sedap! Mostly semua makanannya sedap especially masak lemak nangka. Selesai makan, shopping lite2 beli baju batik dan cenderahati. Kat sini Kak Bell beli jumpsuit Rp45,000 (RM15). Murah kan? Nak jugak pakai jumpsuit, beli ajelah untuk diri sendiri.
So, kami teruskan aktiviti hari ke-3 melawat sekitar Bukit Simarjajunjung sebelum terus ke Berastagi. Perjalanan dari Parapat mengambil masa 3 jam perjalanan. Berjalan kat sini memang memenatkan sebab semuanya jauh-jauh. Jalannya berbukit dan sepanjang perjalanan ada banyak kebun-kebun kopi. Sebelum sampai sempat bergambar kenangan di Lake Toba. Ingatkan bawaklah kat tempat yang elok sikit nak tengok view Danau Toba ni. Hujung2 berhenti tepi jalan jek! Last week adik Kak Bell pun datang Medan, tengok menarik sangat gambar Tasik Toba tu. Actually masa ni, model semua memang dah menyirap dengan Pak Supir. Dah la malam semalam dengan kekwatnya bising2 cakap dia nak bermalam kat mana. Hey weols ni pelancong tau! Perlu ke nak bayar hotel ko nak bermalam pulak! Mestilah company dia yang patut uruskan. Sakit hati betul model semua. Dah la cara bercakapnya agak keras. Memang tak la nak rekemen supir ni kat orang lain. Jadi, kitaorang bayarkanlah bilik berharga Rp100,000 untuk dia bermalam. Nanti sapae nak bawak balik kitaorang ke Medan kan? Fikir tu ajelah kan! Okay, nah tengok gambar Tasik Toba dari tepi jalan.
Dalam perjalanan pun hari masih hujan renyai. Sampai di bukit Bukit Simarjajunjung dalam jam 10 pagi. Bukit Simarjarunjung adalah sebahagian dari gugusan pegunungan Bukit Barisan yang membentang di sepanjang Pulau Sumatera. Udara kat sini memang sejuk, dingin dan tidak jauh beza dengan cuaca di Berastagi. Kat sini cuma datang menikmati pisang goreng dan kopi panas aje sambil menikmati pemandangan Danau Toba. Tak pergi pun ke kebun teh. So sadlah! Pisangnya dah habis, sorang sebijik saje yer. Total minuman dan pisang goreng untuk 6 pax ialah Rp70,000 (RM23.40).
Kopi bersama susu segar
Danau Toba dari Bukit Simarjarunjung
Walaupun hujan dan suasana dingin, model-model tetap memberikan kerjasama untuk photoshoot kat atas bukit ni. Yang penting Kak Bell di undi keluar yer sebab Tyra Bank komen tak nampak leher (pic ke-2)!
Wow! Sherryyana awesome!
Destinasi seterusnya adalah Air Terjun Sipiso Piso yang terletak di daerah Kabupaten Karo, disebelah barat Danau Toba. Parapat tu di bahagian timur Toba lake. Air terjun Sipiso Piso ni merupakan salah satu air terjun tertinggi di Indonesia dengan ketinggian sekitar 120 meter. Cuaca kat sini memang dingin. Dah beberapa hari rasanya tak dapat cahaya matahari nak berfotosintesis!
Kat atas ni suasana di simpang masuk ke Sipiso-Piso. Terhibur melihat anak-anak ke sekolah. Tak kira bas atau van, mesti ada seat penumpang kat atas bumbung!
Gunung Sipiso-Piso
Kat sini rimas jugak sebab di kejar oleh orang tempatan yang tak habis2 ajak berphoto. Kita nak snap gambat air terjun pun payah. Siap ambil pic candid suh kita beli kan.
Air Terjun Sipiso-Piso
Katanya akak bergambar la macam ni, nanti nampak macam tengah mencurah air ke bawah. Nah tengok, kakak ko dah ibarat mencurahkan air terjun Sipiso-piso tu! Hiks! Btw, kawasan kat sini tak berapa di jaga dengan rapi. Sampah sarap ada jer di lereng bukit, di kawasan tempat bergambar. Di Istana Maimun haritu pun, ada je yang merokok dan terus buang je puntung rokok ke bawah istana. OMG sangat kan! Sepatutnya di jagalah dengan baik tempat2 wisata yang terkenal ni kan. Sayang!
Okey, dah habis berjalan2 kat sini, kita sambung semula berjalan ke tempat terakhir iaitu Berastagi. Perjalanan ke sana ambil masa 2 jam perjalanan lagi. Jom sambung tido balik! Pak Supir cakap, Orang Batak Karo bahasa dorang ni lebih lembut di Parapat tu orangnya Batak Toba. Sepanjang jalan tu, nampaklah kawasan2 perkebunan yang tanam buah limau, kobis, lobak, salak dan lain2. Sampai Berastagi pun dah tak tahu jam berapa. Cuaca pun sama aje mendungnya. Nak jalan2 pun macam tak de mood sangat.
Tugu Revolusi di Kota Berastagi Kabupaten Karo
Berastagi ni tempatnya diapit oleh 2 gunung berapi aktif iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Di Gunung Sibayak, terdapat tempat kolam air panas. Berastagi ni macam Cameroon Highland la di Malaysia. Semua sayur-mayur dan buah-buahan di kota Medan atau kota-kota besar lainnya datangnya dari Berastagi. Kat sini pun pak supir tak bawak pergi tempat yang boleh tengok 2 volcano ni. Datang pun cuma beli baju dan beli buah-buahan jer. Sempatlah merasa buah markisa dan aprikot serta memborong buah salak Medan yang terkenal manis dan juga buah pisang kaki. Nak naik kuda pun, hari hujan. Tak ada aktiviti apa-apa pun model2 boleh buat kat sini. Tersangatlah boring yer!
Sila fokus pada buah-buahan tempatan yer
Sayur-mayur
Dengan suasana yang mendung, perut pun.dah lapar. Kitaorang berhenti makan di Restoren Coffee & Resto Puncak yang berkonsepkan taman. Haruslah pilih makanan paling murah kan. Kalau kat Malaysia, makan harga RM10 pun dah kira mahal kan.
Di sebabkan terlalu lapar, sampai harga makanan pun tak kira dah. Time ni lah baru perasan, rupa-rupanya Kak Bell seharian pakai baju terbalik!! Masa photoshoot semua pun tak perasan. Guling2 la ketawa memasing. Patutl ai noticed, kenapa kaler baju i tak menyerlah. Walhal masa beli cantik aje warnanya. Sehari-suntuk ye pakai baju terbalik!
Selesai makan, gerak semula ke Medan pada jam lebih kurang 1615pm. Perjalanan ke Medan menuruni laluan gunung. Jalan dan selekohnya punyalah tajam zig-zagnya. Tetiba perjalanan terhenti disebabkan jalan jem. Memang dasyat yer jem kat atas gunung ni, pemandu dorang ni di laluan bertentangan pun dorang jalan jugak. Laluan yg kecik tu pun boleh jadi 3 lorong. Memasing dah stress. Paham la pak supir pun stress memandu, tapi ada ke patut dia salahkan model2 semua lama sangat ambik masa time makan tadi. Ewah2 sakit pulak hati kita kan! Sementara menunggu, lalu pulak 2,3 bijik ambulans. Memang sah lah ada kecelakaan kan.
Bayangkan jammed selama 4 jam di kaki gunung yang gelap gelita. Akhirnya sampai jugak kat punca kejadian ni. Lori yang bawa muatan air mineral terbalik rupanya yer. Elok pulak terbalik depan pusat karaoke.
Selepas punca eksiden tu, masih panjang lagi kesesakannya. Memang lamalah sampai laluan sebelah tak bergerak langsung. Sampai di Kota Medan dalam jam 2040pm. So, terpaksalah batalkan program berjalan2 di Jalan Semarang dan Kesawan Square. Sampai hotel melantak Pop Mie ajelah. Kedai2 berdekatan pun semua non- halal. Dah la program cancell, air panas nak masak maggi pun cuma dari water dispenser je! Sampaikan kitaorang yang mintak plastik sampah nak buang sampah yang ada. Kira harini macam bad luck lah bagi i. Apapun, syukurlah selamat sampai semula ke Medan. Lagipun esok dah hari terakhir kat sini. Panjang sangat episod hari ketiga di Medan ni. Ok habis dah ceritanya. Jumpa esok ya! Muah!